Berita Terkini

2 jam yang lalu: Kes harian COVID-19 di Korea Selatan melepasi 13,000 buat pertama kalinya 3 jam yang lalu: 47.5 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat ini 3 jam yang lalu: Lebih 10 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat positif COVID-19 sejak penularan wabak itu 6 jam yang lalu: Isu pati dibincang dalam pertemuan ketua polis Malaysia, Indonesia 6 jam yang lalu: Al Rajhi Bank Malaysia lantik firma Thought Machine, bangunkan bank digital

IKUTI KAMI


SEAGF Putuskan Sukan SEA Ke-31 Dianjur Pada Mei Tahun Depan

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 6:50PM

Norza (kiri) ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pejabat SEAGF yang diadakan secara maya di Wisma Majlis Olimpik Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai status penganjuran Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam akhirnya terjawab apabila temasya dwitahunan itu sah bakal dianjurkan pada Mei 2022.

Namun, Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) akan hanya menetapkan tempoh spesifik penganjuran temasya berkenaan pada penghujung bulan ini selepas mendapat pengesahan daripada Kerajaan Vietnam.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Pejabat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) secara dalam talian yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Chaiyapak Siriwat.

“Kita beranggapan bahawa kita sudah sampai ke peringkat certainty (kepastian) dan keputusan yang muktamad terhadap pelaksanaan Sukan SEA.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Vietnam kerana kembali dengan satu kepastian mengenai waktu penganjuran iaitu pada Mei 2022,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat itu di Wisma OCM di sini, hari ini.

Julai lepas, SEAGF mengesahkan temasya Sukan SEA ke-31, yang dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember ini ditunda ke tahun hadapan berikutan situasi pandemik COVID-19.

Sementara itu, Mohamad Norza berharap pengesahan itu dapat memberi kelegaan kepada barisan atlet dan pegawai sukan terlibat yang sebelum ini “terperangkap” dalam dilema untuk melakukan persediaan susulan waktu penganjuran temasya yang baharu belum ditetapkan.

Beliau berkata dengan tempoh yang singkat menjelang temasya itu, tumpuan kini dari aspek persediaan atlet dan Mohamad Norza turut meminta Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA untuk memulakan mesyuarat bagi membincangkan soal pembahagian atlet yang akan bertanding.

“Semua sedia maklum 2022 merupakan tahun sangat sibuk dengan temasya sukan besar seperti Sukan Komanwel yang dijadual pada pertengahan 2022, Sukan Asia pada November,” katanya sambil menyarankan persatuan sukan kebangsaan terlibat supaya bersedia seawal mungkin.

Mohamad Norza mengakui dalam keadaan mencabar untuk mempersiapkan atlet terdapat kemungkinan berlakunya pilih kasih atau berat sebelah dalam proses pemilihan atlet, namun tegasnya perkara itu tidak seharusnya terjadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Penyertaan Atlet Israel: MOM Kerjasama Dengan KBS Bawa Isu Kepada Kabinet

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala AFF : Thailand Hampiri Final Selepas 2 Jaringan Ke Atas Vietnam

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala AFF: Terlalu Hormat Kepada Lawan Bawa Padah - Cheng Hoe

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA Ke-31 Pada 12 Hingga 23 Mei Tahun Depan - MOM

Sorotan

1

Tanah Mendap, 5 Kenderaan Rosak

2

Pertemuan BAM-Zii Jia Capai Hasil Positif - Timbalan Presiden BAM

3

Berlakon Watak Ibu Kepada Anak Dewasa, Erra Fazira Bersikap Realistik

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penjaja Jeruk Mangga 'Tak Makan Saman'?

oleh Farhana Farush

Politik 19 jam yang lalu

PEJUANG Jangan Amalkan Politik Kuno, Beri Peluang Orang Muda Jadi Calon

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

18 Pelajar Asrama Tawau Positif, Cetus Kluster Sri Balung

oleh Ardyhansah Amat

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Alami Detik Cemas, Tangan Tersepit Mesin Pengisar Ikan

oleh Mira Adilah Azmi