Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


 Pingat Emas Keenam Dicapai Di Arena Birmingham, Terima Kasih Joe Ee

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 8:18AM

Tze Yong menumpaskan juara dunia dari Singapura untuk layak ke pusingan separuh akhir. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BIRMINGHAM - Dua pingat emas yang dijelmakan di hari kesembilan Sukan Komanwel 2022 pada Sabtu (6 Ogos) menceriakan kontinjen negara, sekali gus menyaksikan Malaysia berjaya mencapai sasaran enam emas ditetapkan pada edisi Birmingham, di sini, hari ini.

Pingat emas kelima serta keenam itu hadir di Arena Birmingham menerusi gimnas muda negara, Ng Joe Ee, yang turut melakar sejarah sebagai gimnas Malaysia pertama membawa pulang dua emas individu di Sukan Komanwel.

Gimnas berusia 16 tahun itu menyumbangkan emas kelima melalui disiplin bola dan selang beberapa jam kemudian menghadiahkan pingat emas keenam kepada Malaysia dalam disiplin riben.

Skuad gimrama kebangsaan turut menyerlah pada hari terakhir acara berkenaan di temasya kali ini, apabila seorang lagi gimnas, Izzah Amzan berjaya meraih gangsa dalam final disiplin belantan.

Di Pusat Akuatik Sandwell, pasukan renang negara turut menggembirakan kem Malaysia apabila gandingan Nur Dhabitah Sabri-Wendy Ng Yan Yee menghadiahkan pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita.

Semalam, gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert Daim menyumbang pingat pertama dari skuad terjun negara apabila meraih pingat perak bagi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

Sementara itu, Malaysia berpeluang menambah pingat pada hari ke-10 temasya apabila pasangan Javen Choong dan Karen Lyne melakar kemenangan sensasi 3-1 ke atas pilihan ketiga dari Singapura, Clarence Chew Zhe Yu-Zeng Jian untuk menempah slot ke final acara beregu campuran ping pong.

Javen-Karen dijadual berdepan pasangan dari India, Sharath Kamal Achanta-Sreeja Akula di peringkat akhir, hari ini.

Skuad skuasy negara juga berpeluang menceriakan kem negara apabila tiga wakil akan turun bersaing di peringkat separuh akhir, hari ini.

Beregu utama wanita negara, Aifa Azman-Rachel Arnorld dijadual berdepan wakil tuan rumah, Sarah-Jane Perry dan Alison Waters sementara Chan Yi Wei-Noor Ainaa Amani Ampandi pula akan berdepan Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand.

Sementara, pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern dijadual berdepan beregu tuan rumah, James Willstrop-Declan James dalam saingan peringkat empat beregu terbaik itu.

Pasukan badminton juga di landasan tepat dalam menyumbangkan pingat apabila lima wakil negara menempah tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini.

Ng Tze Yong akan turun beraksi dalam acara perseorangan lelaki, Chan Peng Soon-Tan Kian Meng (beregu lelaki), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M Thinaah (beregu wanita) dan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran).

Pendahulu keseluruhan kedudukan pingat masih menjadi milik Australia, yang mengumpul 59 pingat emas, 46 perak dan 50 gangsa, diikuti tuan rumah, England, di tempat kedua 50-52-46 manakala Kanada menghuni tangga ketiga 22-29-33.

Hasil pungutan dua pingat emas pada hari kesembilan temasya menyaksikan kontinjen Malaysia naik satu anak tangga di kedudukan kesembilan dengan kutipan keseluruhan enam emas, lima perak dan empat gangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

PM Ucap Tahniah Kepada Joe Ee

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Pertama Kali Beraksi Komanwel, Joe Ee Beri Kejutan Emas

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

Semasa 23 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

oleh Sophia Ahmad