web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KL Bike Show 2023 Bakal Himpunkan Peminat Dan Penunggang Motosikal Serantau

Bakal berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) bermula 24 hingga 27 Ogos 2023, KLBS 23 yang dianjurkan Moventuum Sdn Bhd dan Bayu D Enterprise Sdn Bhd (Majalah Roda-Roda) ini merupakan pameran motosikal utama di rantau Asia.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 8:00AM

Pengarah Urusan di Moventuum Sdn Bhd Farouk Nurish.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat dunia permotoran pastinya sudah tidak sabar menantikan pengumuman sebuah acara tahunan yang diberi nama Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS 23). Bahkan, rata-rata  penunggang motosikal  seringkali ghairah apabila mendengar acara yang berkaitan dengan kenderaan dua roda ini!

Bakal berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) bermula 24 hingga 27 Ogos 2023, KLBS 23 yang dianjurkan Moventuum Sdn Bhd dan Bayu D Enterprise Sdn Bhd (Majalah Roda-Roda) ini merupakan pameran motosikal utama di rantau Asia.

Acara yang diadakan seawal jam 10 pagi hingga 10 malam ini dijangka bakal menarik pengunjung untuk bukan sahaja mahu melihat pertunjukan motosikal, tetapi juga menyaksikan model dan inovasi motosikal serantau serta pembentangan mengenai topik berkaitan berbasikal, bengkel teknikal banyak lagi.

Acara tahun ini turut mensasarkan peminat dan penunggang motosikal dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura untuk bertemu dan memeriahkan lagi sekitar kawasan ibu kota Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan di Moventuum Sdn Bhd, Farouk Nurish berkata, KLBS 23 adalah acara yang memberi kesan yang kuat dalam memberikan pengalaman dan pengetahuan terhadap dunia motosikal.

“KLBS 23 terdiri daripada pelbagai elemen yang memberi impak hebat, membolehkan industri-industri mempamerkan rangkaian produk dan perkhidmatan terbaru mereka dan pengunjung dapat menikmati pengalaman emosi baru dalam gaya dunia dua roda,” jelasnya.

Farouk turut menekankan bahawa KLBS 23 merupakan acara yang akan membangkitkan industri pelancongan dan hiburan di Kuala Lumpur memandangkan ia terkesan teruk disebabkan serangan COVID-19 yang lalu.

Pengarah di Bayu D Enterprise Sdn Bhd, Dr Yusseri Yusoff
Pengarah di Bayu D Enterprise Sdn Bhd, Dr Yusseri Yusoff

Sementara itu, Pengarah di Bayu D Enterprise Sdn Bhd, Dr Yusseri Yusoff pula menjelaskan, acara permotoran tersebut bukan sekadar pertunjukan motosikal semata-mata, tetapi ia adalah gaya hidup di sebalik kenderaan dua roda.

“Motosikal adalah tentang “passion” dan menunggang motosikal sentiasa menjadi acara sosial. Kita akan tampilkan seluruh rangkaian motosikal dari sekecil-kecil motosikal sampailah yang besar. Acara ini turut memaparkan gaya hidup di sebalik semua yang ada pada dua roda,” ujarnya.

KLBS 23 menawarkan harga tiket masuk untuk satu hari bernilai RM38 (dewasa) dan RM19 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Pengunjung juga boleh menikmati tiket bagi empat hari pada harga yang ditawarkan RM68 (dewasa) dan kanak-kanak dibawah 12 tahun hanya RM38.

Menariknya, pengunjung boleh mendapatkan harga tiket dengan lebih murah apabila membelinya sebelum 31hb Mei 2023 dengan tawaran harga tiket RM28 untuk sehari dan RM45 bagi empat hari untuk dewasa.

Harga tiket awal untuk kanak-kanak pula mendapat diskaun sebanyak 50 peratus daripada harga dewasa. Tiket KLBS 23 akan tersedia secara atas talian bermula hari ini yang boleh didapati di laman web rasmi Kuala Lumpur Bike Week 2023. - Getaran, 1 April 2023

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri