Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


11 Detik Paling Ikonik Dalam Sejarah Anugerah Juara Lagu

Sebelum acara AJL ke-35 malam ini, apa kata kita menelusuri jalan kenangan dengan 11 detik ikonik AJL yang terdahulu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Juara Lagu atau lebih popular dengan singkatan AJL sememangnya merupakan satu-satunya (kini) rancangan anugerah paling berprestij dan diakui di Malaysia.  Sebagai sebuah pertandingan lagu pop yang paling lama di negara kita, ia telah menjadi satu wadah buat bakat-bakat seni yang mengambil bahagian untuk mengetengahkan kehebatan mereka. Baik dari segi nyanyian, tarian muzik dan juga seni pentas kesemua aspek kesenian menjadi tumpuan di acara ini.

Tanpa disedari AJL yang bermula pada tahun 1986 kini bakal menyambut ulangtahun mereka yang ke-35 dan semestinya terdapat pelbagai babak-babak atau detik ikonik menurut kami yang harus diabadikan untuk menyingkap kembali kegemilangan acara ini.

Mungkin ada detik-detik lain yang anda ingati tetapi di sini kami kongsikan 11 detik ikonik AJL menurut pandangan sidang redaksi GETARAN.MY

1.   AJL 1 1986 – Acara pertama di mana semua pemenang terdiri daripada penyanyi bukan Melayu.

Wajar diabadikan sebagai detik paling ikonik kerana inilah acara AJL pertama yang telah mengubah lanskap muzik arus perdana tempatan sehinggakan acara ini menjadi penanda aras untuk pengiktirafan lagu-lagu tempatan terbaik hingga kini. Lebih menarik lagi, tanpa disedari ramai, keindahan masyarakat majmuk Malaysia terserlah malam itu kala ketiga-tiga vokalis untuk lagu juara, naib juara dan tempat ketiga merupakan rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu namun dapat mendendangkan lagu dalam bahasa kebangsaan dengan begitu baik dan meyakinkan.

2.    AJL 3 1988 – Ramlah Ram dengan bajunya yang mempunyai jahitan bentuk hati di tengah.

Pada tahun itu, lagu dendangan Ramlah Ram yang berjudul ‘Kau Kunci Cinta Ku di dalam Hati Mu’ menjadi juara dan ramai tak mungkin melupakan gaun yang dipakainya kerana keunikan reka bentuknya. Gaun putih rekaan Norma Norell yang Ramlah sarungkan malam itu mempunyai ukiran berbentuk hati besar berwarna ungu di tengah bahagian badannya. Satu langkah berani dunia fesyen yang masih menjadi bahan bualan sehingga kini.

3.    AJL 4 1989 – Kemenangan Isabella oleh kumpulan Search

Kumpulan Rock Search yang dipimpin oleh vokalis mereka Amy mencipta sejarah kala menjadi kumpulan Rock pertama yang memenangi AJL sekali gus meletakkan lagu ‘Isabella’ sebagai salah satu lagu paling popular di rantau dunia Melayu. Lagu ciptaan Search dan Bob Lokman itu menjadi siulan hingga kini dan dikenali oleh rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Malah sebuah filem dengan judul yang sama juga diterbitkan dengan kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia lakonan Amy sendiri bersama pelakon jelita Nia Zulkarnaen dari Indonesia.

4.    AJL 11 1996 – Kemenangan dan kemunculan pertama Siti Nurhaliza

Inilah kali pertama penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu sekaligus menjadi juara keseluruhan lewat lagu ‘Jerat Percintaan’. Sejak detik itu, bakatnya terus diberi perhatian dan saban tahun lagunya pasti tercalon dan sering mendapat tempat teratas sehingga beliau bergelar penyanyi terulung Malaysia. 

5.    AJL 12 1997 – Ghazal Untuk Rabiah gandingan Datuk M. Nasir dan Datuk Jamal Abdillah 

Inilah kali pertama dua orang penyanyi berduet memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu dari kategori Irama Malaysia. Ia juga sukar untuk dilupakan kerana persembahan lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’ tersebut menggandingkan dua legenda dunia muzik Melayu iaitu Datuk M. Nasir dan juga Datuk Jamal Abdillah berpakaian baju tradisional Melayu lengkap berserta kain samping, songkok dan juga kain pelikat selimpang. Malah nama lagu itu juga diambil dari judul filem yang sama lakonan aktres sensasi tika itu Wilma Abdullah.  

6.    AJL 17 2002 – Kemenangan ‘Keliru’ yang ‘mengelirukan’ 

Lagu ‘Keliru’ ciptaan Aidit Alfian nyanyian pasangan duet Nurul dan Ajai menjadi juara keseluruhan namun timbul kontroversi kala sesetengah juri memberi kenyataan kepada media bahawa ‘Keliru’ bukan lagu pilihan mereka untuk menjadi juara. Walau bagaimanapun pemilihan lagu itu sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu Ke-17 dibuat berdasarkan jumlah agregat terendah mengikut ranking daripada pilihan 10 juri walaupun tiada juri yang memilih lagu itu sebagai pilihan nombor satu.

7.    AJL 22 2007 – Kemenangan Estranged sebagai kumpulan indie dengan lagu ‘Itu Kamu’

Gerakan indie yang biasanya berbeza dari muzik arus perdana mencipta sejarah tersendiri kala Estranged, sebuah kumpulan yang bermula sebagai kumpulan indie  menjadi kumpulan pertama dari gerakan tersebut yang menjuarai AJL dengan lagu mereka ‘Itu Kamu’ sekaligus mengalahkan lagu lain yang menjadi kegemaran ramai seperti ‘Izinku Pergi’ oleh Kaer dan ‘Mahakarya Cinta’ nyanyian asal Faizal Tahir yang digantikan oleh Fiq (pada malam tersebut)

8.    AJL 25 2010 – Kemenangan Ana Raffali dengan ‘Tolong Ingatkan Aku’

Rata-rata seluruh stadium dan peminat setia acara AJL terkejut kala lagu ciptaan Ana Raffali nyanyian Ana Raffali ini menjadi juara keseluruhan untuk acara AJL pada tahun tersebut. Ini kerana terdapat banyak lagi lagu-lagu lain yang dianggap lebih berkualiti dan wajar menduduki tempat pertama. 

9.    AJL 26 2012 – Faizal Tahir membakar piano  

Sewaktu mempersembahkan lagu Karma ciptaan dirinya sendiri, Faizal Tahir telah membuat gimik istimewa dengan membuat piano iringannya terbakar di atas pentas. Faizal yang memang terkenal dengan gimik lain berjaya mengabadikan detik itu sehingga ramai yang tidak akan melupakannya. Sehingga kini belum ada mana-mana peserta akhir yang pernah membuat gimik sedemikian rupa.

10.    AJL 29 2014 – ‘Apa Khabar’ oleh Joe Flizzow dan Sonaone

Joe Flizzow dan Sonaone mencipta sejarah dunia muzik tempatan kala lagu mereka ‘Apa Khabar’ menjadi lagu hip hop pertama yang menjuarai AJL. Biarpun ada lagu rap sebelum ini yang pernah melayakkan diri ke pentas tersebut, belum ada lagu bergenre hip hop yang mampu mencapai kejayaan mereka. 

11.    AJL 33 2019 – Hujan di atas pentas sewaktu lagu ‘Haram’ didendangkan

Lagu ‘Haram’ yang didendangkan oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menjadi juara keseluruhan untuk AJL tahun tersebut. Lebih menarik lagi, untuk persembahan mereka, ‘hujan’ buatan telah diturunkan sewaktu mereka menyanyi. Dan Dayang serta Hael terus menghibur sambal berpayung di atas pentas. - Getaran, 14 Mac 2021

Isu Pada

Nuansa Baharu Hip Hop

13 Mar 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara