Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bait-Bait Bingkisan Dari Brunei

Tidak ramai yang tahu tentang tarikan pelancong yang ada di Brunei. Jadi kami kongsikan sedikit gambaran ringkas tentang keindahan negara kecil dan unik ini.

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 1:38PM

Replika kapal diraja di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), Brunei

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Kecil-kecil cili padi’ kata orang. Itulah yang boleh dikatakan tentang Brunei Darussalam. Biarpun tidak banyak yang kerap dikongsikan tentang negara kecil ini namun ia sebenarnya ada tarikan tersendiri.

Semuanya berkat kemakmuran industri gas dan minyak yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara ini sejak hampir seabad yang lalu.

Terletak di antara dua negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, Brunei juga berkongsi pulau Borneo dengan Indonesia selain Malaysia.

Terbahagi kepada empat daerah iaitu Brunei-Muara, Tutong, Belait dan Temburong, ibu negaranya Bandar Seri Begawan tersergam di kawasan Brunei-Muara, kawasan dengan jumlah populasi terbesar.

Sungguhpun tidak luas, Brunei mempunyai beberapa tarikan pelancong yang mungkin berbeza dengan jiran-jiran serumpunnya. Salah satu tempat paling popular adalah kawasan perkampungan air yang dikenali sebagai Kampong Ayer.

Kampong Ayer
Kampong Ayer

Menurut sejarah, peradaban Brunei dikatakan bermula di perkampungan air ini di mana para penghuninya dahulu terdiri daripada nelayan dan pelaut. Sehingga hari ini, perkampungan air tersebut kekal menjadi salah satu kebanggaan penduduk dan kerap dikunjungi para pelancong.

Seperti kota-kota lain, perkampungan air ini dilengkapi dengan sekolah, hospital dan semua keperluan awam yang lain.

Perbezaan ketara hanyalah ia terletak di atas laut dan penduduknya bergerak menggunakan bot dan kenderaan air yang lain.

Dipulihara dengan baik oleh kerajaan tempatan mereka, kawasan ini dijangka berkekalan untuk kepentingan sejarah.

Jauh ke kawasan pedalaman perkampungan air, para pelancong yang mengikuti persiaran sungai akan menemui kawasan hutan paya bakau yang juga merupakan habitat monyet bekantan atau nama saintifik dan Bahasa Inggerisnya, proboscis monkey atau ‘long-nosed monkey’.

Kawasan hutan paya bakau
Kawasan hutan paya bakau

Haiwan ini tinggal di hutan bakau ini dan biasanya tidak akan meninggalkannya kerana makanan utamanya adalah dedaun dan buahan yang tumbuh di pohon-pohon bakau ini.

Pengunjung yang bertuah akan dapat melihat monyet-monyet ini selain hidupan liar di sekitarnya seperti ajnas burung dan unggas serta reptilia lain. 

Dari kawasan perkampungan air, kawasan bandar utama di Bandar Seri Begawan juga harus dikunjungi.

Di sini jugalah terletaknya masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS) yang merupakan salah satu tarikan pelancongan paling gah di Brunei.  Dibuka pada September 1958 masjid ini adalah salah satu daripada masjid paling dikenali di Asia Tenggara dengan kubah emasnya yang tersohor.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS)
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS)

Di sebelah masjid itu pula, di tengah-tengah kolam buatan sekelilingnya tersergam replika kapal diraja dari abad ke-16. Pemandangan indah masjid dan kapal diraja ini sering diabadikan di dalam poskad dan juga cenderahati Brunei yang lain kerana kecantikan persekitarannya.

Satu lagi tempat kegemaran pelancong yang juga penuh berinformasi adalah bangunan Bangunan Alat Kebesaran DiRaja yang telah dibina untuk memperingati jubli perak hari pertabalan Sultan Brunei, Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Ia menempatkan himpunan alat kebesaran diraja dan barang berkaitan dengan keluarga diraja Brunei.

Selain itu terdapat juga satu lagi mercu tanda Brunei yang sangat dikenali iaitu The Empire Brunei. Ia bukanlah sekadar sebuah resort mewah biasa tetapi boleh dianggap lebih dari itu.

Terbina indah di kawasan Jerudong ia merupakan sebuah penginapan mewah yang terletak sekitar 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Ruang dalam The Empire
Ruang dalam The Empire

Seperti namanya, ia melambangkan kebesaran sultan mereka yang juga sentiasa menyambut kedatangan tamu dengan penuh mesra di samping menawarkan pemandangan terindah Brunei di sekelilingnya.

Dengan lebih 500 buah bilik yang terdiri daripada suite serta vila eksklusif, resort ini sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong dan penduduk tempatan.

Berada di kawasan pantai, ia juga sangat luas dan mempunyai pawagam, gelanggang boling, padang golf, gelanggang bola keranjang dalaman berhawa dingin, gelanggang badminton dan lima kolam renangnya sendiri! Terdapat juga pelbagai sukan air lain yang disediakan untuk para tamu. 

Kawasan pantai The Empire
Kawasan pantai The Empire

Dan untuk melengkapkan perkhidmatan terdapat aneka pilihan tempat makan tempatan, Asia dan barat untuk dicuba. Ini menjadikannya destinasi harus pergi kalau ke Brunei.

Satu lagi tarikan yang harus dikunjungi adalah taman tema permainan Jerudong Park Playground. Satu-satunya taman tema di situ, ia menawarkan pelbagai permainan menarik seperti rollercoaster, lapangan golf mini, ampiteater dan banyak lagi. 

Suasana malam di Jerudong Theme Park
Suasana malam di Jerudong Theme Park

Secara umum, Brunei ada tarikan tersendiri dan ini hanyalah secebis gambaran tentang apa yang boleh dinikmati andai ke sana. Jadi selesai pandemik nanti, cubalah menjelajah sendiri negara unik ini. – Getaran, 13 Jun 2021.

Gambar oleh Piter Sipayung


 

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Filem Indonesia, Siksa Neraka Diharamkan Di Malaysia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Semasa 14 jam yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 9 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon