Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


TFC Mara Ke Final Piala FA, Tewaskan Selangor Dalam Penentuan Penalti

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 6:31AM

Para pemain Terengganu FC meraikan kejayaan layak ke final Piala FA. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Terengganu FC (TFC) mara ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan penalti setelah kedudukan terikat satu sama pada perlawanan separuh akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, TFC yang dibimbing ketua jurulatih Nafuzi Zain akan berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan kendalian Michael Feichtenbeiner bermula garang dengan melancarkan serangan seawal minit ketujuh ke kubu pertahanan tuan rumah, namun percubaan Nor Hakim Hassan berjaya digagalkan penjaga gol Rahadiazli Rahalim.

Pasukan tuan rumah yang mula mendapat rentak bangkit melakukan serangan balas dan beroleh peluang pada minit ke-18, sayangnya rembatan deras Petrus Shitembi sedikit tinggi melepasi palang.

Walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, Selangor terlebih dahulu mencetak gol pertama pada minit ke-23 menerusi Nor Hakim untuk meletakkan skuad The Red Giants di hadapan.

Pada minit ke-42 skuad Penyu beroleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan, malangnya sepakan gunting kapten pasukan Kipre Tchetche pula terkena palang.

Bersambung babak kedua, TFC yang ketinggalan 1-0 melancarkan serangan ke kubu lawan sebaik wisel mula ditiupkan.

Usaha tersebut membuahkan hasil apabila rembatan deras Faisal Halim berjaya menggegar gawang lawan pada minit ke-48 untuk menceriakan lebih 30,000 penonton tuan rumah dan menyamakan kedudukan satu sama.

Sehingga babak kedua berakhir, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan satu sama menyebabkan perlawanan terheret ke masa tambahan.

Pada masa tambahan kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus namun gagal meraih gol, justeru membawa perlawanan ke penentuan penalti yang berakhir dengan kemenangan kepada skuad Penyu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Sukan 3 hari yang lalu

Legenda Double Treble Bantu KDA FC Hadapi Saingan Musim 2024

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 6 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Sukan 1 hari yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan