Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Memburu Nasi Beriani Dan Nasi Mandhi Di Singapura

Apakah keistimewaan Nasi Beriani Hyderabad yang terdapat di Singapura jika dibandingkan dengan Nasi Mandhi Arab? Freda Hassan berpeluang menyelidik dan menikmati.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 2:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazimnya, pengunjung ke Singapura akan mencari nasi beriani yang boleh diperolehi di merata Singapura lebih-lebih lagi di kawasan North Bridge Road , pasar Tekka atau pasar Geylang Serai.

Nasi beriani dhum ialah hidangan tempatan India yang menggunakan beras basmati yang dimasak dengan rempah, bawang putih, bawang dan minyak sapi yang dipadankan dengan acar serta kuah dalca. Sesetengah restoran menyediakan nasi beriani Hyderabad juga.

Terdapat aneka pilihan nasi beriani iaitu ayam, daging atau ikan menanti penggemarnya.

Di sebalik populariti nasi beriani Singapura, ada juga nasi Mandhi Arab yang turut digemari di kalangan rakyat Singapura.

Nasi Mandhi dimasak dengan bumbu rempah khas Arab yang disajikan dengan potongan ayam atau daging kambing.

Apakah pula keistimewaan nasi beriani Hyderabad yang terdapat di Singapura jika dibandingkan dengan nasi Mandhi?

 

Restoran Mr Biryani

Salah seorang pemilik restoran halal Mr Biryani, Govinda Rajan berkongsi mereka mengimport serbuk cili dan bunga cengkih dari India untuk beriani Hyderabad mereka.

“Susah nak dapat bunga cengkih yang bagus di sini atau dari Malaysia sebab mahal. Siapa nak beli pada harga $150 sekilo?” katanya.

Nasi beriani Hyderabad mereka tidak ditumis langsung, cuma diperap dengan yogurt, rempah-ratus, daun ketumbar, pudina dan pes bawang putih halia.

“Kita rebus rempah dengan daun ketumbar selama satu jam, kemudian baru ditapis. Selepas itu kami campurkan beras yang telah direndam ke dalam air rebusan. Ia berfungsi sebagai penambah perasa.

“Lapisan demi lapisan dibuat dengan daun ketumbar, pudina, minyak sapi dan garam masala. Garam masala kita buat sendiri. Kita juga gunakan buah pelaga dari India tetapi tidak boleh disimpan lama,” tambah Govinda.

Proses memasak beriani dhum mengambil masa tiga jam. Ia boleh dimakan dengan Bhindhi Palli Fry (kacang bendi) atau Gongura kambing atau ayam untuk melengkapkan lagi nasi beriani tersebut.

Kacang bendi kecil dari India kurang berlendir dan kering jika dibandingkan dengan kacang bendi dari negara lain.

Mr Biryani juga menyajikan beriani dhum nangka yang agak jarang ditemui di Singapura namun ia sangat digemari di Hyderabad.

“Mereka suka makan nangka muda, buang kulitnya, potong kecil serupa macam masak lemak. Orang India suka makan tapi susah nak dapat nangka di sini,” kata Govinda.

Penulis sempat mencuba beriani Mr Biryani. Ia enak, tidak berminyak, dagingnya lembut dan aromanya menyenangkan!

Instagram: Mr Biryani

Alamat: 11, Chander Rd, Singapura 219529

 

Nasi Mandhi Syed Ali Ferry Abdat

Pasangan suami isteri Syed Ali dan Ferry Abdat menyediakan nasi Mandhi ala Arab menerusi perniagaan dari rumah dengan memastikan mereka menggunakan rempah ratus yang dibuat sendiri 100 peratus, bukan dibeli dari kedai.  

Tak perlu ke Arab Saudi untuk mencuba nasi Mandhi yang lazat kerana setiap pembeli akan dapat menikmati sajian yang lengkap dengan rasa smoked menggunakan arang, bukan di blow torch seperti yang dilakukan di sesetengah restoran di Singapura.

Mereka turut berkolaborasi dengan minuman air katira Ummi’s untuk melengkapkan set nasi nasi Mandhi mereka.

Beras basmati berkualiti digunakan dan kismis ditambahkan agar nasi kelihatan lebih menarik.

“Bila mereka makan rasanya adalah asli makanan dari Timur Tengah termasuk nasinya sendiri. Selepas kita rebus daging atau ayam, kita salaikan biar pelanggan dapat rasakan ia authentic, daging diasapkan guna arang dan dagingnya menjadi lebih lembut,” jelas Syed Ali.

Proses untuk menyalai daging adalah sejam lamanya.

“Kami adun sendiri rempah resipi rahsia kami, bukan rempah yang dibeli dari kedai.

“Daging lamb shoulder dan lamb shank lebih banyak isi dan ayam. Ayam isinya lembut juga.”

Resipi nasi Mandhi yang digunakan adalah daripada si isteri yang berketurunan Arab yang berasal dari Solo, Indonesia.

Apakah yang dapat menyedapkan lagi nasi Mandhi? Terang Syed Ali:

“Keenakan nasi Mandhi dikaitkan dengan bau asap dagingnya. Rasanya lebih smoky jika dibandingkan dengan nasi-nasi lain.”

Setiap set nasi Mandhi didatangkan lengkap dengan sos salata, yogurt dan sup yang dibuat sendiri kesemuanya.

Mereka sarankan untuk memakan nasi Mandhi dengan air katira. Lagi mantap!

Tempahan boleh dibuat menerusi Facebook Syed Ali Ferry Abdat. - Getaran, 25 September 2021

Gambar Mr Biryani oleh Freda Hassan

Gambar Nasi Mandhi oleh Syed Ali Ferry Abdat

Isu Pada

Sisi Tersembunyi Daiyan Trisha

25 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Saman Khairy Isu Vaksin Selesai, Lokman Adam Setuju Buat Permohonan Maaf

Semasa 9 jam yang lalu

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

Semasa 16 jam yang lalu

Suami Ugut, Dera Isteri Dengan Lilin Dicekup Polis