Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tokoh Batik Singapura Meninggal Dunia

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 12:15PM

Allahyarham Sarkasi Said - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tokoh yang dianggap sebagai 'bapa batik Singapura', Sarkasi Said, meninggal dunia pada usia 81 tahun, semalam.

Khabar duka ini disampaikan sendiri oleh anaknya, Ika Zahari Sarkasi kepada Berita Mediacorp. 

Allahyarham, yang meninggal dunia pada 10.20 malam, sebelum ini jatuh sakit setelah kedua-dua ginjalnya rosak.

Beliau mengalami masalah buah pinggang sejak dua tahun lalu tetapi keadaan ginjalnya baru-baru ini terus memburuk dan menurut doktor tidak lagi boleh dirawat.

Menurut Ika, kali terakhir bapanya dirawat di hospital adalah kira-kira empat minggu lalu.

Selepas dirawat di hospital selama lima hari, doktor menasihati pihak keluarga supaya membawanya pulang kerana beliau tidak lagi boleh dirawat. Allahyarham terlantar sakit di atas katil di rumah sejak itu.

Dua minggu selepas dibawa pulang, Allahyarham Sarkasi sekadar boleh makan dua hingga tiga sudu makanan sahaja setiap hari.

"Apa yang betul-betul sedihnya adalah kesakitan yang beliau lalui. Itu yang betul-betul kita dapat rasa. Kadang-kadang beliau ok, boleh bercakap. Kadang-kadang beliau tidak boleh bercakap. Kadang-kadang bila nampak kita, beliau berbual tentang masa-masa dahulu," cerita Ika kepada Berita Mediacorp minggu lalu.

Beliau ketika itu juga memohon doa orang ramai dan meminta para kenalan supaya tidak berkunjung ke rumah bapanya. Ini demi keselamatan keluarga dan juga orang ramai di tengah-tengah penularan COVID-19 sekarang ini.

Tokoh batik tersohor itu meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Lukisan batik Sarkasi yang sering ditanda tangan dengan perkataan 'Tzee', iaitu singkatan namanya, dikumpul dan disimpan oleh ramai orang kenamaan di dalam dan luar negara termasuk kerabat diraja seperti Sultan Brunei.

Lukisan beliau juga dipamerkan di Istana, Bangunan Parlimen dan kedutaan-kedutaan Singapura di luar negara. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 jam yang lalu

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan

Semasa 1 hari yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas