Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kasut Manik Nyonya Berbaloi Untuk Diwarisi

Mahal tetapi berbaloi dengan nilai boleh diwarisi. Itu adalah satu daripada keistimewaan kasut manik yang sinonim dengan masyarakat Baba dan Nyonya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 9:24AM

Gambar: Rashidah Abd Rahim, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mahal tetapi berbaloi dengan nilai boleh diwarisi. Itu adalah satu daripada keistimewaan kasut manik yang sinonim dengan masyarakat Baba dan Nyonya kerana produk kraf tersebut boleh dibaiki dan dijahit semula untuk diwariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

Penguasaha butik kasut manik J Manik, Joyce Ngiow, 52, berkata selain itu harga yang dibayar berbaloi dengan penghasilan seni halus pada setiap pasang kasut manik dihasilkan kerana ia memerlukan ketelitian dan kesabaran tinggi.

"Saya mempunyai ramai pelanggan tetap, ada yang telah 20 tahun lepas, datang kembali ke butik ini untuk jahit semula dan membaiki kasut manik lama mereka untuk diberikan kepada anak-anak.

"Sebagai contoh, jika kasut ibu bersaiz enam dan anaknya pula bersaiz lapan, kita boleh baiki kasut untuk diwariskan kepada anaknya kerana setiap kasut manik mempunyai nilai tersendiri," katanya kepada Bernama ketika ditemui di butiknya di Jalan Hang Lekir di sini hari ini.

Anak jati bumi Hang Tuah itu berkata harga setiap pasang kasut manik yang dihasilkan bergantung kepada jenis manik digunakan dan ia turut mempengaruhi tempoh masa bagi menghasilkan sepasang kasut manik.

Penguasaha butik kasut manik J Manik, Joyce Ngiow. Gambar: Bernama
Penguasaha butik kasut manik J Manik, Joyce Ngiow. Gambar: Bernama

Beliau yang serius mengusahakan perniagaan itu kira-kira 21 tahun lepas berkata bagi kasut manik dihasilkan menggunakan manik halus iaitu Japanese glass beads diimport dari Jepun, ia dijual pada harga RM450 hingga RM680 sepasang dan mengambil masa kira-kira enam minggu untuk disiapkan.

Katanya, bagi harga kasut yang menggunakan manik potong diimport dari Republik Czech pula mencecah RM1,800 hingga RM2,250 sepasang dan ia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk dihasilkan.

Bekas pramugari Singapore Airlines itu berkata kasut manik dihasilkannya menggunakan kulit yang berkualiti dan beliau mempunyai tukang kasut sendiri terlibat dalam proses pembuatan kasut berkenaan dari awal hingga akhir.

"Kami tawarkan personalised service kepada setiap pelanggan kerana ingin memastikan mereka berpuas hati, selesa dan gembira dengan kasut manik yang ditempah. Itu juga antara sebab mengapa J Manik mampu bertahan hingga hari ini.

"Memang tidak dinafikan harga sepasang kasut manik agak tinggi tetapi ia bukan mudah dihasilkan dan menggunakan bahan yang berkualiti.

"Semua orang tahu menjahit kasut manik tetapi untuk membuat sepasang kasut berkualiti, ia memerlukan kesabaran dan teknik yang betul," katanya yang masih menjual produk kraf berkenaan menerusi kaedah konvensional iaitu hanya di J Manik.

Mengimbau kembali pembabitannya dalam penghasilan kasut manik, Joyce berkata minat terhadap aktiviti jahitan itu bermula sejak kecil apabila menyaksikan ibu dan makciknya menjahit sendiri kasut manik mereka untuk digunakan sebagai satu daripada persalinan yang kebiasaannya dipakai bersama kebaya nyonya pada majlis formal atau tidak formal.

Beliau berkata selain itu, minat tersebut kemudiannya menjadi hobi bagi mengisi masa lapang dan memenuhi permintaan tempahan daripada rakan kebanyakan daripada kaum peranakan ketika beliau masih berkhidmat sebagai pramugari di Singapura Airlines.    

"Setelah sembilan tahun bekerja di Singapura, saya terfikir sampai bila hendak bekerja makan gaji kerana saya juga mengimpikan untuk mempunyai perniagaan sendiri dan idea memulakan perniagaan ini tercetus daripada rakan yang membuat tempahan.

"Lagipun saya suka pada warna. Apabila mengembara saya dapat lihat banyak perkara di negara luar dan dari situ juga saya melihat potensi kasut manik sebagai satu cabang perniagaan yang boleh diusahakan dan ia masih relevan digayakan hingga hari ini," katanya.

Dalam pada itu, Joyce berkata kasut manik bukan sahaja melambangkan identiti atau peradaban kumpulan etnik peranakan itu malah ia satu daripada warisan tidak ketara yang dikhuatiri pupus ditelan arus kemodenan terutama jika tiada generasi pelapis meneruskan penghasilannya.

Justeru, beliau berharap kerajaan terutama di peringkat sekolah dapat memainkan peranan untuk memupuk minat dan mencungkil bakat pelajar sekolah dalam penghasilan kasut manik menerusi subjek seni.

"Minat anak-anak sekarang berbeza dengan dahulu kerana dahulu tiada gajet atau teknologi canggih, dulu kita belajar menjahit manik melalui pemerhatian, tengok emak menjahit. Lagipun setiap orang mempunyai minat berbeza dan ia tidak boleh dipaksa serta memerlukan kreativiti tersendiri," katanya. - Bernama

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Selera Peranakan Baba Nyonya Di Bumi Kenyalang

2

Budaya 3 bulan yang lalu

Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

3

Budaya 5 bulan yang lalu

Galeri Anak-Anak Sidek Dibuka 1 November

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Beriani Johor, Zapin Akan Dicalon Warisan Tidak Ketara UNESCO

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera