Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Nur Suryani Mampu Cipta Kejutan Jika Kekalkan Momentum - Jurulatih

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 6:42PM

Nur Suryani Mohamed Taibi - Gambar dari Facebook Nur Suryani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik tempoh persediaan yang singkat, kemampuan penembak wanita negara Nur Suryani Mohamed Taibi untuk mencipta kejutan melakar keputusan sensasi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak boleh dipersoal.

Ia disebabkan atlet berusia 38 tahun itu berjaya melepasi rekod kebangsaan acara 50 meter (m) rifle tiga posisi wanita miliknya iaitu 1172 mata selepas mengumpul 1182 mata dalam sesi latihan terakhir di sini sebelum berangkat ke Tokyo, namun rekod itu tidak diiktiraf kerana tidak memenuhi kriteria.

Namun, apa yang mengagumkan apabila Nur Suryani berjaya melakukan catatan itu dalam tempoh lima minggu sejak mula mengangkat ‘senjatanya’ selepas disahkan layak beraksi di Tokyo, malah beliau juga tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Mac tahun lalu susulan penularan pandemik COVID-19.

Jurulatih kebangsaan Mohd Yusri Jusoh tidak menolak kemungkinan sesuatu yang istimewa mampu dijelmakan Nur Suryani di Lapang Sasar Menembak Asaka pada 31 Julai ini.

“Nak buat perkara luar biasa agak sukar tetapi berdasarkan prestasi sebelum pergi (ke Tokyo), standard itu sudah ada cumanya sekarang bergantung dari segi perasaan menghadapi kejohanan sahaja,” katanya kepada Bernama, hari ini.

“Jika dia (Nur Suryani) boleh bawa momentum dan prestasi seperti di Kuala Lumpur, dia akan buat sesuatu yang menarik,” tambah Mohd Yusri yang mengharapkan anak buahnya dapat terus mengawal emosi dan tekanan dengan baik.

Pada masa sama, beliau berkata Nur Suryani semakin menyesuaikan diri dengan suasana serta keadaan cuaca yang panas dan berangin di lapang sasar menembak selepas diberikan masa yang cukup menguji venue pertandingan selama tiga hari berturut-turut sejak Isnin lepas.

Menurut beliau, selain perlu menyesuaikan diri melepaskan bidikan dalam keadaan cuaca panas mencecah 34 darjah celcius, Nur Suryani turut perlu ‘membaca’ kelajuan pergerakan angin di venue untuk memudahkannya pada hari pertandingan.

Dengan hanya akan kembali menjalani latihan di venue pertandingan bermula 28-30 Julai ini, Mohd Yusri berkata tempoh itu akan digunakan semaksimumnya untuk memahami keperluan sebenar semasa hari pertandingan demi memastikan Nur Suryani berada pada tahap terbaik ketika melakukan bidikan.

“Bukan masa untuk cerita pasal taktikal dan teknikal lagi dah, yang penting perasaan dan mental dia, dalam temasya sukan besar macam ini kita mahukan dia tenang, kita kawal emosi dia, jaga persekitaran dia,” jelasnya.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini menjadi penampilan kedua Nur Suryani di temasya sukan berprestij itu selepas mencuri tumpuan peminat sukan global pada Sukan Olimpik 2012 di London, apabila bertanding meskipun sedang sarat mengandung lapan bulan.

Mempunyai reputasi baik dalam negara, beliau turut banyak mengharumkan nama Malaysia menerusi pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, antaranya merangkul pingat perak dan gangsa Sukan Asia 2014, pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 dan beberapa siri kejayaan dalam penyertaan di Sukan SEA. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah