Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mati Itu Pasti, Sampai Masanya Kita Akan Dibawa Pulang Ke Negeri Abadi

Ajal maut adalah rahsia Allah. Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 6:11PM

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan kematian. - Gambar hiasan oleh Sairien Nafis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelmarin, seorang lagi insan yang dikenali ketika zaman kuliah di UiTM Shah Alam dipanggil pulang ke negeri abadi. Bukan secara tiba-tiba kerana sudah beberapa kali dia dimasukkan ke hospital kerana isu kesihatan yang serius. 

Namun, ‘kepulangannya’ itu tetap membuatkan hati ini tersentak. Bukankah dia dikhabarkan sudah semakin pulih? Malah suaranya juga kedengaran ceria ketika berkongsi tentang tahap kesihatannya. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Sesungguhnya, tiada upaya kita untuk menidakkan takdir Allah. Ajal maut adalah rahsia Allah. Apabila sampai masanya, ia akan tiba tepat pada waktunya, tanpa boleh ditunda atau dipercepatkan. 

Sakit bukan bermakna ajal dipercepatkan, sihat tidak pula menjauhkan ajal. Dek itulah, kita disuruh untuk sentiasa beramal agar ia boleh dijadikan bekalan di hari perhitungan kelak. Penentu syurga atau neraka yang layak didiami. Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (Ali-Imran 3: ayat 185)  

Hidup ini hanyalah persinggahan. Akhirat itu kekal abadi. Namun, cuba perhatikan gaya hidup yang ramai di antara kita jalani ketika ini. Adakah kita ‘menghambakan’ diri kepada akhirat yang kekal abadi atau kita lelah dengan urusan dunia yang sementara ini?

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Sejujurnya, penulis sendiri antara mereka yang hanyut dengan urusan dunia. Sibuk mengejar kegembiraan yang sementara, lupa mencari bekalan yang harus dibawa ke akhirat nanti. 

Celik sahaja mata, otak sudah ligat berfikir tentang urusan kerja yang tidak pernah habis. Bimbang dengan jumlah wang yang tidak pernah cukup. Segala nikmat hidup ingin dikecapi. Urusan dengan Allah sering terabai. Dalam 24 jam sehari, kurang dari sejam masa diperuntukkan untuk kehidupan di sana.

Apabila difikirkan, betapa bodohnya diri ini kerana tidak mampu menilai ganjaran yang menanti. Jika ingin membuat pelaburan, bijak pula membuat perbandingan itu dan ini. 

Jika keuntungan tidak pasti, itu pasti bukan pilihan hati. Sebaliknya pula dengan hal hidup dan mati. Biapun sudah jelas tentang kematian, masih tidak sedar diri. Mungkin inilah yang dikatakan hidup jika bertuhankan nafsu, kita sebenarnya memilih jalan menuju kehancuran.

Capai cermin, tanyalah pada diri sendiri, apakah anda salah seorang daripada manusia yang tunduk dan yakin bahawa Allah Ta'ala ialah Rabb, tuhan bagi seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Selepas itu cuba imbas kembali, apa kebaikan dan amalan yang telah anda lakukan pada hari ini?

Jika tiada yang terlintas di fikiran, masih belum terlambat untuk mengambil tindakan. Islam itu indah, Islam itu mudah. Setiap kebaikan pasti ada ganjarannya. Mempermudahkan urusan orang lain juga adalah kebaikan yang dijanjikan pahala. 

Jom sama-sama kita persiapkan diri untuk pulang ke negeri abadi. Moga kita semua sentiasa Istiqamah dalam mencari redha Allah. - Getaran, 13 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

2

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

3

Semasa 5 hari yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Lihat Adik Terbakar Depan Mata Detik Hitam Buat Saya’ - Abang

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis