Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Jenis Skrin Pawagam Yang Terdapat Di Malaysia

Menonton wayang pada layar besar berserta sistem audio yang canggih adalah berbeza daripada menontonnya di rumah. Ketahui jenis skrin pawagam yang ada di Malaysia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 5:42PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pawagam di Malaysia sudah mula kembali beroperasi sejak 9 September tahun lalu dan ini membuka ruang semula kepada kaki wayang untuk hadir ke lokasi pawagam pilihan mereka. 

Menonton wayang pada layar besar berserta sistem audio yang canggih adalah berbeza daripada menonton filem di rumah.

Minggu ini kami berkongsi lima jenis skrin atau layar yang digunakan ketika menonton wayang di pawagam di Malaysia. 

Gambar: Vulcanpost.com
Gambar: Vulcanpost.com

Skrin 3D

Menonton di skrin 3D merupakan pengalaman tontonan yang berbeza daripada yang biasa. 

Tiketnya juga lebih mahal sedikit kerana pihak pawagam akan menyediakan sebuah kaca mata khas yang perlu dipakai ketika menonton wayang. 

Kaca mata tersebut berfungsi memberikan pengalaman menonton seolah-olah apa yang dilihat di layar terkeluar daripada skrin dan paparannya seakan-akan berada di depan mata. 

Ia lebih efektif dan terasa kala menonton filem yang bergenre aksi, sains fiksyen dan seumpamanya. 

Tambahan lagi, kaca mata tersebut perlu sentiasa dipakai kerana jika ia dibuka, anda akan mendapati paparan pada skrin di hadapan kabur dan bertindih. 

Ini disebabkan teknologi pancaran yang dikeluarkan menerusi projektor adalah khusus untuk ditonton menggunakan kaca mata tersebut. 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang kurang selesa dengan tontonan di layar jenis ini kerana kanta yang ada pada kaca mata tersebut boleh menyebabkan sesetengah penonton berasa pening.

Namun ini bergantung pada keupayaan dan ketahanan mata seseorang itu. 

Gambar: Twitter @gscinemas
Gambar: Twitter @gscinemas

Skrin LED

Ini pula merupakan salah satu teknologi terbaharu yang dipasangkan dalam industri wayang di Malaysia. 

Golden Screen Cinema(GSC) merupakan syarikat pawagam yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi ini pada tahun 2018. Ia dipanggil Onyx dan menggunakan skrin LED daripada Samsung yang mempunyai paparan resolusi 4K HDR. 

Tambahan lagi, skrin tersebut mempunyai ukuran 10.24 meter lebar dan 5.4 meter tinggi serta pancaran cahayanya umpama anda menonton sebuah TV LED yang bersaiz gergasi. 

Di samping itu, skrin ini hanya boleh didapati secara khas di GSC Mid Valley sahaja buat masa ini.

Malah tiketnya lebih mahal sedikit daripada harga tiket biasa. 

Ditambah pula dengan 23 buah pembesar suara teknologi terbaharu dari Harman Professional's JBL Sculpted Surround, skrin ini akan memberikan pengalaman menonton yang luar biasa.

Gambar: cinema.com
Gambar: cinema.com

Skrin X 270

Bagi paparan jenis skrin X 270 ini pula, ia menampilkan skrin tontonan 270 darjah di dalam pawagam. 

Jadi penonton boleh melihat paparan skrin berada di hadapan dan juga pada bahagian sisi kiri dan kanan dewan tersebut. 

Ia bagi memberikan pemandangan yang luas kepada penonton seperti berada dalam keadaan sebenar namun ia khusus untuk sesetengah filem sahaja. 

Kesannya lebih efektif jika anda menonton filem aksi atau perang seperti Star Wars dan seumpamanya. 

Walau bagaimanapun, kedudukan kerusi yang paling baik untuk menonton layar seperti ini ialah pada bahagian atas, di tengah panggung tersebut. 

Ini kerana pada pendapat penulis, jika anda berada di kedudukan kerusi paling bawah atau bahagian sisi, ia sedikit mengganggu kedudukan mata untuk memberi fokus ketika menonton.

Gambar: cinema.com
Gambar: cinema.com

Skrin MAXX/IMAX

Skrin jenis ini pula menampilkan paparan layar yang sangat besar dan luas kawasan dalamannya umpama sebuah dewan opera. 

Panggung wayang dengan skrin IMAX bersaiz penuh pernah ada di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ia mempunyai ukuran lebar skrin sehingga 24 meter dan mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 555 buah kerusi. 

Namun akhirnya panggung ini telah ditutup, walaupun cuba diselamatkan oleh GSC dan ditukar nama menjadi MAXX.

Kini, layar MAXX terbesar terletak di GSC MyTown, Kuala Lumpur

Manakala bagi skrin IMAX terbesar untuk pawagam TGV Cinemas pula mempunyai saiz lebar lebih kurang 22 meter dan memiliki kapasiti tempat duduk sehingga 287 kerusi dan terletak di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Gambar: cinema.com
Gambar: cinema.com

Skrin Biasa (HD)

Kebiasaannya, harga tiket yang paling murah atau normal adalah tontonan skrin definisi tinggi atau HD yang dipancarkan melalui projektor. 

Namun saiznya pula bergantung kepada setiap dewan pawagam kerana terdapat skrin yang kecil dan sederhana bergantung pada kapasiti tempat duduk dan luas dewan pawagam yang disediakan.

Kualiti paparan yang dihasilkan pula masih berada dalam kualiti yang baik kerana teknologi filem pada masa ini berada pada tahap yang tinggi. 

Jadi tiada masalah untuk menonton filem tanpa banyak efek kesan khas di sini bersama rakan-rakan atau keluarga.

Jadi inilah lima jenis skrin pawagam yang anda boleh cuba dan rasai sendiri pengalamannya. Selamat menonton! - Getaran, 15 Mei 2022

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

2

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Persatuan Pemamer Filem Malaysia Sangkal Dakwaan Cuba Sabotaj Tayangan Filem Anwar: The Untold Story 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Filem Anwar: The Untold Story Buat PM Tersentuh

4

TARA 11 bulan yang lalu

Perhatian Strimer! Monitor Gaming OLED Ultragear LG Tampil Dengan Rekaan Skrin Melengkung 45 Inci 

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan