Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


6 Langkah Menyelamatkan Telefon Bimbit Jatuh Dalam Air

Telefon bimbit terjatuh ke dalam air adalah sesuatu yang kerap terjadi kepada ramai orang. Namun, ada cara untuk menyelamatkan telefon bimbit anda jika itu berlaku.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 12:18PM

Gambar: Torsten Dettlaff, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita sering mendengar telefon bimbit tercicir atau terjatuh ke dalam air sama ada di kolam renang, sungai, laut dan seumpamanya. Jika perkara ini berlaku, anda sebenarnya masih boleh menyelamatkannya dengan melakukan beberapa cara.

Teknovasi hari ini berkongsi enam langkah yang anda boleh lakukan untuk menyelamatkan telefon bimbit anda jika ia termasuk ke dalam air.

Gambar: Vanderlei Longo, Pexels
Gambar: Vanderlei Longo, Pexels

Keluarkan Secepat Mungkin

Ini nasihat paling mudah dan asas. Jika telefon anda terjatuh ke dalam air, keluarkan ia secepat mungkin. Ini perkara yang penting kerana jika ia dibiarkan lama terendam, kemungkinan besar telefon anda tidak dapat diselamatkan lagi.

Jangan sangka telefon anda kalis air jadi ia boleh dibiar terendam lama. 

Matikan Telefon Bimbit

Sejurus anda mengeluarkannya daripada air, biasanya terdapat dua situasi yang sering berlaku. Pertama, telefon bimbit akan hidup dan masih bernyala dalam beberapa saat. Matikan ia dengan cara menekan butang tutup atau keluarkan terus bateri dari badan telefon. 

Situasi kedua pula, anda mendapati telefon anda sudah tidak bernyala ketika terendam dalam air. Jadi pastikan anda tidak cuba menghidupkannya. Tindakan yang disyorkan perlu dilakukan kerana ia bagi mengelak berlakunya litar pintas dan litar bersepadu (integrated circuit) telefon terbakar.

Gambar: Silvie Lindemann, Pexels
Gambar: Silvie Lindemann, Pexels

Keluarkan Kad Sim

Selepas itu, sebelum anda melakukan apa-apa proses pengeringan, perlu diingatkan untuk keluarkan terlebih dahulu kad sim. Ini kerana jika anda membiarkan ia berada di dalam telefon selepas jatuh di dalam air, kad sim anda akan kembang dan cip pada kad tersebut boleh rosak. 

Lap menggunakan kain

Kemudian, leraikan dahulu komponen atau bahagian telefon yang boleh dicabut. Gunakan kain yang kering dan lembut untuk mengelap bahagian telefon bimbit yang basah.

Biarkan seketika dalam keadaan suhu bilik. Jika ia terjatuh ke dalam air laut, lalukan dahulu dengan air biasa kerana air laut mempunyai kandungan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan bahagian telefon anda lebih cepat berkarat.

Pastikan anda tidak menggunakan kain yang kasar dan berhabuk bagi mengelakkan telefon bimbit anda tercalar terutamanya pada permukaan skrin. 

Gambar: YutgPvmHxYQ, Unsplash
Gambar: YutgPvmHxYQ, Unsplash

Dilarang Menggunakan Pengering Rambut.

Pastikan anda tidak menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan telefon bimbit. Ini kerana suhu panas yang dikeluarkan boleh menyebabkan beberapa bahagian kecil di dalam telefon cair.

Selain itu, walaupun anda menggunakan suhu yang paling rendah, ia akan menolak air lebih ke dalam telefon dan menyebabkan ia terkena pada komponen teras.

Masukkan dalam beras.

Fungsi beras adalah untuk membantu menyerap kelembapan pada bahagian dalam telefon. Masukkan telefon ke dalam tong beras atau gunakan plastik kecil sebagai bekas untuk isi beras.

Diingatkan supaya anda menutup terlebih dahulu bahagian lubang kecil pada telefon dengan pita pelekat untuk mengelakan butiran beras masuk ke dalam telefon.

Disamping itu, anda juga boleh menggunakan gel silika sebagai gantian kepada beras. Lakukan proses ini selama 24 hingga 48 jam kemudian barulah hidupkan semula telefon bimbit anda. 

Langkah-langkah di atas lazimnya berhasil apabila telefon bimbit anda jatuh ke dalam air. Namun jika tidak berhasil, anda dinasihatkan untuk menghantar ke kedai perkhidmatan membaiki telefon untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Selamat Mencuba. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

3

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Nak Tukar 'Lane' Tu Bagilah 'Signal', Kesian Abang Ni Jatuh

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Alahai Kasihan, Harap Tak Serius

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran