Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Piala AFF: Muhammad Akhyar, Quentin Pula Positif COVID-19

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 7:27AM

Akhyar tidak bermain menentang Laos kerana positif COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad kebangsaan terus menerima tamparan pada kempen kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura apabila dua lagi pemain negara disahkan positif COVID-19.

Dua pemain itu adalah pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang dinobatkan Pemain Terbaik pada aksi pembukaan Kumpulan B Malaysia menentang Kemboja, Isnin lepas dan pemain pertahanan Quentin Cheng.

“Sudah tentu Akhyar bermain dengan amat baik pada perlawanan terdahulu tetapi disebabkan diuji positif COVID-19 beliau tidak boleh diturunkan petang ini,” kata Ketua Jurulatih Kebangsaan Tan Cheng Hoe pada sidang media selepas perlawanan Malaysia bertemu Laos di Stadium Bishan, Singapura, semalam.

“Saya harap beliau kembali pulih dan segera dapat menyertai pasukan semula selepas ini,” tambah pengendali berusia 53 tahun itu.

Pada masa sama, Pengurus Pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika dihubungi Bernama di Singapura, memaklumkan Quentin yang merupakan pemain Selangor FC turut disahkan positif COVID-19 pada ujian saringan waktu yang sama.

Perkembangan itu menyaksikan seramai empat daripada keseluruhan 24 pemain skuad Harimau Malaya di Singapura telah diuji positif COVID-19 selepas penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim turut disahkan positif pada Ahad lepas.

Muhammad Khairulazhan dan Faisal Halim yang tidak bergejala telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari sekali gus hampir pasti terlepas tiga aksi pertama Kumpulan B kejuaraan.

Pada aksi menentang Laos petang semalam, Malaysia yang turun tanpa kelibat Muhammad Akhyar dan Quentin dalam senarai pemain, mudah membenam skuad bimbingan jurulatih kelahiran Singapura V Selvaraj 4-0 untuk merakam kemenangan kedua Malaysia dalam saingan kumpulan.

Malaysia dijadual menentang juara bertahan Vietnam pada Ahad sebelum berdepan musuh tradisi Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B 19 Disember ini dalam misi menjadi dua pasukan terbaik layak ke peringkat separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala Asia: Ahmad Zahid Ucap Selamat Berjuang Kepada Skuad Harimau Malaya

3

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 4 jam yang lalu

NADMA Laksana Pembenihan Awan Di Papar, Lahad Datu Dan Tawau

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Pendidikan 1 hari yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina