Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Liverpool Perkukuh Pertahanan Dengan Dua Pemain Baharu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 12:37PM

Kabak (kiri) dibawa masuk untuk menyelesaikan masalah di tengah pertahanan Liverpool. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Pertahanan Liverpool yang sebelum ini dibayangi masalah kecederaan telah diperkuatkan dengan kehadiran pemain baharu, Ozan Kabak dari kelab Schalke dan Ben Davies dari Preston.

Manakala pemain penyerang juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu, Takumi Minamino pula telah dipinjamkan ke Southampton sehingga akhir musim ini.

Liverpool terpaksa membuat pembelian di jendela perpindahan Januari ini susulan kecederaan yang dialami oleh pemain-pemain pertahanan senior kelab terbabit, Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip sehingga memaksa mereka diketepikan.

Sementara pemain tengah, Fabinho yang telah mengisi kekosongan di tengah pertahanan The Kop dengan cemerlang, juga mengalami kecederaan baru-baru ini. 

Ia memaksa kapten pasukan Jordan Henderson, yang juga pemain tengah, terpaksa ditarik masuk ke pertahanan.

Liverpool telah membayar yuran pinjaman sebanyak RM5.5 juta untuk meminjam Kabak dan The Reds juga boleh membeli pemain dari Turki itu dengan membayar RM99.6 juta di akhir musim.

Pemain berusia 20 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi di Bundesliga selama dua tahun dengan Stuttgart, sebelum menyertai Schalke pada Julai 2019. Kabak juga pernah beraksi di Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab Galatasaray dan telah beraksi dengan pasukan kebangsaan Turki sebanyak tujuh kali. 

Manakala Davies, 25, dibeli dengan bayaran awal sebanyak RM2.7 juta bersama dengan bayaran tambahan di masa hadapan. 

Pemain Inggeris itu telah membuat 145 penampilan untuk Preston dan menjaringkan dua gol sejak 2013. 

Dalam pada itu, Arsenal telah membenarkan Shkodran Mustafi untuk menyertai Schalke sementara Tottenham pula telah menamatkan tempoh pinjaman Gedson Fernandes bagi membolehkan pemain Portugal itu menyertai Galatasaray. – AFP 

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

3

Sukan 9 bulan yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Gol Vinicius Hancurkan Harapan Liverpool

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

2 Cedera Dalam Kebakaran Gudang Simpanan Bahan Kimia

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Sentiasa Dukung Usaha Bentuk Kerukunan Rakyat - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Putera Albert II Berangkat Ke Majlis Makan Malam Gala Sempena Perlumbaan F1

Semasa 1 hari yang lalu

Jurugambar Ditahan Bantu Siasatan Amang Seksual Di Sepang