Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tunisia Menanti Anda

Pasti banyak destinasi antarabangsa yang ingin dilawati sebaik sahaja dunia bebas daripada pandemik COVID-19 nanti. Pernahkah Tunisia terlintas di fikiran anda? Negara ini ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2021 9:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak Mac 2020 yang lalu, hajat rakyat Malaysia dan kebanyakan penduduk dunia untuk berlibur terbantut gara-gara wabak COVID-19 yang melanda setiap pelusuk Bumi. Namun ia sama sekali tidak menyekat kita semua untuk menyimpan angan-angan buat bercuti di luar negara selepas berakhirnya pandemik nanti.

Pasti banyak tempat yang ingin kita terokai sebaik sahaja peluang itu tiba dan untuk edisi sulung TARA, kami ingin berkongsi sebuah destinasi yang sangat menarik dan wajar dimasukkan dalam senarai ‘mesti pergi’ anda.

Biarpun lokasi yang dimaksudkan kurang mendapat liputan seranta berbanding negara-negara Arab dan Eropah lain, Tunisia sebenarnya merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai banyak tarikan tersendiri. Terletak di Afrika Utara, Tunisia termasuk dalam kumpulan negara-negara Maghrib dan berjiran dengan Algeria serta Libya. Negara-negara ini juga merupakan di antara banyak negara Afrika lain yang pernah dijajah kuasa Perancis.

Sungguhpun pernah menjadi tumpuan media gara-gara pergolakan politik kala rakyat mereka menuntut perubahan dalam pentadbiran kerajaan, Tunisia kini sebuah negara yang sangat aman dan terpelihara.

Penulis yang pernah melanjutkan pengajian di Perancis memang sudah lama panasaran tentang negara-negara ini. Atas dasar itu, penulis telah mengambil kesempatan untuk melawat Tunisia di antara penghujung musim luruh dan di awal musim sejuk.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Carthage di ibu kota Tunis, penulis menaiki teksi menuju ke arah pusat bandaraya. Tambang teksi tidaklah terlalu mahal dan agak berpatutan. Penulis memilih penginapan berdekatan kawasan tasik terkenal Tunis di hotel indah Movenpick du Lac yang terletak sekitar lapan kilometer dari pusat bandar Tunis.

Perjalanan ke pusat kota hanya memakan masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja dari lapangan terbang dan seperti di Malaysia terdapat perkhidmatan aplikasi teksi seperti Grab yang bernama OTO, di mana harga tambang lebih murah jika dipesan melalui aplikasi.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Penulis memulakan pengembaraan di bandaraya Tunis di jam besar di Persiaran Habib Bourguiba. Ia merupakan salah satu mercu tanda kota Tunis yang tidak mungkin anda lewati. Di sepanjang persiaran terdapat ajnas kafe dan kedai berselang-seli dengan hotel-hotel mewah.

Oleh kerana pernah dijajah Perancis, persiaran ini mirip Persiaran Champs-Elysee yang terkenal di Paris dan menimbulkan suasana yang sangat menenangkan. Sambil menyaksikan orang lain yang sibuk memerhati pengunjung lalu-lalang, penulis menuju ke arah Bab el Bhar, gerbang utama yang memisahkan persiaran ibukota dengan kawasan bazar atau ‘medina’ kota ini.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Penulis bertemu dengan ketua persatuan para pelajar Malaysia di Tunis iaitu saudara Ahmad Syakir dan rakannya Ahmad Faris yang sudi membantu kala berada di Tunis. Mungkin tidak ramai yang tahu, terdapat sekumpulan pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian mereka di Tunis.

Penulis dibawa melihat ratusan kedai-kedai di kawasan bazar ini yang menjual segala-galanya dari cenderamata sehinggalah pakaian dan makanan. Penulis juga sempat menunaikan solat di salah satu masjid tertua dalam sejarah Islam iaitu Masjid Zaytuna yang juga merupakan tempat lahirnya salah satu universiti tertua dunia. Jelas dari senibina masjid yang indah, ia sememangnya kaya dengan sejarah. Malah ia dibina di atas sebuah gereja yang kemudian dijadikan masjid.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Seperti kebanyakan negara bekas jajahan Perancis, penduduknya fasih berbahasa Perancis dan Arab tempatan. Kebanyakan penjual juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Penulis juga sempat mencuba makanan tempatan di salah sebuah restoran tempatan mereka. Antaranya termasuklah brik yang mirip samosa dengan pelbagai inti di dalamnya (ada ikan, daging ataupun telur).

Tidak jauh daripada kota Tunis adalah sebuah bandar yang mula dikenali oleh pelancong dunia. Sebuah tapak warisan UNESCO, Sidi Bou Said, merupakan kota kecil di tepi laut yang dibina di lereng bukit. Bangunannya yang banyak menggunakan warna putih dan biru mirip bandar pelancongan terkenal, Santorini di Greece.

Gambar: Shah Shamshiri
Gambar: Shah Shamshiri

Sidi Bou Said memang wajib dikunjungi sekiranya ke Tunis kerana ia terletak hanya sekitar 20 km sahaja dari pusat bandar. Dan ia boleh ditujui dengan menaiki perkhidmatan keretapi yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. Tren ini mirip perkhidmatan komuter atau LRT di Malaysia dan tambangnya juga sangat berpatutan. Pemandangan bandar Sidi Bou Said sangat indah, jadi pastikan telefon bimbit atau kamera anda berfungsi untuk mengabadikan semua pengalaman di sini.

Selain itu, ramai juga pengunjung yang mengambil kesempatan untuk makan dan minum sambil menyaksikan matahari terbenam. Penulis sendiri sempat menunaikan solat di salah sebuah masjid di situ.

Yang pasti Tunisia wajar dijadikan destinasi pelancongan baharu buat mereka yang ingin lari dari kebiasaan melawat tempat-tempat klise yang sudah sering dikerumuni penduduk dunia. Selain pemadangan indah, harga perbelanjaan yang lebih murah, ia juga sesuai buat pengunjung yang beragama Islam kerana tidak perlu risau tentang makanan halal gara-gara statusnya sebagai negara Muslim. Penulis pasti akan berkunjung ke sini lagi sekiranya diberi rezeki dan kesempatan selepas tamatnya wabak yang melanda kita semua ini. - Getaran, 31 Januari 2021

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

NGO Hak Asasi Manusia Harus Ganding Bahu Tekan Kezaliman Tunisia - ABIM

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Afrika Berpotensi Menjadi ‘Lubuk’ Pelajar Antarabangsa - MQA

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kembara Bakar Semula Semangat 80-an Di Konsert Kembara: Panorama Jingga

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Lagu Dewa 19 Buat Namron Tertarik Untuk Dekatkan Diri Dengan Allah

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis