Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


7 Objek Yang Mungkin Belum Pernah Digunakan Generasi Kini

Sebelum wujudnya telefon pintar dan komputer riba ada alat-alat lain yang dicipta untuk pelbagai kegunaan. Mari kita lihat apakah objek itu.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2021 12:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada yang dulu, tiada yang sekarang. Begitulah evolusi teknologi yang berlaku zaman berzaman. Setiap hari kemajuan teknologi pada objek yang tercipta dipertingkatkan bagi membantu kehidupan seharian kita.

Sebelum wujudnya telefon pintar dan komputer riba ada alat-alat lain yang dicipta untuk pelbagai kegunaan. 

Mari kita lihat tujuh objek yang mungkin belum pernah digunakan oleh generasi masa kini.

Mesin Taip

Mesin ini adalah sejenis peralatan yang digunakan untuk menaip informasi di atas kertas. Ia dicipta oleh Francesco Rampazetto padal 1575 di Itali. 

Pada awalnya ia tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik. Ia menjadi alat yang penting untuk menulis surat, dokumen dan juga penyampaian berita di atas kertas.

Mesin taip ini kemudian diinovasikan menjadi mesin taip yang menggunakan elektrik. Kini, komputer yang serba canggih sudah mengganti alat ini sebagai alat menaip.

Kaset Audio Padat atau Pita Kaset

Kaset audio padat atau nama lainnya pita kaset adalah sejenis alat rakaman audio yang bersaiz lebih kurang 2.9cm x 1.5cm dan berbentuk segi empat tepat. Ia dikeluarkan kali pertama di bawah jenama Philips pada 1963 dan dikilangkan di Hasselt, Belgium.

Pita kaset ini biasanya digunakan untuk merakam audio, lagu, suara dan nyanyian oleh syarikat rakaman seterusnya dimainkan di radio yang mempunyai pemain pita kaset atau alat pemutar bunyi yang dipanggil Walkman.

Dengan perkembangan teknologi masa kini, kaset audio kemudian mula hilang fungsinya dengan penciptaan cakera padat dan seterusnya rakaman bunyi MP3 yang kini menghasilkan aneka aplikasi penstriman audio di dalam telefon pintar seperti Spotify, iTunes, JOOX dan lain-lain. 

Pita Video

 

Ini adalah sebuah lagi jenis pita magnet yang saiznya lebih besar dan menghasilkan teknologi untuk merakam visual dan bunyi. Ia dicipta pada 1951 oleh pasukan penyelidik Ampex Corporation yang diketuai Charles Ginsburg.

Selain untuk tayangan filem, ia juga digunakan sebagai alat penyimpanan data perubatan dan saintifik untuk kegunaan kajian serta penyelidikan.

Kini, perubahan teknologi video telah beralih bentuk kepada cakera padat dalam format Video Cakera Padat (VCD) serta Cakera Video Digital (DVD). Malah, video kini juga boleh dimuatnaik terus di aneka platform video tanpa menggunakan cakera padat seperti di YouTube dan laman media sosial lain.

Cakera Liut  atau Disket

Cakera liut atau lebih popular dipanggil disket adalah satu objek yang dicipta untuk menyimpan data. Ia digunakan pada komputer peribadi dan komputer riba suatu ketika dahulu. Ia mempunyai reka bentuk segi empat tepat dan nipis seperti kepingan biskut.

Dikeluarkan sekitar 1971 dan mempunyai storan 80KB sehingga 2,880KB, cakera ini lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana. Lazimnya digunakan untuk menyimpan maklumat data dan imej dalam komputer.

Kini, kadar storan maklumat sudah semakin tinggi, lantas cakera ini sudah tidak digunakan lagi. Ia telah digantikan dengan peranti simpanan data yang lebih berteknologi tinggi seperti pendrive dan hard disk/drive yang mampu menampung had penggunaan data sehingga 6TB.

Pager

Gambar: Indiatimes.com 
Gambar: Indiatimes.com 

Pager ialah sejenis alat penyampai maklumat yang digunakan untuk menghantar serta menerima pesanan ringkas dan penting sahaja. Ia popular sekitar tahun 90-an dan lebih kerap digunakan oleh golongan profesional yang memerlukan hubungan secara cepat seperti doktor, ahli perniagaan dan lain-lain.

Kini, sistem penyampai pesanan ringkas sudah mempunyai pelbagai cara dan ia tidak lagi diperlukan. Sistem pesanan ringkas boleh dihantar melalui telefon bimbit lewat pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, LINE dan banyak lagi yang diwujudkan untuk telefon pintar.

Telefon Bimbit Pad Kekunci 

Telefon bimbit atau telefon tanpa wayar pertama dicipta pada 1915. Ia dicipta dengan pemasangan pad kekunci (keypad) pada telefon tersebut sebagai butang untuk mendail nombor yang tertera.

Jenama Nokia adalah antara telefon bimbit paling popular sekitar era awal milenium yang menggunakan pad kekunci pada model telefon mereka. Kini, dengan teknologi yang ada, hampir semua jenis telefon bimbit tidak lagi memakai papan pad kekunci sebaliknya menggunakan kekunci sistem skrin sentuhan.

Telefon Awam

Sebelum kewujudan internet dan telefon pintar, telefon awam seperti namanya biasanya berada di tempat tumpuan awam seumpama lapangan terbang, perhentian bas, kawasan lalu lintas, hospital, sekolah dan sebagainya.

Telefon ini pada mulanya hanya boleh digunakan dengan bayaran menggunakan duit syiling untuk mengaktifkan penggunaan telefon dan masa yang diberi bergantung kepada nilai syiling yang dimasukkan.

Sekitar 90-an, pembayaran melalui kad prabayar telah diperkenalkan sebagai kaedah untuk penggunaan telefon awam dengan hanya membeli kad telefon dan kemudian mencucuk kad tersebut di tempat yang disediakan pada peranti telefon. - Getaran, 28 November 2021

Gambar: Unsplash dan Pexels kecuali yang tertera

Isu Pada

Transformasi Ara Johari

27 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pakej 5G Rahmah: 47,000 Set Telefon Pintar Tiba Minggu Ini - Fahmi

3

Karier 9 bulan yang lalu

Yusof Pertahan Industri Bot Tradisional

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Negara Perlukan Desentralisasi Pendidikan, Guru Harus Tingkatkan Kefahaman Literasi Perundangan

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini