Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Konsert Search VS Konsert Search, Dua-Dua Punya Keunikannya

Dua kumpulan Search bakal tampil dengan konsert pada Jun ini. Konsert Search Endemik vs Konsert Search Rocking On Roof, apakah keunikan kedua-duanya?

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 5:13PM

Gambar: Sairien Nafis dan Syeda Imran

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Berpecah antara mereka, musnah dihembus Pawana, begitulah kisah hidup dari zaman ke zaman, Pawana menghembus akan hati insan!"

Tidak ubah seperti salah satu bait lagu ‘Pawana’ yang sudah pun menjadi lagu anthem paling epik dalam setiap persembahan encore atau penutup konsert Search, band muzik rock gergasi yang sebelum ini berdepan dengan krisis dalaman berpanjangan, turut mengalami perpecahan paling buruk. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Perpecahan di antara mereka pasti sudah lama dijangka sebahagian peminat tegar mereka. Ibarat telur yang berada di hujung tanduk, hanya menunggu masa untuk semuanya jatuh berderai, disusuli dengan rentetan drama yang satu persatu terungkai. 

Krisis dalaman mereka bermula sejak Allahyarham Yazit Ahmad masih hidup lagi, diikuti dengan pengumuman rasmi Amy selaku vokalis untuk menarik diri dan bersara daripada Search, meninggalkan Nasir, Din dan Kid yang terkapai-kapai untuk meneruskan perjuangan muzik rock mereka. 

Tapi tidak lama kemudian, muncul pula plot twist yang lain di dalam drama Search. Nasir pula meninggalkan Din dan Kid. Kedua-dua adik-beradik gitaris ini tetap jalan terus dengan nama Search, bersama aktiviti-aktiviti muzik mereka. 

Gambar Fail
Gambar Fail

Saat itu, perang sengketa terus wujud dalam kalangan ahli-ahli asal dan lama Search ini.

Drama mereka menjadi semakin menarik apabila Amy telah kembali bersatu semula dengan anggota band Search asal yang lain iaitu Hillary Ang (gitaris) dan Nasir Daud (bass). 

Gambar Fail
Gambar Fail

Turut sama bergabung di dalam band muzik ini adalah pemain gitar legenda Lefthanded, Man Kidal serta Joy yang bakal menggalas tugas Allahyarham Yazit Ahmad sebagai pemain dram.

Manakala, Din dan Kid menampilkan pemain bass legenda Lefthanded, Yan, serta Minn bagi menggantikan Paie (dram) dan penyanyi baru mereka dari Indonesia, Denden Gonjalez yang pernah mencetuskan insiden viral satu dunia pada tahun lalu apabila menyertai The Voice Bulgaria sewaktu membawakan lagu ‘She’s Gone’. 

Apa yang menarik, Yan dan Man Kidal, sama-sama pernah terlibat di dalam pembikinan album pertama Search, Cinta Buatan Malaysia pada 1985. 

Manakala, pemain dram, Joy yang bergabung bersama Amy pernah bermain dalam kumpulan Senna dan Satira.  Minn pula adalah pemain dram band muzik scene bebas, Naratu. 

Kini, kedua-dua band Search ini bakal mengadakan konsert pada bulan Jun.

Kumpulan Search Amy bakal tampil dengan Konsert Search Endemik di Zepp Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun. 

Kumpulan Search Kid dan Din atau Kidin pula akan menjayakan Konsert Search Rocking On Roof Top di atas bumbung Kompleks Campbell pada 11 Jun. 

Kedua-dua konsert ini punya keunikannya yang tersendiri. Konsep, repertoire dan suasana tempat persembahannya sama sekali berbeza. Begitu juga barisan pemuzik dengan pertambahan ahli baharu. 

Gambar: Sairien Nafis dan Syeda Imran
Gambar: Sairien Nafis dan Syeda Imran

Pasti, kedua-dua konsert ini akan mencetuskan ‘sesuatu’ yang berbeza berbanding konsert-konsert mereka sebelum ini. Maka, konsert daripada  kedua-dua Search ini tidak harus dilihat sebagai satu persaingan.

Sebaliknya, ia patut diraikan, apatah lagi dalam penglibatan mereka selama 41 tahun dalam industri muzik tanah air. Dan, sepanjang tempoh 41 tahun berkelana dalam industri rakaman dan muzik tanah air, Search tetap adalah gergasi rock Malaysia. Itu faktanya! 

Apapun, Getaran senaraikan keunikan Konsert Search Endemik vs Konsert Search Rocking On Roof Top: - 

 

Barisan Anggota 

Search Amy menampilkan dua gitar hero Malaysia, Hillary Ang dan Man Kidal yang bukan calang-calang hebatnya. Kedua-dua gitaris ini, pasti akan memberikan bunyian dan permainan yang menakjubkan di dalam Konsert Search Endemik.

Joy pula dianggap pemain dram yang dahsyat dan siapa pun tidak akan menidakkan stail dan kehebatan vokal Amy yang sudah sekian lama melekat di dalam getaran jiwa dan minda itu peminat tegar Search. Amy adalah Search dan Search adalah Amy. 

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

 Search Kidin apa kurangnya. ‘Bunyi’  Search selama ini dipegang mereka. Bunyian mereka itulah yang pasti ingin didengar para peminat tegar Search. 

Yan adalah salah seorang pemain bass handalan Malaysia. Gabungan Yan dengan Paie, sememangnya padu. Namun, posisi Paie kini sudah diganti dengan Minn. Entah bagaimana keserasian mereka nanti.

Apapun, vokalis baharu iaitu Denden Gonjalez dari Indonesia turut menjadi senjata mereka. 

 

Lokasi Konsert

Search Amy bakal beraksi di Zepp Kuala Lumpur iaitu sebuah tempat persembahan yang sofistikated dan mempunyai infrastruktur yang bersifat internasional yang bakal dibuka tidak lama lagi. 

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Mereka adalah artis tempatan yang bakal beraksi di tempat tersebut. Seperti mana Zepp Kuala Lumpur, persembahan mereka juga pastinya mencetuskan elemen konsert bertaraf antarabangsa. 

Search Kidin pula memilih untuk membuat persembahan rock secara old school dengan mengadakan konsert di atas bumbung Kompleks Cambell.  

Ia pasti akan mengembalikan nostalgia buat sesetengah peminat tegar Search pada era 1980-an dan era letusan muzik rock kerana pada era itulah Kompleks Campbell menjadi ‘port' rockers yang tidak asing lagi selain daripada Kompleks Pertama dan Kompleks Wilayah. 

Kedua-dua band muzik ini menjanjikan sistem bunyi dan sistem tata cahaya yang padu! 

 

Repertoire Konsert

Search Amy bakal beraksi dalam konsert berdurasi 2 jam. Lagu-lagu nostalgia Search menjadi sebahagian daripada repertoire mereka. Namun, mereka juga bakal beraksi dengan dua lagu baharu berjudul 'Endemik 1' dan 'Endemik 2'. 

Dicipta komposer muda dari Sabah, 'Endemik 1' adalah sebuah lagu yang dihasilkan dengan tempo yang pantas, manakala 'Endemik 2' pula lebih kepada genre balada dengan intro lagu selama dua minit.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Search Kidin juga akan beraksi dalam konsert berdurasi 2 jam. Selain membawakan lagu-lagu nostalgia Search,  nampaknya mereka lebih memilih untuk membawakan lagu-lagu yang jarang dinyanyikan sebelum ini. 

Antara lagu yang bakal dibawakan adalah lagu-lagu dalam album kelima, Karisma yang diterbitkan pada 1990 dan album keenam Search iaitu Rampage (1992).

 

Peminat Tegar

Apakah peminat tegar Search akan menyokong kedua-dua konsert ini? Atau ia akan berpecah dan terbahagi kepada dua jenis kelompok peminat? 

Bagi peminat dari golongan profesional, mungkin mereka akan lebih selesa memilih menyaksikan konsert di Zepp Kuala Lumpur.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

Namun, bagi peminat stail ‘street rocker’, mungkin atas bumbung Kompleks Campbell lebih sesuai dengan jiwa rock sampai mati mereka. 

Bagi yang tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat Search versi Amy dan Kidin beraksi, pasti mereka tidak kisah untuk menyaksikan kedua-dua konsert ini. Lagipun, tarikhnya pun berbeza.

Yang pasti, kedua-dua Search masih ‘rocking’ dan masih mendominasi industri rakaman dan muzik tanah air kita. - Getaran, 15 Mei 2022

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Muzik 11 bulan yang lalu

Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ - Search Bakal Beraksi Dan Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

3

Muzik 1 tahun yang lalu

D’ Masiv Angkat Tema Jelajah Dunia, Malaysia Jadi Lokasi Konsert 20AD To The World Pertama 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Laris Bak Goreng Pisang, Penganjur Tambah Kategori Baru Konsert Kerispatih, Sammy Simorangkir

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA