Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bagaimana Berbicara Tentang Seks Dengan Suami Atau Isteri Anda?

Kehidupan seks yang baik seharusnya semula jadi dan berkembang secara spontan dalam hubungan. Jika tidak, ada sesuatu yang ‘salah’.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 4:00PM

Memandangkan masalah seks ini agak kurang dibincangkan secara terbuka, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Asia, ramai yang memendam rasa - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan masalah kewangan sering menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga. Namun, jangan lupa bahawa seks juga boleh menjadi penyebab. Mungkin ada yang menganggap perkara ini enteng, tetapi hakikatnya tidak. Kalau anda yang sedang membaca ini sudah berkahwin, pasti anda mengangguk kepala.

Hakikatnya, kehidupan seks yang baik seharusnya semula jadi dan berkembang secara spontan dalam hubungan.  Jika tidak, ada sesuatu yang ‘salah’. Andai tidak diperbaiki, ia akan menjadi semakin parah dan tidak dapat diselamatkan.

Memandangkan masalah seks ini agak kurang dibincangkan secara terbuka, lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Asia, ramai yang memendam rasa.  Paling tidak, mereka akan mencari jawapannya di internet. Sebab itulah konsultasi dan artikel-artikel berkaitan seks sentiasa menjadi topik yang paling diminati di forum-forum dalam talian.

Anda sendiri bagaimana? Mudah atau tidak berbincang dengan isteri atau suami tentang seks? Jika jawapannya tidak, mungkin anda perlu strategi untuk berbicara tentang masalah seks dengan pasangan? Berikut tip yang dipetik daripada Psychology Today yang boleh anda jadikan panduan.

Anda sendiri bagaimana? Mudah atau tidak berbincang dengan isteri atau suami tentang seks? - Gambar Hiasan Pexels
Anda sendiri bagaimana? Mudah atau tidak berbincang dengan isteri atau suami tentang seks? - Gambar Hiasan Pexels

1) Jangan sesekali membicarakan tentang seks di tempat tidur kerana pada waktu itu anda dan pasangan sudah bersedia untuk merehatkan diri daripada kesibukan rutin harian. Perbincangan yang serius, lebih-lebih lagi tentang seks boleh mengundang konflik. Carilah waktu senggang yang lain, di tempat yang privasi dan pastikan tidak ada anak-anak yang mencuri dengar.

2) Jangan juga bicara tentang seks setelah anda dan pasangan selesai berhubungan intim. Apatah lagi, jika anda mahu menegur tentang ‘prestasi’ si dia. 

Jangan sesekali membicarakan tentang seks di tempat tidur kerana pada waktu itu anda dan pasangan sudah bersedia untuk merehatkan diri daripada kesibukan rutin harian - Gambar Hiasan Unsplash
Jangan sesekali membicarakan tentang seks di tempat tidur kerana pada waktu itu anda dan pasangan sudah bersedia untuk merehatkan diri daripada kesibukan rutin harian - Gambar Hiasan Unsplash

3) Pastikan anda memberitahu terlebih dahulu kepada pasangan bahawa anda ingin berbincang tentang seks. Berbincanglah secara baik tanpa perlu menuding jari. Cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kehidupan seks yang diidamkan oleh kedua-dua pihak.

4) Bicaralah dari hati ke hati mengenai keinginan dan ekspektasi masing-masing, apakah yang ditakuti, apakah yang perlu diperbaiki. Bersikap jujur kerana ini saat kritikal untuk bicara hal-hal yang paling ‘dalam’ diri anda berdua.

Berbincanglah secara baik tanpa perlu menuding jari. Cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kehidupan seks yang diidamkan oleh kedua-dua pihak - Gambar Hiasan Pexels
Berbincanglah secara baik tanpa perlu menuding jari. Cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kehidupan seks yang diidamkan oleh kedua-dua pihak - Gambar Hiasan Pexels

5) Jangan pernah takut untuk meluahkan tentang fantasi seks dan apa yang anda harapkan dalam perhubungan. Keselesaan adalah faktor penting untuk mendapatkan seks yang memuaskan. Jika anda sukar meluahkan, mungkin anda perlu tuliskannya. Tetapi jika anda melakukannya dengan cara ini, pastikan anda menyampaikannya dengan kuat dan jelas.

6) Membincangkan seks menjadi lebih mudah apabila anda mengelak daripada menganggap perkara yang patut dan tidak patut dilakukan oleh seorang wanita dan lelaki. Jika anda merasakan hanya orang lelaki harus sentiasa memulakan hubungan seks, atau mereka harus berkelakuan dengan cara tertentu, anda perlu mengubah stigma ini. Begitu juga sebaliknya. - Getaran, 18 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Hubungan Iran-Malaysia Akan Terus Tingkatkan Ikatan Budaya

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan