Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Motosikal Terbaharu Husqvarna Menambat Hati

Penulis kami memberi ulasannya tentang dua motosikal terbaharu Husqvarna Motorcycle.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sungguh kagum penulis apabila melihat motosikal terbaharu keluaran Husqvarna Motorcycle.

Untuk pengetahuan umum, Husqvarna Motorcycle bermula sebagai sebuah subsidiari sebuah syarikat yang terkenal dengan pengilangan dan kini terkenal dengan model-model motosikal jenis Scrambler. Ia ditubuhkan pada tahun 1904 dan berasal dari negara Sweden. 

Jenama Husqvarna Motorcycle yang berpangkalan di Mattighofen, Austria telah masuk ke pasaran Malaysia pada sekitar tahun 2018. Pada penghujung bulan lalu, mereka telah melancarkan model terbaharu mereka di Richiamo Coffee UTM, Kuala Lumpur.

Terdapat dua jenis model yang dilancarkan iaitu Vitpilen 401 dan Svartpilen 250.

Model Vitpilen 401 merupakan sebuah motosikal yang mempunyai kuasa kelajuan sehingga 373cc. Apabila diperhatikan, motor ini mempunyai saiz yang agak besar dan mempunyai berat 151kg tanpa minyak. 

Satu tarikan pada bahagian lampu hadapan, ia menampilkan reka bentuk bulat serta dipasangkan lampu LED berwarna putih.

Model ini dilengkapi dengan meter digital dan dikatakan memberi penjimatan minyak yang banyak. Dengan menampilkan pemegang motor gaya 'Cafe Racer', motor ini amat sesuai untuk dibawa untuk perjalanan jarak jauh.

Tambahan pula, model ini sesuai untuk membuat pecutan di atas jalan raya berikutan kuasa kelajuan yang agak tinggi.

Selain itu, dengan mempunyai ketinggian 835mm dari tempat duduk, anda perlu membongkokkan sedikit posisi badan ke bawah bagi memberikan keselesaan dan cengakaman badan pada motorsikal ketika menunggangnya.

Model yang kedua adalah Svarpilen 250. Model ini pula mempunyai kuasa kelajuan sehingga 248cc. Ia masih menggunakan reka bentuk lampu bulat dan menggunakan cahaya LED. Jika dilihat, saiz motorsikal ini pula sedikit kecil namun ia mempunyai berat yang lebih sedikit daripada Vitpilen 400 iaitu 153kg. 

Masih menampilkan meter digital, konsep model ini sedikit berbeza. Ia lebih kepada bentuk 'Tracker' dan sesuai untuk dibawa secara santai terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. 

Model ini lebih fleksibel untuk ditunggang pada jarak dekat namun tiada masalah untuk menunggangnya jarak jauh juga.

Dengan ketinggian 835mm dari tempat duduk, posisi badan penunggang hanya perlu ditegakkan seperti menaiki motosikal biasa dan mengikut keselesaan badan.

Penunggang hanya perlu merapatkan kaki pada badan motosikal untuk mendapat cengkaman yang lebih baik semasa menunggangnya.

Majlis pelancaran ini turut disertai oleh Nicholas Krilov penerima unit motosikal model Vitpilen 401 pertama di Malaysia. Individu warga Australia ini sudah membawa motosikalnya sehingga ke Cameron Highland. 

Katanya, “Saya mempunyai banyak motosikal dan ini adalah antara motosikal yang terbaik saya pernah bawa.

“Sepanjang saya menceburi dunia permotoran, keselesaan ketika menunggang amat penting bagi saya. Model ini membuatkan saya mampu bertahan lebih lama di atas jalan raya ketika menunggangnya.”

Semasa diberi peluang mencuba kedua-dua model ini, penulis berasa ketika membawa model Vitpilen 401, ia memberikan persembahan yang hebat.

Apabila memulas pendikit atau ‘throttle’, model ini memberikan henjutan dengan segera untuk memecut. Kelajuan sambil memotong angin tidak dinafikan sangat luar biasa dan pasti memberi kepuasan ketika menungangnya. 

Walau bagaimanapun, penulis merasa sedikit penat dan lenguh pinggang ketika menunggangnya kerana cara tunggangan memerlukan penulis membongkokkan sedikit badan. Namun, ia sesuai untuk perjalanan di atas lebuh raya dan individu yang gemar memecut ketika menunggang.

Bagi model Svarpilen 250 pula, permulaan perjalanan bermula dengan agak santai ketika memasuki gear pertama. Walaupun kuasa kelajuan tidak setanding dengan model Vitpilen 401, namun bagi penulis model ini lebih selesa.

Ia lebih relaks dan tidak perlu mengambil jarak untuk membuat potongan semasa membuat selekoh. Posisi badan lebih tenang dan mudah untuk mencelah dalam keadaan lalu lintas yang sesak.

Kesimpulannya, kedua-dua motosikal terbaharu keluaran Husqvarna Motorcycle ini menampilkan kelebihan masing-masing dan mengikut cita rasa penunggang. Selamat membuat pilihan bagi yang berhasrat untuk memilikinya. - Getaran, 6 November 2021

Semua gambar: Mohd Azim Abd Rahman

Isu Pada

Langkah Kanan Nadhir Nasar & Nabil Aqil

06 Nov 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA