Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dell Akbar Ketuai Badan Siasatan Bebas Kaji Prestasi Hambar Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2022 5:10PM

Dell Akbar Khan akan ketuai Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya susulan prestasi hambar di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melantik bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan untuk mengetuai Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata badan siasatan itu ditubuhkan bagi proses ‘bedah siasat’ susulan prestasi hambar pasukan negara di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Katanya, badan siasatan berkenaan dianggotai individu di luar FAM.

Beliau berkata, Dell Akbar diberi mandat untuk melantik beberapa individu yang pernah memegang jawatan dalam bola sepak bagi menganggotai badan siasatan bebas itu.

“Individu berkenaan termasuklah bekas pemain dan jurulatih, tetapi tidak memegang sebarang jawatan atau menganggotai mana-mana jawatankuasa FAM ketika ini.

“Tugas utama badan siasatan ini adalah melakukan bedah siasat terlebih dahulu terhadap laporan dan analisis lengkap daripada barisan kejurulatihan serta pengurusan pasukan kebangsaan mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura, tempoh hari.

“Laporan itu telah pun siap dan diserahkan kepada Sekretariat FAM, baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hamidin berkata, hasil bedah siasat daripada badan siasatan itu, seterusnya dibentangkan Dell Akbar kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Jelasnya, Dell Akbar juga akan membentangkan langkah penambahbaikan pasukan kepada jawatankuasa berkenaan.

Pada Piala Suzuki AFF 2020, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mencatatkan kemenangan awal ke atas Kemboja dengan jaringan 3-1 dan Laos (4-0).

Bagaimanapun, skuad itu beraksi longlai pada perlawasan seterusnya apabila dibenam mudah Vietnam 3-0, sebelum dimalukan Indonesia 4-1, mengakibatkan pasukan negara gagal ke separuh akhir.

Mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan tersebut, Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih pasukan bola sepak negara. – Getaran, 7 Januari 2022
 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 10 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran