Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Tip Merakam Video Tanpa Gegar

Adakah hasil rakaman video yang anda lakukan mendapat kestabilan yang baik? Tahukah anda, kebanyakan orang yang merakam video menggunakan telefon pintar berada dalam keadaan yang bergegar?

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:50AM

Gambar: Mentatdgt, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia teknologi telefon pintar kini semakin berkembang maju mengikut arus pemodenan. Sukar untuk kita lihat ciptaan telefon pintar yang tidak mempunyai  kamera untuk rakaman.

Malah, sekarang kita sudah sampai ke satu tahap di mana banyak telefon bimbit mempunyai empat lensa kamera, kini ramai yang timbul rasa minat untuk merakam video bagi tujuan simpanan peribadi. 

Sedar atau tidak, adakah hasil rakaman video yang anda lakukan mendapat kestabilan yang baik? Tahukah anda, kebanyakan orang yang merakam video menggunakan telefon pintar berada dalam keadaan yang bergegar?

Ketahui 5 tip bagaimana untuk merakam video tanpa gegar.

 

Tahan Nafas

Gambar: Ehimetalor Akhere, Unsplash
Gambar: Ehimetalor Akhere, Unsplash

Jika anda mahu merakam video selama 5 hingga 10 saat, pernafasan anda memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan video yang tidak bergegar.

Seperti ingin menggaris lengkungan menggunakan pensil, anda boleh menahan nafas selama beberapa saat semasa merakam. Gerakkan rakaman video ketika sedang menahan nafas dan tamatkan dengan hembusan nafas secara perlahan-lahan.

Perkara ini boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja. Anda boleh mencuba untuk merakam pada sudut 90 hingga 180 darjah untuk melihat hasilnya. Sebagai contoh cuba di kawasan sawah padi.

 

Memegang Menggunakan Kedua-dua Tangan

Gambar: Samson Katt, Pexels
Gambar: Samson Katt, Pexels

Ada pelbagai cara pegangan telefon pintar semasa merakam video oleh pengguna. Memegang secara penuh dan menggunakan empat atau lima jari sering diamalkan oleh pengguna.

Mungkin ramai yang selesa dengan cara itu dan tidak salah untuk mengikut cara tersebut. Tetapi anda boleh mencuba dengan cara yang lebih mudah untuk mendapatkan hasil rakaman yang cantik.

Menggunakan kedua belah tangan dengan menggenggam penuh telefon anda sama ada dalam keadaan melintang atau menegak adalah cara yang baik.

Selain itu, boleh juga mencengkamnya dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di kawasan hujung jari anda. Namun, ia mengikut pada keselesaan pengguna.  

 

Cincin Telefon

Cincin telefon. Gambar: Shopee Metoke.my
Cincin telefon. Gambar: Shopee Metoke.my

Cincin telefon adalah aksesori yang boleh didapati di kedai-kedai peranti atau gajet. Pelbagai bentuk dan warna cincin telefon yang dihasilkan bagi menarik perhatian pengguna.

Cincin telefon yang dilekatkan dibelakang telefon pintar anda boleh membantu untuk mendapatkan kestabilan ketika anda merakan video.

Dengan hanya memasukkan jari telunjuk atau jari tengah, anda akan mendapat cengkaman atau grip yang baik untuk merakam video ketika bergerak.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa maklum balas berkenaan alat ini. Aksesori ini tidak tahan lama dan jika penggunaannya agak kasar ia mudah tertanggal.

 

Gimbal atau Alat Pemegang Telefon

DJI Osmo. Gambar: DJI.com
DJI Osmo. Gambar: DJI.com

Kini, ada pelbagai gajet untuk menyokong kestabilan telefon pintar ketika anda merakam. Biar pun mengeluarkan sedikit kos, gajet-gajet yang anda boleh dapati di kedai elektonik sangat berbaloi untuk dimiliki.

Salah satunya ialah gimbal atau alat pemegang telefon. Pelbagai jenis jenama gimbal yang terdapat di pasaran seperti DGI Osmo, SNOOPA ATOM dan FREEVISION.

Alat-alat ini mempunyai kestabilan yang sempurna ketika anda memasangkannya pada badan telefon. Ia sangat berguna terutamanya jika anda mahu merakam video ketika sedang berjalan.

Agak sukar untuk merakam menggunakan tangan ketika berjalan kerana tenaga yang banyak diperlukan dan ketika anda penat, pastinya gegaran pada rakaman anda akan menjadi lebih teruk.

Oleh sebab itu gimbal atau pemegang telefon mampu memberikan sokongan.

 

Tripod

Gambar: Anthony Shkraba, Pexels
Gambar: Anthony Shkraba, Pexels

Apabila mendengar perkataan tripod, pastinya di dalam kotak pemikiran kita adalah barang sokongan untuk kamera DSLR akan tetapi, terdapat tripod yang dibuat khas untuk telefon pintar. 

Tripod adalah sejenis peralatan sokongan yang diperbuat daripada aluminium, gentian karbon, keluli kayu atau plastik.

Mempunyai tiga kaki dan pemegang telefon yang dipasang asing pada tapak tripod, ia sangat sesuai untuk rakaman masa yang berlalu atau timelapse seperti matahari terbenam dan seumpamanya.

Agak mustahil untuk merakam pada posisi yang sama dan stabil dalam tempoh yang panjang, jadi penggunaan tripod pasti membantu anda mengatasi masalah ini.

Mudah-mudahan tip ini dapat membantu anda untuk menghasilkan rakaman yang baik dan tidak bergegar. Hasil rakaman video yang tidak bergegar pasti akan memuaskan hati anda. Selamat mencuba. - Getaran, 20 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 10 bulan yang lalu

Cipset Telefon Pintar Terbaharu MediaTek Dimensity 9200+ Bakal Diperkenalkan

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk Bakar Kedai

3

TARA 1 tahun yang lalu

Hasilkan Gambar Melompat Anda Bersama Honor Magic5 Pro, Cukup Menakjubkan!

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 22 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN