Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

Tentang cinta dan persahabatan. Hun Haqeem membuka rahsia tentang kisah hatinya, istimewa sempena Ramadan!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 8:58AM

Gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sampai dari perjalanan yang melelahkan, dia terus beraksi di lokasi penggambaran kami kali ini, Gallery des Artistes. Pelakon lelaki merangkap peragawan ini melirik tajam lensa kamera. Tak perlu susah-susah menata gaya dia. Hun Haqeem tampak segak dalam sepersalinan lengkap Coach musim panas/bunga 2021.

“Saya baru sampai dari Ipoh,” borak Hun kepada penulis bersahaja. Dia yang baru sahaja selesai penggambaran ‘Angkara Cinta’ di Perak mengimbas kembali momen-momen dia berlakon sebagai Luqman untuk drama bersiri 115 episod ini.

“Sejujurnya, saya takut berlakon untuk ‘Angkara Cinta’ kerana ini drama pertama saya berlakon sebagai hero. Saya diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama ini. Tanggungjawab besar. Saya sedar saya siapa. Saya takut gagal kerana ia bukan drama biasa-biasa. Ia drama yang berat,” akuinya.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini tidak pernah pernah menyangka dia bakal bergelar seorang pelakon, apatah lagi memegang watak utama. Dalam lakonan, Hun akui dia membuat sesuatu perkara dengan sepenuh hati. Hun sangat berpegang kepada konsep ‘barakah’. Dari keikhlasan, lahirnya keberkatan. Hun menjumpainya dalam bidang lakonan. 

“Katakanlah, jika ada pengarah yang menawarkan watak-watak sampingan, tetapi watak itu sangat memberi impak terhadap sesuatu naskhah, kenapa tidak? Tak kisahlah kalau berlakon kutip sampah sekalipun, pastikan jadi pengutip sampah yang terbaik.”

“Kerana saya memanggil diri saya sebagai pelakon. Jadi tanggungjawab saya untuk melakonkan dan menjayakan apa sahaja watak yang saya perlu lakonkan. Tanpa watak-watak sampingan, tiadalah watak-watak utama.”

“Saya mahu penonton faham tanggungjawab kita adalah berlakon. Namun tentulah sebagai pelakon, kita harus punya kemahiran dan kepakaran eksklusif yang boleh kita tawarkan. Yang membezakan antara pelakon-pelakon yang lain. Bukannya kerana kita adalah hero semata-mata,” ujar pelakon lelaki yang terkenal sebagai Jaafar dari drama ‘Kampung People’ sebelum ini. 

 

Angkara Cinta Vs Kampung People

Sebagai pelakon baharu, pemilik nama Haqeem Hermy ini merasakan impak Jaafar terlalu besar. Hun mahu kewujudannya dalam dunia lakonan membawa faedah dan perubahan dalam industri. Sebagai anak seni, Hun mahukan perkara-perkara yang hebat, perkara-perkara yang mendunia. Untuk mencipta itu, Hun tidak mahu meletak dirinya dalam kotak satu dimensi sahaja.

“Watak Jaafar dalam ‘Kampung People’ sangat membekas. Sampai-sampai orang terserempak dengan saya di luar pun, mereka akan memanggil saya sebagai Jaafar. Saya takut bayangan Jaafar ‘melekat’ pada saya. Orang akan nampak saya sebagai Jaafar sahaja.”

“Saya takut bayangan Jaafar ‘melekat’ pada saya” – Hun Haqeem

“Namun sejak melakonkan Luqman untuk ‘Angkara Cinta’, penonton mula nampak peralihan watak yang saya bawakan. Perubahan emosi dan watak. Watak yang lebih garang, psiko dan panas baran. Bila penonton dapat melihat perbezaan itu, saya sangat bersyukur. Maksudnya saya berjaya keluar dari kepompong watak ‘Jaafar’ yang sweet dan romantis. Lega,” ucapnya.

Berbicara soal ‘Angkara Cinta’, Hun Haqeem dilihat begitu rapat sekali dengan seorang lagi pelakon lelaki baharu, Shameer Shauqeen atau lebih dikenali dengan panggilan @Meerqeen. Meerqeen membawa watak sebagai Haqeem dan merupakan kembar kepada Luqman yang dilakonkan Hun di dalam drama tersebut.

 

Nilai Cinta dan Persahabatan di Mata Hun Haqeem

Hun meletak dekat antara persahabatan dan cinta. Ia tentang pengorbanan. Sahabat adalah orang yang rela berkorban. Rela untuk berkata yang benar-benar belaka meskipun pahit untuk ditelan. Fahami kita luar dan dalam.

“Saya mengambil pendekatan untuk mengenali Merqeen terlebih dahulu sebelum berlakon bersama untuk ‘Angkara Cinta’. Semasa saya menjumpainya, rupa-rupanya dia memang menyimpan hasrat untuk berlakon dengan saya setelah sekian lama.”

“Lama-lama persahabatan kami menjadi semakin akrab. Oleh kerana kami berdua watak utama, memang selalu ada sahaja babak bersama. Kami serasi. Masing-masing berlakon dengan bersungguh-sungguh.”

“I love him (Meerqeen) as…” - Hun Haqeem

“Meerqeen ada kesungguhan itu. Saya suka orang yang berusaha. Walaupun dia sebenarnya takut kerana ini adalah drama pertamanya. Bayangkan dengan usia semuda dia, dia mampu membawa watak utama yang berat. He has fire in him.”

“Bila sampai waktu perpisahan itu, agak sedih. Banyak perkara dia belajar daripada saya dan saya belajar daripadanya kerana kami berdua dari generasi yang berbeza. Saling belajar. Terlalu banyak kenangan dengan Meerqeen sepanjang penggambaran 115 episod ‘Angkara Cinta’.” 

“Sampai sekarang kami masih berkawan baik di luar drama. Meerqeen akan cakap saya ini seorang yang garang, tetapi jauh di sudut hati dia tahu saya hanya mahukan yang terbaik untuknya. I love him as a brother,” terang Hun panjang lebar.

Membawa kepada persoalan, “Antara ‘cinta’, ‘kerjaya’ dan ‘sahabat’, mana satu lebih penting bagi Hun?” soal penulis ingin tahu. 

Hun seraya menjawab, “Friends, because they are my support system.”

“Sepanjang kehidupan saya, kawan-kawan selalu ada untuk memberi sokongan. Sejak saya bermula sebagai peragawan bebas dahulu, sehinggalah bergelar pelakon sekarang. Merekalah yang selalu percaya dengan apa sahaja yang saya impikan. Tiada perkara lain yang diinginkan untuk kawan-kawan kita selain kejayaan.”

“Kedua adalah karier. Tanpa kerjaya, tiada kestabilan. Tiada kestabilan, tiada cinta. Cinta bukanlah keutamaan saya buat masa sekarang. I don’t know. I just have this mentality and I’m speaking as a man.”

Bagaimana saya mahu menjaga anak dara orang? – Hun Haqeem

“Saya adalah khalifah. Pemimpin. Saya wajib imamkan isteri saya kelak. Jika saya tidak boleh menjaga diri? Tidak stabil dari segi karier? Bagaimana saya mahu menjaga anak dara orang? Akan datang, saya juga akan menjadi seorang bapa. Saya juga mahu serahkan anak perempuan saya nanti kepada seorang lelaki yang mampu menjaganya bila-bila masa, sampai bila-bila.”

“Pastinya saya mahu seorang lelaki yang bertanggungjawab, yang mampu menyakinkan saya dia mampu menjaga anak perempuan saya nanti. Jadi, saya mahu menjadi lelaki yang mampu itu terlebih dahulu. Soal jodoh, rezeki pasti ada. Lambat atau awal, itu semua susunan takdir Tuhan.” 

“Buat masa sekarang, saya ikut sahaja perkembangan. Apa yang saya boleh laksanakan sekarang, saya mahu menjadi insan yang baik dahulu. Belajar untuk menjadi manusia yang baik, yang mampu memimpin isteri dan anak bila sampai waktunya nanti. Cinta adalah keutamaan, tetapi bukan sekarang,” terang Hun tak berhenti kalimah. 

 

Ramadan dan Tentang Kehidupan Yang Indah

Ramadan bagi Hun adalah bulan mencermin diri. Bulan untuk luangkan masa bersama Tuhan. Bulan yang digalakkan untuk lebih beribadah dan membuat amal kebajikan. Bulan yang mulia. Penghulu segala bulan. 

“Saya selalu meluangkan Ramadan bersama keluarga dan yang tersayang. Cinta hati saya adalah Allah. Allah is my loved one,” ucap Hun dengan mata berkaca-kaca.

“Cinta hati saya adalah...”  - Hun Haqeem

Hun turut sempat mengimbas kembali pengalaman berpuasa yang paling tidak boleh dia lupakan. Rupanya Hun seorang yang nakal. Dalam derai tawa, Hun membuka rahsia.

“Pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah... tidak berpuasa!” ketawanya sakan.

Since I look Chinese, I always get away. People don’t question me at all if I go to fast food restaurants and eat during the day. Faham tak? Tapi itu semua masa zaman nakallah. Zaman sekolah rendah. It was an honest experience. Saya janji, sekarang tak buat dah,” janji Hun sambil tersenyum sipu.

Adapun, manusia mengikhtiarkan, Allah menakdirkan. Pelakon yang lahir pada tanggal 7 Januari 1998 ini bercita-cita mahu membina masjid pada suatu hari nanti. Masjid al-Haqeem nama diberi. Hun belajar banyak tentang Ramadan dan kehidupan. 

Airel Zafrel pernah menasihati saya tentang konsep reda. Dia ajar betapa pentingnya kita harus reda dalam kehidupan. Bersedia dengan seikhlas hati. Untuk sekian apa pun yang kita kerjakan, tak kisahlah apa pun, jika tidak jadi, ia tidak jadi. Kenapa? Itulah kehidupan. Tuhan sudah susun perjalanan hidup kita. Kita sebagai hamba-Nya harus reda.”

“Saya mahu menua dengan aman, gembira dan bahagia” – Hun Haqeem

“Kalau kita tidak reda, kita akan terus salahkan diri kita sendiri. Kalau kamu reda, kamu akan nampak hikmah di sebalik setiap kejadian. Kalau kamu tidak lalui semua itu, kamu tidak akan fahami siapa diri kamu. Kamu tidak akan jadi siapa diri kamu yang sekarang. Sama ada baik atau buruk, pandanglah dengan positif. Ia tentang bagaimana kamu melihatnya.”

Tambah Hun, “Satu perkara yang saya mahu orang ingat tentang saya jika saya sudah tiada di dunia adalah Hun Haqeem adalah seorang insan yang baik. Saya mahu orang-orang yang saya sayang – keluarga dan sahabat handai – tahu saya sangat-sangat sayang mereka. Terkala saya garang, kalian tahu saya seorang yang berterus-terang sebab saya sayang.” 

Pada akhirnya, “I think of myself as a family guy. Saya mahu jadi suami yang baik, ayah yang baik dan rakan yang baik. Saya mahu menua dengan aman, gembira dan bahagia. Itulah kehidupan yang indah bagi saya,” pungkasnya.

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Hun Haqeem

Editor Getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks & Arahan Seni : Zaidi Che

Suntingan : Ili Farhana

Penata Gaya : Arie Sampornak

Busana : Coach

Solekan: Fendi Sani

Jurugambar : Azim Rahman

Video Belakang Tabir : Sadiq Asyraf

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi : Gallery des Artistes (Terima Kasih Puan Edith Ho dan suami)

Isu Pada

“Cinta Hati Saya Adalah…” - Hun Haqeem

24 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut