Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Cara Menghilangkan Rasa Mengantuk Ketika Bekerja

Ada individu mengambil makanan atau minuman tambahan seperti kafein untuk mengelakkan dari mengantuk. Kami kongsikan cara-cara lain yang membantu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 5:09PM

Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka ‘mengantuk’ bermaksud ‘perasaan hendak tidur’.

Mengantuk biasanya terjadi apabila kita berasa penat.

Kadangkala manusia bukan sahaja mengantuk pada waktu malam, malah boleh juga terjadi pada siang hari. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Ada kalanya kita merasa mengantuk dan badan pun memberi reaksi dengan cara menguap atau mata berat untuk dibuka walaupun sudah tidur dalam tempoh yang lama. 

Ini mungkin disebabkan badan terlalu letih kerana banyak melakukan aktiviti fizikal seperti bekerja atau bersukan. 

Malah terdapat sesetengah individu mengambil kandungan makanan atau minuman tambahan seperti kafein untuk mengelakkan daripada mengantuk.

Secara amnya tubuh badan manusia memerlukan tidur yang cukup untuk mendapat tenaga demi menjalani kehidupan seharian.

Waktu tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari dikatakan tempoh waktu tidur paling sesuai bagi golongan dewasa. 

Namun sebuah kajian mendapati secara purata kebanyakan individu dewasa di Malaysia hanya mempunyai 6.4 jam masa tidur sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan diri dari terus mengantuk.

Minggu ini kami berkongsi lima cara menghilangkan rasa mengantuk ketika bekerja.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Minum Air Mineral

Lazimnya kafein diambil untuk mengekalkan tenaga dalam tubuh badan dan mengelakkan diri daripada rasa mengantuk. 

Sehinggakan terdapat segelintir individu yang mengalami ketagihan kopi gara-gara meminumnya secara keterlaluan untuk menahan rasa mengantuk.

Cuba tukarkan kopi kepada air mineral kerana pengambilan kafein boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan

Air mineral akan membekalkan oksigen dalam badan dan membolehkan anda bekerja dalam tempoh masa yang lama.

Jika kandungan oksigen mencukupi di dalam badan, ia akan memberikan tenaga yang berterusan dan sangat baik untuk tubuh badan. 

Tambahan lagi, kandungan air mineral mempunyai potasium dan magnesium yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan fizikal dan tumpuan minda.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Senaman Ringan

Individu yang banyak meluangkan waktu bekerja di pejabat, mungkin tidak banyak melakukan pergerakan fizikal.

Tambah lagi jika pejabat berhawa dingin, pastinya tubuh badan anda akan cepat rasa lesu dan mengantuk. 

Perkara ini dapat dielak dengan mengambil sedikit waktu untuk melakukan senaman ringan.

Cukup dengan membuat regangan otot beberapa kali seperti menggoyangkan kaki dan tangan di atas kerusi. 

Aktiviti pergerakan seperti ini bukan sahaja memberikan kecergasan, malah ia membantu anda kembali fokus bekerja.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Jangan Bersandar

Posisi badan juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan tenaga semasa melakukan rutin harian. Semasa bekerja, jangan sesekali bersandar di kerusi atau dinding apatah lagi berbaring. 

Meskipun, masih terdapat segelintir individu yang tetap bekerja dari rumah berikutan penularan wabak COVID-19, elakkan diri melakukan tugasan berdekatan tempat tidur. 

Ia boleh mempengaruhi diri untuk menjadi malas seterusnya tidur di atas katil tersebut.

Carilah atau siapkanlah ruangan khas seperti bilik kecil untuk anda mendapatkan suasana bekerja seperti di pejabat. Duduk tegak dan sentiasa bersemangat semasa bekerja.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tidur Sebentar

Walaupun ketika bangun daripada tidur dan sudah berasa segar di waktu pagi, adakalanya kita masih tidak dapat elak daripada rasa mengantuk ini. 

Jika situasi semakin menekan anda untuk tidur dan tidak dapat melawan mata daripada tertutup, ambil masa sedikit untuk tidur sebentar atau istilah bahasa Inggerisnya power nap

Sejurus sahaja bangun dari tidur tersebut, terus basuh muka anda. 

Ia dapat memberikan kesegaran minda dan tenaga untuk terus bekerja. 

Namun perlu diingatkan bahawa jika tidur terlalu lama, ia juga boleh menyebabkan bertambah mengantuk. 

Hal ini amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan gangguan masa tidur yang normal dan memudaratkan kesihatan.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Solat Sunat Dua Rakaat Dan Berdoa 

Bagi yang beragama Islam, anda boleh mengamalkan solat dua rakaat jika merasa terlalu mengantuk. 

Ini kerana jika diteliti semula, pergerakan solat itu sendiri sudah memberikan anda senaman ringan. 

Sejurus sahaja selesai melakukan ibadah tersebut, akhirinya dengan doa:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبُكَ مِنْ عَيْنٍ لاَ تَشْبَعْ مِنَ النَّوْمِ

Maksudnya: ‘Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada mata yang tak pernah kering daripada tidur’.

Selepas itu, teruslah kembali kepada tugas dan tanggungjawab yang diberikan tanpa melengah-lengahkan masa.

Jika masalah mengantuk yang anda alami terlalu kritikal, disarankan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan pakar. 

Selamat bekerja! - Getaran, 5 Jun 2022

Isu Pada

Merungkai Magis Pulau Mauritius

04 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Jadi Mangsa Culik, Rahsiakan Privasi Anak

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Harga Naik Mendadak, Pengusaha Kek Lapis Sarawak Bincang Dengan Pembekal

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penunggang Maut, Motosikal Langgar Belakang Lori Tangki

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis