Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Kem Wushu Akhiri Cabaran Di Hanoi Dengan Sebutir Gangsa

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 3:26PM

Atlet wushu negara, Yeap Wai Kin beraksi bersama pingat gangsa yang dimenanginya menerusi acara akhir Gunshu Lelaki pada Sukan SEA ke-31 di di Cau Giay Gymnasium hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Skuad wushu negara menamatkan cabaran pada Sukan SEA ke-31 dengan meraih sebutir pingat gangsa pada hari terakhir acara berkenaan dipertandingkan di Gimnasium Cau Giay di sini hari ini.

Kutipan pingat itu sekali gus menyaksikan kem Malaysia yang dibarisi enam muka baharu dan dua atlet berpengalaman pada temasya kali ini, meraih keseluruhan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa, sekali gus mengatasi sasaran masing-masing sebutir perak dan gangsa.

Pada aksi hari ini, Yeap Wai Kin menyumbangkan pingat gangsa buat Malaysia dalam acara Gunshu Lelaki setelah memperoleh 9.68 mata, di belakang atlet Indonesia Seraf Naro Siregar (9.71 mata) dan peserta Singapura Jowen Si Wei Lim (9.69 mata).

Seorang lagi wakil negara, Clement Ting Su Wei, yang sebelum ini mencipta kejutan meraih pingat emas dalam acara changquan dua hari lepas, hari ini gagal mempamerkan prestasi cemerlang apabila menamatkan cabaran di kedudukan keenam dalam acara Gunshu dengan kutipan 9.49 mata.

Sydney Chin Sy Xuan yang meraih pingat gangsa semalam, juga tidak menyerlah pada hari terakhir acara wushu apabila hanya menduduki tempat ketujuh dalam acara Taijijian Wanita setelah mengutip 9.58 mata, manakala rakan senegara di kedudukan kesembilan dan terakhir dengan memperoleh 9.47 mata.

Acara berkenaan dimenangi peserta Filipina Agatha Chrystenzen Wong yang mengumpul 9.71 mata, manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing menjadi milik dua peserta tuan rumah, Tran Thi Minh Huyen (9.70 mata) dan Tran Thi Kieu Trang (9.69 mata).

Wakil Malaysia dalam acara Changquan Wanita juga tidak menyerlah apabila Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee berada di kedudukan ketujuh dan kelapan setelah masing-masing memperoleh 9.47 dan 9.42 mata.

Peserta tuan rumah Hoang Thi Phuong Giang dinobatkan pemenang pingat emas selepas meraih 9.71 mata, diikuti Nandhira Mauriskha dari Indonesia dengan 9.70 mata manakala gangsa dimenangi seorang lagi atlet Vietnam Duong Thuy Vi (9.68 mata).

Calvin Lee Wai Leong yang turun beraksi dalam acara Nangun Lelaki juga gagal menempatkan diri dalam kedudukan podium apabila berada di tempat kelapan selepas mengutip 9.42 mata.

Acara berkenaan dimenangi Thein Than Oo dari Myanmar yang memperoleh 9.71 mata, mengatasi pencabar tuan rumah Pham Quoc Khanh di tempat kedua setelah mengumpul 9.70 mata manakala pingat gangsa diraih peserta Indonesia Harris Horatius (9.69 mata). - Bernama

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Sukan 1 hari yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 4 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah