Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Dari Padang Bola Ke Tauke Sambal, Produk DuoBotak Diminati Ramai

Produk yang diusahakan oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Badhri Mohd Radzi dan Mohd Badhri Mohd Radzi, telah menjadi punca rezeki kepada 300 orang yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 8:54AM

Pengasas produk sambal bilis jenama DuoBotak, Hairuddin Omar menunjukkan produk keluarannya yang telah dilancarkan April lalu. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika dahulu hebat beraksi di padang, siapa sangka bekas pemain bola sepak kebangsaan, Hairuddin Omar, 42, kini ligat di dunia perniagaan apabila produk sambal bilis yang diusahakan mendapat sambutan di luar dugaan. 

Beliau berkata, bermula dengan pengeluaran 100 botol secara suka-suka, kini produk sambal bilis yang diberi nama DuoBotak itu telah mencecah jualan lebih 80,000 botol sejak dilancarkan pada April lepas. 

Lebih bermakna katanya, produk yang diusahakan bersama seorang lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Badhri Mohd Radzi, juga telah menjadi punca rezeki kepada 300 orang yang terkesan dan hilang punca pendapatan akibat penularan wabak COVID-19. 

"Saya amat bersyukur kerana produk yang menggunakan resipi keluarga ini diterima dengan baik dan mampu pula menjadi punca rezeki kepada ramai orang. 

"Walaupun awalnya dihasilkan secara suka-suka, ketika itu saya sebenarnya ada memasang niat untuk berkongsi rezeki dengan cara membuka peluang kepada orang ramai di luar sana menjadi ejen walaupun tanpa modal atau dengan modal yang minimum," kata Hairuddin kepada pemberita. 

Bekas penyerang kebangsaan itu berkata beliau hanya menggunakan saluran media sosial untuk mempromosikan produk yang boleh didapati dalam dua variasi iaitu sambal bilis dan sambal bilis petai premium yang dijual dengan harga RM25 sebotol seberat 475 gram. 

Katanya, media sosial adalah platform yang berkesan dan mempunyai rangkaian luas terutama ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 dan masih berada dalam tempoh kawalan pergerakan. 

"Produk ini dihasilkan dengan teknologi tinggi di kilang dan mempunyai sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta logo MeSTI yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Oleh itu ia berkualiti terutama daripada segi rasa, kebersihan dan jangka hayat produk iaitu setahun," katanya yang merancang untuk mengeluarkan produk baharu DuoBotak dalam masa dua bulan lagi. 

Tambah Hairuddin, walaupun baharu tiga bulan di pasaran produknya boleh diperoleh melalui ejen di seluruh negara dan Singapura. - Bernama

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Aleeya Zailan Tolak Taja Program Hiburan, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

2

Selera 2 tahun yang lalu

R-WE Sambal Pelbagai Perisa Daripada Awie

3

Kolum 3 tahun yang lalu

Sambal Oh Sambal!

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok