Berita Terkini

3 jam yang lalu: Sydney ketatkan peraturan lockdown susulan peningkatan kes COVID 3 jam yang lalu: Presiden Filipina gesa penduduk belum vaksin supaya jangan keluar rumah, elak penularan varian Delta 3 jam yang lalu: Pemenang hadiah Nobel untuk fizik pada 2008, Toshihide Masukawa meninggal dunia 3 jam yang lalu: Runtuhan perancah besi - Prasarana ambil tindakan sewajarnya untuk segera menjalankan siasatan sendiri 3 jam yang lalu: Anggota skuad Piala Thomas 1970, Abdul Rahman Mohamad, meninggal dunia semalam

IKUTI KAMI


Adam Rashid : Mereka Gaya Dari Singapura ke Malaysia

Pereka fesyen kelahiran Singapura Adam Rashid berkongsi kisah bagaimana pintu rezekinya terbuka di Malaysia.

TARA Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka, perkenalan dengan artis popular Elly Mazlein telah membuat pereka fesyen kelahiran Singapura, Adam Rashid mendapat perhatian serta kepercayaan untuk menghasilkan rekaan busana dan sut untuk artis-artis popular Malaysia.

Kesemuanya bermula apabila pereka yang juga bekas model itu diamanahkan untuk menyiapkan busana bagi majlis merisik penyanyi Elly Mazlein pada tahun 2019.  Beliau juga diminta untuk membuat baju kesemua ‘gadis dulang’ di majlis merisik Elly Mazlein. 

Dari situ, pelakon Emma Maembong pula tertarik dengan rekaan Adam dan meminta Adam untuk menyiapkan busana untuk hari istimewa Emma pula.

Adam juga berpeluang menghasilkan sut bagi artis-artis seperti Naim Daniel, Sufian Suhaimi, Bob Yusof, Oja, Riz Amin dan pengacara Azwan Ali sebelum ini. 

Fasha Sandha juga pernah menempah dari Adam yang menetap di Singapura. 

“Saya rasa puas sebab selalu tengok Elly Mazlein di kaca TV. Tak sangka dapat lihat dia memperagakan rekaan saya. Malah saya amat berpuas hati dan gembira,” katanya.

Manakan tidak dia berasa begitu kerana di Kuala Lumpur sendiri terdapat barisan pereka fesyen terkenal dan golongan yang baru ingin berjinak-jinak dalam bidang tersebut. 

Adam yang memulakan kerjaya sebagai seorang model di Singapura pada tahun 2004 adalah pemegang Diploma Fesyen Kolej La Salle Singapura. 

Dia juga aktif membantu kedua ibu-bapanya di butik milik keluarga sebelum membuka butiknya sendiri di bangunan yang sama iaitu di Golden Landmark.

Namun, jejaka tersebut sebenarnya mencuba nasib dengan busana pengantin dahulu.

Buat sementara waktu, beliau tidak berpeluang meneruskan perjuangannya di Kuala Lumpur kini disebabkan sekatan perjalanan gara-gara pandemik COVID-19, meskipun pernah dipelawa untuk menyiapkan pakaian untuk salah seorang juri program televisyen ‘The Masked Singer Malaysia’ pada tahun lepas.

Sekarang, Adam hanya menumpukan perhatian kepada busana pengantin serta ready-to-wear di Singapura dahulu.

Kesabaran Adam berbaloi kerana penjualan untuk himpunan ready-to-wear di butik Adam R meningkat sebanyak 50 peratus sejak COVID-19 disebabkan ramai pelanggan warga Malaysia yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang ke Malaysia sejak awal tahun lepas. 

“Pengikut saya kebanyakannya dari Malaysia. Sebelum pandemik memang tidak ada pelanggan dari Malaysia pun datang kedai. Mereka dapat tahu tentang butik saya Adam R dari media sosial artis-artis Malaysia yang pernah pakai baju-baju saya. Mereka beli baju kebaya dan pantsuit.”

Mengapakah pereka fesyen tersebut mempelbagaikan skop rekaan dan menambah pakaian moden tanya kami kepadanya baru-baru ini.

“Kalau Adam fokus pada bridal saja tidak ada peningkatan untuk Adam pergi jauh sebab persaingan memang kuat dalam bridal scene di sini. Pelbagai nama baru ada jadi Adam nak gunakan bakat dan ilmu Adam belajar di La Salle untuk mengembangkan kebolehan Adam.”

Ternyata kesungguhan dan kegigihan Adam Rashid tidak sia-sia kerana ilmu yang beliau pelajari banyak membantunya. 

“Sebenarnya lebih senang kalau kita buat baju untuk acara atau buat baju moden dari baju pengantin sebab reka bentuk baju moden Adam tengok berkonsep minimalis tahun demi tahun. Kalau untuk baju pengantin lebih rumit dari songket ke jahitan sulam, kerawang dan manik,” tambahnya lagi.

Definisi rekaan minimalis padanya adalah sesuatu yang simple tanpa manik, dengan pilihan warna monokrom atau satu warna sahaja.

Adam juga tidak menafikan bahawa agak sukar untuk bersaing dengan pereka fesyen Malaysia yang sedia ada kini kerana beliau hanya boleh membeli fabrik dari kawasan Arab Street di Singapura sahaja sekarang ini.

“Design yang Adam reka dengan imaginasi yang Adam nak gunakan tak kesampaian sebab Adam hanya boleh beli fabrik dari Arab Street sahaja sedangkan fabrik yang pereka fesyen Malaysia gunakan boleh dibeli dari pelbagai kedai ternama di Kuala Lumpur.

“Adam nak pergi KL sendiri dan pilih fabrik contohnya kain crepe yang ramai pereka fesyen sana gunakan untuk baju Melayu pun kita tidak ada. Kita cuma boleh beli apa yang kedai bawa masuk ke sini,” jelasnya panjang lebar. 

Namun prinsipnya adalah seseorang itu tidak perlu takut dengan cabaran kerana ia akan membuatnya untuk mempertingkatkan diri sendiri. 

“Adam perlu atasi perasaan takut agar Adam boleh pergi jauh. Memang rasa gementar kerana teruja sebab kita nak buat untuk artis Malaysia yang terkenal,” katanya lagi.

Meskipun terlepas peluang untuk menyertai Paris Fashion Week pada tahun lepas walaupun telah berkomunikasi dengan pihak penganjur, Adam tetap berfikiran positif kerana harus memberi komitmen kepada majlis perkahwinan artis yang telah ditempah awal. 

“InshaAllah saya ingin cuba pergi jauh ke US atau Paris bukan saja ke Asia Tenggara kalau diberi peluang,” bingkas Adam menutup bicara.

Semoga impian Adam Rashid akan tercapai dan membanggakan Singapura satu hari nanti! - Getaran, 5 Jun 2021.

Semua gambar: Ihsan Adam Rashid

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Singapura 3 hari yang lalu

Rakyat Singapura Dan Radio Berpisah Tiada

2

Semasa 3 hari yang lalu

Busana Atlet Sukan Olimpik, Antara Puji Dan Keji

3

Singapura 5 hari yang lalu

Manisnya Rezeki Dari Pejabat Hingga Ke Ruang Dapur

4

Gaya 5 hari yang lalu

“Nampak Murahan, Kenapa Pelajar Yang ‘Design’ Busana Acara Besar Dunia?”

Sorotan

1

‘Score For Tigers’ Bantu Usaha Selamatkan Harimau Malaya

2

Dos Ke-3 Berkesan Beri Perlindungan Terhadap Varian Delta - Pfizer

3

Vaksin Sedia Ada Berkesan Lawan Varian Baharu COVID-19 - Pakar

4

Buat Persediaan Yang Tepat Jika Mahu Bercuti

Disyorkan untuk anda

TARA 1 bulan yang lalu

Singgah Ke 10 Lokasi Sohor Filem Hollywood

oleh M.Zulkifli

TARA 3 bulan yang lalu

Alena Murang Mendendang Lagu Langit Nenek Moyang

‘Sky Songs’ mengangkat muzik dan budaya peribumi Sarawak serta perjuangan bahasa Kenyah dan Kelabit yang semakin menghilang.

oleh Zaidi Che

TARA 5 bulan yang lalu

Ke Mana Perginya Para Penghibur Bukan Melayu Kita?

oleh Shah Shamshiri

TARA 4 bulan yang lalu

‘The Ampang Girls’ - Koleksi Syomirizwa Gupta Untuk Aidilfitri