Berita Terkini

2 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 2 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 2 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 2 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 2 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Man United Berpesta Gol, Arsenal Ditundukkan Oleh Wolves

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 9:48AM

Fernandes menjaringkan penalti untuk gol ketujuh United pada 2 Feb di Old Trafford. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Manchester United menyamai rekod kemenangan paling besar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selepas membelasah Southampton 9-0 di laman sendiri, sementara dua pemain Arsenal dibuang padang dalam kekalahan 2-1 kepada Wolves awal pagi tadi.

United menjaringkan empat gol pada separuh masa yang pertama setelah pemain tengah muda Southampton Alexandre Jankewitz diarahkan keluar padang pada minit kedua di Old Trafford. 

Anak buah Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan lima lagi gol pada separuh masa yang kedua untuk menyamai rekod Leicester yang telah membelasah Southampton pada 2019 serta rekod kelab Manchester itu sendiri menentang Ipswich pada 1995. 

Aaron Wan-Bissaka memulakan pesta gol United disambung oleh Marcus Rashford. United dibantu oleh pemain pertahanan The Saints, Jan Bednarek yang menjaringkan gol sendiri, sebelum Edson Cavani menjaringkan gol keempat United. 

Anthony Martial menjaringkan dua gol  manakala Scott McTominay, Bruno Fernandes dan Daniel James menjaringkan tiga gol terakhir United. 

Bednarek juga dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Anthony Martial dalam kotak penalti. 

“Saya sudah lama menunggu untuk pemain-pemain ini menunjukkan keistimewaan mereka. Bukan selalu kami beraksi dengan baik pada separuh masa kedua,” kata Solskjaer. 

Kemenangan United dalam tiga perlawanan ini meletakkan United di belakang Manchester City dengan hanya perbezaan lima gol, namun anak buah Pep Guardiola mempunyai dua lagi permainan dalam tangan. 

Nicolas Pepe membuka jaringan di Stadium Molineux untuk Arsenal tapi kad merah yang dikenakan ke atas David Luiz kerana menjatuhkan Willian Jose dalam kotak penalti, memberikan momentum kepada Wolves. 

Penjaga gol Arsenal Bernd Leno juga dilayangkan kad merah untuk melengkapkan hari yang malang bagi kelab London itu. 

West Brom kalah 2-1 kepada Sheffield United, manakala Crystal Palace mengalahkan Newcastle 2-1. – AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Hamidin Dicalon Ahli Majlis FIFA

3

Sukan 6 bulan yang lalu

SNBJ Tak Mampu Beli Kanvas Tutup Padang, MFL Akan Buat Kenyataan Rasmi

4

Sukan 7 bulan yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Hayati Sambutan Hari Air Sedunia Dalam Usaha Pastikan Sumber Air Dijaga - Anwar

Semasa 20 jam yang lalu

Murid Perempuan 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Pendidikan 3 jam yang lalu

SAM Medan USIM Gilap Bakat Muda, Miliki Pelapis Profesional

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok