Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


5 Aplikasi telefon pintar yang perlu ada masa kini

Segmen Teknovasi hari ini berkongsi lima jenis aplikasi telefon pintar yang perlu dimuat turun zaman ini.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 6:40PM

Gambar: Pexels, Photomix-company

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zaman sudah berubah, dunia sudah maju. Jika dahulu kala, sistem penyampai maklumat atau teknologi yang digunakan perlahan dan jauh di belakang, namun kini dunia sudah dihujung jari. Aplikasi yang ada pada telefon pintar bukan lagi menjadi satu kehendak, tetapi ia telah berubah menjadi satu keperluan.

Tidak dinafikan, penggunaan aplikasi di dalam telefon pintar yang ada bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Malaysia malah ia mempengaruhi pengendalian kehidupan seharian dan kerap digunakan di tangan tidak kira waktu atau di mana kita berada.

Teknovasi hari ini berkongsi 5 jenis aplikasi telefon pintar yang perlu dimuat turun zaman ini:

Aplikasi Perhubungan Pesanan

Gambar: Pexels, Anton
Gambar: Pexels, Anton

Aplikasi perhubungan pesanan yang dimaksudkan adalah seperti WhatsApp, Telegram, Wechat dan seumpamanya. Aplikasi-aplikasi ini telah dicipta untuk menghubungkan pengguna dengan segera. Aplikasi-aplikasi ini hanya perlukan sambungan internet bagi mengaktifkan penggunaannya. Ia boleh dikatakan telah menggantikan penggunaan sistem pesanan ringkas atau SMS yang memerlukan bayaran setiap kali menghantar pesanan berbanding aplikasi yang boleh menghantar pesanan tanpa had dengan adanya sambungan internet. Tahun demi tahun semua aplikasi ini telah dinaik taraf penggunaannya, daripada hanya menghantar pesanan ringkas, kini ia boleh menghantar dokumen pekerjaan, panggilan video dan lain-lain. Baik golongan muda atau tua, aplikasi seperti ini wajar dimuat turun oleh pengguna telefon pintar.

Aplikasi Media Sosial

Gambar: Pexels, Brett Jordan
Gambar: Pexels, Brett Jordan

Rata-rata tujuan rangkaian media sosial adalah untuk menghubungkan individu bersama rakan-rakan dan juga pengguna umum secara maya. Bak papan kenyataan peribadi yang wujud di dunia maya, ia membolehkan penggunanya berkongsi pendapat dan gambar bersama-sama pengikut atau teman-teman yang saling mengikuti. Malah pencarian maklumat dan berita tertentu juga boleh dilakukan di aplikasi sedemikian. Antara aplikasi media sosial terawal adalah Myspace, Friendster dan juga Facebook. Ini kemudian diikuti dengan aplikasi lain seperti Twitter, Instagram, LInkedIn dan banyak lagi. Satu ketika dulu aplikasi media sosial seperti ini  hanya boleh dicapai dengan menggunakan komputer peribadi untuk membuka akaun media sosial persendirian. Malah segelintir individu terpaksa pergi ke pusat-pusat internet atau kafe siber untuk menggunakan laman-laman ini. Namun kini aplikasi ini sangat mesra pengguna apabila boleh digunakan di dalam telefon pintar. Dengan fungsi dan keutamaan yang berlainan, setiap aplikasi media sosial mempunyai pengikut masing-masing. Namun ia membantu pengguna untuk berkongsi segala hal yang ingin ditunjukkan kepada rakan dekat mahupun pengguna umum sedunia.

Aplikasi Pesanan Makanan

Terdapat pelbagai jenis aplikasi pesanan makanan yang ada di Malaysia seperti GrabFood, FoodPanda dan Honestbee. Jika kita lihat, terdapat juga aplikasi atau nombor hotline yang disediakan oleh kedai atau restoran bagi membuat pesanan makanan. Namun, aplikasi pesanan makanan yang disebutkan telah menarik minat dan juga menjadi saranan kepada pengguna telefon pintar kerana mempunyai skop yang lebih besar untuk memesan makanan sehingga anda boleh mendapatkan makanan daripada kedai mamak, warung tepi jalan dan sebagainya. Anda boleh memesan dengan menggunakan aplikasi ini dari mana-mana lokasi yang mempunyai sambungan internet.

Aplikasi Perbankan Dalam Talian

Gambar: Laman sesawang Maybank
Gambar: Laman sesawang Maybank

Kaedah pengurangan penggunaan tunai d itangan atau cashless semakin menjadi pilihan ramai pemegang akaun bank di Malaysia. Ini kerana membawa wang tunai pada zaman ini sangat berisiko berikutan kes ragut atau rompak yang mencatatkan angka yang tinggi. Kebanyakan bank di seluruh dunia telah mengambil langkah inisiatif untuk mencipta aplikasi perbankan dalam talian yang telah memudahkan semua pemegang akaunnya membuat pelbagai urusan perbankan secara dalam talian. Tambahan pula, sistem imbas kodbar juga terdapat di dalam aplikasi seperti ini bagi memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran atau perpindahan wang tunai ke dalam akaun lain. 

Aplikasi MySejahtera

Gambar: Laman sesawang MySejahtera
Gambar: Laman sesawang MySejahtera

Wabak COVID-19 telah melanda seluruh dunia sejak 2019. Lantas, pihak kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mencipta aplikasi yang diberi nama MySejahtera. Aplikasi ini wajib dimuat turun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar tanpa mengira usia atau pangkat. Antara fungsi utama aplikasi ini ialah mengemas kini maklumat tentang kes baharu dan kawasan-kawasan yang terlibat dengan jangkitan COVID-19. Selain itu, aplikasi ini diperlukan untuk mengimbas kod bar semasa anda mahu masuk ke mana-mana kawasan umum dan bangunan persendirian bagi mencatat rekod kesihatan serta suhu semasa berada di lokasi berkenaan. Tambahan pula, aplikasi ini mempunyai sijil digital vaksin COVID-19 yang sah. Ia perlu dipamerkan ketika anda memasuki mana-mana premis kerana ia membantu dalam pengawalan wabak ini.

Konklusinya, terdapat banyak lagi jenis aplikasi lain yang ada pada telefon pintar, tetapi ini adalah lima jenis aplikasi yang harus ada masa kini bagi membantu dan memudahkan perjalanan kehidupan seharian anda. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 minggu yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

1 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Jelajah 12 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Selera 21 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya