Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Zii Jia Lepasi Halangan Pertama, Kejutkan Jonatan di Kejohanan Dunia

Sukan Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 7:49AM

Lee Zii Jia mengejutkan wakil Indonesia pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Denmark. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia berjaya melepasi halangan pertama dengan mengejutkan wakil Indonesia Jonatan Christie pada Kejohanan Badminton Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark hari ini. 

Pemain Malaysia di ranking ke-13 dunia itu memerlukan 39 minit untuk menyingkirkan pemain nombor lima dunia itu 21-13, 21-15 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Royal Arena. 

Zii Jia dijangka tidak menghadapi masalah apabila dijadual berdepan pemain di ranking lebih rendah Brian Yang (ranking ke-27 dunia) dari Kanada pada pusingan kedua. 

Sementara itu, pemain perseorangan profesional wanita, Goh Jin Wei mengambil masa 30 minit untuk menundukkan pencabar dari Hungary, Vivien Sandorhazi 21-18, 21-15 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua. 

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu, bagaimanapun berdepan laluan sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia, An Se Young dari Korea Selatan esok.

Nasib berbeza menimpa seorang lagi wakil wanita negara S. Kisona yang tewas kepada pemain Taiwan Pai Yu Po 22-20, 19-21, 13-21. 

Esok lima lagi wakil negara akan membuat perhitungan pada pusingan pertama iaitu beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun; dua beregu wanita Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing dan Vivian Hoo- Lim Chiew Sien; serta dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 hari yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Zii Jia Bakal Terima Bayaran 'Hak Imej' Untuk Piala Thomas

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Zii Jia Tarik Diri Daripada Korea Masters 2023

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Terbuka Artik: Zii Jia Tamatkan Kemarau Gelaran 17 Bulan

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM