web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Stadium Shah Alam Bakal Berwajah Baharu, Terap Konsep ‘Mesra Komuniti’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 9:55PM

Pembangunan tersebut bukan sahaja merangkumi pembinaan semula stadium bertaraf dunia, tetapi turut meliputi taman rekreasi sebagai kemudahan riadah rakyat Selangor. - Gambar ihsan MBI

oleh

T. Vignesh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor merancang menjadikan Stadium Shah Alam ‘berwajah’ baharu dan sebahagian daripada ekosistem lebih besar untuk kemudahan sukan dan rekreasi.

Bercakap kepada media hari ini, Ketua Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Norita Mohd Sidek berkata, Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu nanti bukan sahaja meliputi stadium serba canggih, malah menampilkan kemudahan rekreasi untuk rakyat negeri berkenaan.

“Kerajaan negeri mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai projek mampan, mesra rakyat dan mantap dari aspek nilai ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) yang ditawarkan untuk membina projek kemudahan itu, mencadangkan supaya sebahagian daripada kompleks sukan terbabit ‘diubah’ menjadi taman rekreasi komuniti, manakala sebahagian lain dibangunkan sebagai kemudahan sukan moden untuk bola sepak, ragbi, hoki dan sukan dalam bangunan.

Norita berkata, kerajaan negeri yakin dengan ciri baharu komples sukan itu kerana ia dirancang berdasarkan penilaian semasa berhubung keselamatan, kepentingan dan manfaat jangka panjang untuk rakyat Selangor.

Tambahnya, kerajaan negeri sedang berusaha membangunkan kawasan itu sebagai hub sukan dan ruang bagi perhimpunan awam untuk masyarakat.

Rekaan bentuk kompleks itu juga dibina bagi memaksimumkan kegunaan stadium berkeluasan 188 ekar berkenaan yang kini kurang digunakan, selain mengatasi isu infrastruktur sejak sekian lama berlaku di situ.

Pembinaan stadium di kompleks tersebut mampu mendapat kelulusan piawaian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mampu memuatkan sehingga 35,000 penonton.
Pembinaan stadium di kompleks tersebut mampu mendapat kelulusan piawaian daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mampu memuatkan sehingga 35,000 penonton.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Imran Salim berkata, stadium baharu dengan kapasiti 35,000 hingga 45,000 penonton itu akan menjadi mercu tanda terkini di Shah Alam kerana bakal mengekalkan reka bentuk ikonik yang sinonim dengan negeri terbabit.

“Ia akan menjadi stadium dengan persekitaran tempat duduk  lebih ‘mesra alam’.

“Kami akan memastikan bahawa pihak kami mendapat semua pensijilan diperlukan untuk stadium. Stadium ini akan mendapat pensijilan FIFA supaya ia boleh menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa disahkan FIFA.

“Pembangunan semula itu juga akan memberi tumpuan kepada menangani masalah infrastruktur semasa, mengambil kira isu banjir dan trafik dalam stadium,” katanya.

Bagi membangunkan stadium itu, struktur sedia ada perlu ‘diruntuhkan’ bagi membina kemudahan baharu berkenaan.

Imran berkata, infrastruktur itu juga akan menjadi stadium bertemakan Selangor dan lokasi tuan rumah kepada Kelab Bola Sepak Selangor yang turut dikenali sebagai Red Giants.

Jelasnya, kemudahan itu juga akan menjadi hab pengangkutan bersepadu dengan stesen transit aliran ringan (LRT) dan terminal bas untuk kemudahan akses ke kompleks sukan baharu serta kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, pembangunan dicadangkan itu juga akan menampilkan trek riadah, laluan berbasikal, tempat letak kenderaan, kemudahan, sukan lasak, hotel, kedai barangan sukan, bazar, dewan serbaguna, ruang acara tertutup dan muzium sukan.

Pada masa sama, Imran berkata, kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam masih belum diputuskan kerana pelan dicadangkan itu perlu melalui beberapa proses tambahan sebelum dimuktamadkan.

“Kami berharap pelan dicadangkan itu diluluskan menjelang tahun ini kerana ia akan mengambil masa hampir empat tahun untuk menyiapkan keseluruhan projek. Buat masa ini, saya boleh katakan projek itu dijangka siap dalam dua fasa,” katanya.

Stadium berkenaan direka untuk kegunaan komuniti di mana ia menjadi komponen penting kepada masyarakat setempat dan menyediakan peluang keusahawanan.

Norita berkata, kos penyelenggaraan stadium itu membabitkan sebanyak RM5 juta hingga 6 juta setahun, justeru kompleks baharu terbabit akan membantu MBI menjana pendapatan daripada aktiviti ekonomi.

Pembangunan dicadangkan itu juga akan menampilkan trek riadah, laluan berbasikal, tempat letak kenderaan, kemudahan, sukan lasak, hotel, kedai barangan sukan, bazar, dewan serbaguna, ruang acara tertutup dan muzium sukan. - Gambar ihsan MBI
Pembangunan dicadangkan itu juga akan menampilkan trek riadah, laluan berbasikal, tempat letak kenderaan, kemudahan, sukan lasak, hotel, kedai barangan sukan, bazar, dewan serbaguna, ruang acara tertutup dan muzium sukan. - Gambar ihsan MBI

Terdahulu, kerajaan Selangor memutuskan Stadium Shah Alam memerlukan nafas baharu dan menyerahkan surat hasrat (LoI) kepada MRCB untuk melakukan cadangan terperinci mengenai rancangan pembangunan semula.

Selain itu, Imran berkata, walaupun cadangan awal terbabit memenuhi aspirasi ditetapkan, kerajaan negeri dan MRCB masih memuktamadkan perinciannya bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan.

Sementara itu, Norita berkata, menerusi rancangan itu, rakyat Selangor boleh berkongsi pendapat mengenai cadangan dirasakan sesuai untuk Kompleks Sukan Shah Alam menerusi emel, bagi membantu kerajaan negeri mengambil kira perkara terbabit ketika peringkat perancangan projek.

Reka bentuk baharu itu akan dipamerkan di pelbagai tempat, termasuk lokasi stadium, bangunan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam, selain platform media sosial masing-masing.

Orang ramai juga boleh menghantar maklum balas mereka ke [email protected]. – The Vibes, 30 September 2022.
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad