Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Kereta Terkecil Di Dunia

Segmen teknovasi berkongsi lima jenis kereta terkecil di dunia yang mencuri perhatian ramai.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 8:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kereta boleh dianggap kenderaan utama zaman ini untuk menuju pelbagai destinasi. Ramai penduduk dunia memiliki kereta untuk pelbagai tujuan. Terdapat bermacam bentuk, saiz dan bilangan tempat duduk dalam sesebuah kereta yang dicipta bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Hari ini segmen teknovasi ingin berkongsi lima jenama kereta terkecil di dunia.

Gambar:  Topspeed.com 
Gambar: Topspeed.com 

Ford Ka 

Ini adalah salah sebuah kereta jenama Ford keluaran Ford Motor Company. Ia dihasilkan di Tycy, Poland.

Kereta yang dikeluarkan pada 1996 ini dipanggil kereta bandar dan pada 2006 ia digelar sebagai kereta sub-kompak. 

Terdapat tiga generasi model Ford Ka dikeluarkan di mana dua generasi yang pertama hanya mempunyai mempunyai dua tempat duduk dan tiga pintu (pintu kiri, kanan dan pintu bonet kereta.) Manakala bagi generasi yang ketiga, ia menampilkan empat tempat duduk dan lima pintu (dua pintu kiri, kanan dan pintu bonet) namun bagi model ini saiznya agak besar.

Dengan mempunyai keluasan maksimum 3,836 mm x 1,812 mm, ia lebih kecil jika dibandingkan dengan kereta Mini Cooper. Harga Ford Ka dalam lingkungan RM10,000 hingga RM15,000 mengikut jenis model.

Gambar: Topspeed.com
Gambar: Topspeed.com

Think City 

Kereta yang berjenama Think ini menggunakan kuasa elektrik. Ia diperkenalkan pada 2001 sebagai percubaan dan berjaya dikeluarkan secara rasmi pada 2008. Kereta ini berasal daripada Norway dan dihasilkan oleh syarikat Think Global yang berpangkalan di Baerum, Norway. 

Ia  menggunakan kuasa bateri maksimum 24 kwh dan mampu bertahan sejauh 160 km dengan kelajuan maksimum hanya 110 km/j. Saiz kereta ini mempunyai panjang 3,140 mm, lebar 1,658 mm dan hanya mempunyai 2 tempat duduk kecil serta tiga pintu (dua pintu kiri, kanan dan pintu bonet). Model ini juga telah dipilih untuk diuji tahap ketahanan rempuhan dan memasuki senarai lima tahap ketahanan kereta elektrik terbaik setanding dengan kereta model Tesla Roadster. Walau Bagaimanapun, kereta ini telah berhenti operasi dan ditamatkan pengeluaran pada Mac 2011 kerana syarikatnya diisytihar muflis kali keempat pada Jun 2011.

Gambar: Top Gear.com
Gambar: Top Gear.com

REVAi/G-Wiz

Sebuah lagi kereta jenis elektrik tetapi berasal dari India keluaran syarikat REVA Electric Car Company (RECC) yang bernama REVAi atau G-Wiz. Kereta yang berasal dari Bangalore, India ini tidak melepasi kebanyakan pasaran negara terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat. Ia tidak sesuai dipandu di atas jalan raya dan tidak melepasi piawaian undang-udang lebuh raya disebabkan reka bentuknya terlalu kecil dan berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan. Kereta yang mempunyai dua tempat duduk ini boleh menampung dua penumpang dan dua kanak-kanak kecil yang dipangku. Dengan mempunyai kelajuan 25 km/j ia mempunyai keluasan 2,600mm x 1,300mm dan dijual dengan harga RM29,000.
 

Gambar: 9tro.com
Gambar: 9tro.com

Daihatsu Copen

Daihatsu adalah sebuah syarikat terkenal dari Jepun. Ditubuhkan pada 1999, penampilan pertama kereta Daihatsu Copen ini telah dipamerkan pada 2007 di Pertunjukan Automobil Tokyo dan dikeluarkan pada 2002. Kereta ini boleh dikatakan mempunyai kuasa kelajuan yang tinggi kerana dilengkapi dengan engin cas turbo 660cc. Namun, pada 2007 pemasangan enjin ini telah dibatalkan di sesetengah negara kerana tidak mengikut piawaian pemeliharaan alam sekitar. Model ini pernah ditampilkan dalam rancangan terkenal UK Top Gear sebagai kereta yang paling selesa namun dikatakan reka bentuknya agak kebudak-budakan. Kereta yang mempunyai dua tempat duduk dan mempunyai keluasan 3,395 mm x 1,475 mm ini boleh didapati dalam panduan secara automatik (empat Gear) dan manual (lima Gear) pada harga maksimum RM52,500.

Gambar: Flickr.com
Gambar: Flickr.com

Lumeneo SMERA 

Model kereta ini juga berkonsep kereta elektrik namun berasal daripada Perancis. Ia ditayangkan di Pertunjukan Automobile Paris pada 2008 dan dikeluarkan pada Mei 2013. Mempunyai satu tempat duduk dan berkeluasan 2,500 mm x 960 mm, ia menampilkan reka bentuk yang agak unik seakan-akan melengkung  di bahagian atas bumbung. 

Ia diinspirasikan daripada gabungan kereta elektrik dan skuter dengan menggunakan bungkusan bateri lithium ion seperti bateri telefon bimbit serta mempunya kuasa kelajuan sehingga 110 km/j. 

Harga model ini boleh mencecah RM 132,000 namun setelah menjual 10 unit, syarikat ini telah menghentikan operasi dan difailkan sebagai muflis pada November 2013 akibat masalah kewangan.

Sumber: www.businessinsider.com

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Dah Kenapa Tak Boleh Nak Bersabar Ni?

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Entah Siapa Yang Salah, Ku Tak Tahu...

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kenapalah Buat Kereta Orang Macam Tu...

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 10 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 6 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 15 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya