Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cipta Pengalaman Baharu Menerusi Glamping @ Muzium Negara

Glamping @ Muzium Negara menekankan konsep kekeluargaan dengan pengisian aktivitinya yang lebih santai dan menghiburkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2022 12:12PM

60 peserta pelbagai peringkat telah menyertai aktiviti Glamping @ Muzium Negara, yang diadakan baru-baru ini. - Gambar dari Facebook Muzium Negara Rasmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lazimnya, aktiviti perkhemahan dilakukan di hutan, bersebelahan sungai dengan diselubungi suasana sepi hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik pada waktu malam.

Namun, pernahkah anda membayangkan untuk mengadakan aktiviti perkhemahan di tengah bandar yang sentiasa sibuk dengan kenderaan serta dikelilingi bangunan bersejarah berusia lebih separuh abad, Muzium Negara.

Itulah pengalaman baharu yang dirasai 60 peserta berbilang bangsa dan umur apabila menyertai aktiviti Glamping @ Muzium Negara, yang merupakan aktiviti tambahan kepada program Denai Malam @ Muzium Negara atau Museum Night Trail pada 16 dan 17 September lepas, bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Pengarah Muzium Negara Zamrul Amri Zakaria berkata idea penganjuran aktiviti ‘glamping’ atau perkhemahan mewah itu tercetus susulan kejayaan program Bermalam di Muzium yang dipelopori sejak 2005. 

"Sebelum ini, penyertaan untuk program Bermalam di Muzium hanya melibatkan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dan mereka akan bermalam di galeri muzium serta diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan.

"Ia berbeza dengan glamping iaitu kita memilih untuk menekankan konsep kekeluargaan dengan pengisian aktivitinya yang lebih santai dan menghiburkan selain dibuat bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mahu merasai pengalaman bermalam di muzium," katanya kepada Bernama.

Aktiviti ini ialah perkhemahan di tengah bandar dan dikelilingi bangunan bersejarah berusia lebih separuh abad iaitu Muzium Negara. - Gambar dari Facebook Muzium Negara Rasmi
Aktiviti ini ialah perkhemahan di tengah bandar dan dikelilingi bangunan bersejarah berusia lebih separuh abad iaitu Muzium Negara. - Gambar dari Facebook Muzium Negara Rasmi

Malah, mengambil kira daripada sambutan diterima, Zamrul Amri bercadang untuk menjenamakan semula aktiviti glamping itu kepada program 'Amazing Museum At Night' (AMAN) pada masa akan datang.

"Ini adalah aktiviti rintis bagi Muzium Negara dan sekiranya ia berjaya, kita akan perluas ke muzium-muzium negeri di bawah Jabatan Muzium Malaysia.

"Jadi, kita berharap agar semua peserta bukan sahaja pengalaman baharu tetapi juga mencipta memori yang indah merasai detik menakjubkan di muzium pada waktu malam," katanya.

Zamrul Amri berkata selain glamping, program Denai Malam @ Muzium Negara juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang mengangkat seni budaya dan warisan seperti demonstrasi membuat bunga rampai, demonstrasi hiasan kepala Orang Asli atau tempok serta persembahan tradisional iaitu wayang kulit dan dikir barat.

"Kali ini, setiap peserta  berpeluang mengikuti lawatan berpandu ke muzium yang berada di Kompleks Muzium Negara melibatkan Muzium Negara, Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Muzium Etnologi Dunia Melayu.

"Kesempatan itu membolehkan peserta merasai detik menakjubkan dan pengalaman berbeza di setiap muzium pada waktu malam," katanya yang percaya program itu dapat memberi impak kepada industri permuziuman dengan menyebarluaskan fungsi dan peranan muzium.

Seorang peserta, Mohd Shahril Mohd Nasir, 35, dari Cheras berkata program berkenaan boleh merangsang minda dan jiwa anak-anaknya terhadap aktiviti sosiobudaya sekali gus mengurangkan masa mereka dengan gajet.

"Saya dan keluarga selalu menyertai aktiviti perkhemahan namun ini yang pertama berkhemah di ibu kota. Ia (perkhemahan) tetap menarik dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Paling penting, dapat mengelakkan anak-anak saya daripada leka dengan gajet, televisyen dan dunia teknologi," katanya.

Sean Ong, 42, pula menyifatkan aktiviti yang disediakan memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada keluarganya terutama dua anaknya yang berusia enam dan 10 tahun yang inginkan aktiviti berbeza untuk mengisi malam mereka.

"Saya dan keluarga sangat meminati seni kraf, jadi berpeluang menyertai demonstrasi pembuatan bunga rampai dan hiasan kepala Orang Asli meninggalkan satu memori yang indah buat kami," katanya. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart