web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Everton Meraikan Kemenangan Pertama Di Anfield Sejak 1999

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 7:54AM

Pemain-pemain Everton meraikan gol kedua mereka menentang Liverpool awal pagi tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON: Everton mengalahkan Liverpool di tempat lawan 2-0 awal pagi tadi, manakala Chelsea seri 1-1 dengan Southampton semalam.

Gol pembukaan Everton dijaringkan oleh Richarlison dan sepakan penalti Gylfi Sigurdsson di lewat permainan memastikan kemenangan pertama untuk The Toffees di Anfield sejak 1999.

Urutan 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool, yang dilanda masalah kecederaan, di tempat sendiri telah tamat dengan empat kekalahan berturut-turut, pertama kali sejak 1923.

“Saya sangat gembira buat kelab ini dan para peminat. Saya berharap mereka akan meraikan kejayaan ini,” kata pengurus Everton, Carlo Ancelotti.

The Reds hanya mampu untuk menang dua dari sebelas perlawanan liga sebelum ini dan mungkin akan terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak musim pertama Jurgen Klopp mengendali skuad ini lima tahun lepas.

Pasukan itu berada di tempat keenam di tangga liga.

“Gol pertama mereka mengubah segalanya, kami sepatutnya bertahan dengan lebih baik.

“Kami terpaksa mengejar mereka dan terlampau gementar,” kata Klopp.

Dalam perlawanan lain Southampton seri 1-1 dengan Chelsea, gol The Saints dijaringkan oleh pemain pinjaman dari Liverpool, Takumi Minamino dan gol The Blues dijaringkan oleh Mason Mount dari sepakan penalti.

Ademola Lookman menjaringkan gol tunggal Fulham untuk mengalahkan Sheffield United 1-0.

Burnley pula seri 0-0 dengan West Brom. - AFP

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Kisah Anak Gen-X: Selamat Tinggal, Jurgen Klopp!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Liverpool Serbu Padang Nak Jumpa Mo Salah

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Akan Bangkit Semula - Hyypia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad