Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Di Singapura 'Insafi' Pengorbanan Leftenan Adnan Dan Rakan

Lengkap berpakaian sukan dengan warna bendera Malaysia, sekumpulan rakyat Malaysia di Singapura meraikan Hari Malaysia di Bukit Chandu, lokasi terkorbannya Leftenan Adnan.

Singapura Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:15AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa rakyat Malaysia di Singapura, yang memilih berpisah sementara dengan keluarga berikutan penutupan sempadan, hari ini meraikan Hari Malaysia yang menggambarkan episod penting semasa Perang Dunia II (WWII), dengan melawat ke Bukit Chandu di republik itu.

Puncak bukit itu menjadi saksi perjuangan dan pengorbanan Leftenan Adnan Saidi serta rakan-rakannya mempertahankan negara dan menghalang kemaraan askar Jepun dalam pertempuran sengit di Pasir Panjang. 

Adnan dilihat sebagai pahlawan negara di Singapura dan Malaysia kerana semangat juang dan keberaniannya.

Sejak berjauhan dengan keluarga dan tanah air susulan penutupan sempadan kedua-dua negara berikutan wabak COVID-19, hari ini mereka yang mengunjungi puncak bukit itu berasa hiba dan air mata menitis tanpa disedari. 

“Saya berada di sini mengenangkan pengorbanan Leftenan Adnan kepada Singapura dan negara ketika itu,” kata Sulaiman Abd Samad kepada Bernama ketika di temui di perkarangan sebuah banglo berusia hampir 100 tahun yang turut berkait rapat dengan sejarah berdarah 1942 itu.

Banglo itu dibina pada 1930 bersama dengan beberapa banglo lain untuk pegawai kanan British yang bertugas di kilang pembungkusan candu. 

Pada 1990-an, banglo kolonial itu dipulihara dan diserahkan kepada the National Archives of Singapore untuk digunakan sebagai Pusat Penafsiran Perang Dunia Kedua 'Reflections at Bukit Chandu' yang dibuka pada 15 Februari 2002.

“Rasa terharu sebab dia merupakan seorang yang kental, yang bersemangat tinggi dan terkorban akhirnya,” kata Sulaiman yang memutuskan untuk terus bekerja di sini sejak penutupan sempadan pada Mac tahun lalu. 

“Saya rasa pengorbanan yang saya buat untuk keluarga cuma sedikit, jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan Leftenan Adnan dan kawan-kawannya,” katanya yang memilih meraikan Hari Malaysia di Singapura dengan mengunjungi tapak bersejarah ini.

Saiful Abd Wahab  turut memilih mengunjungi Bukit Chandu bersama rakan senegara dengan 'mendaki' menggunakan basikal.

Lengkap berpakaian sukan dengan warna bendera Malaysia mereka tidak melepaskan peluang menyusuri sekitar kawasan tinggalan perang itu.

“Saya terpanggil untuk berada di Bukit Chandu ini sempena Hari Malaysia ini. Tidak boleh saya gambarkan apakah yang berlaku pada 80 tahun yang lalu di sini,” katanya sambil merenung sekeliling banglo itu yang dikatakan paling hampir dengan Titik 226 (Point 226).

Point 226 merupakan kedudukan tentera yang merupakan lokasi terakhir tentera Rejimen Askar Melayu menentang Tentera Jepun pada Feb 14, 1942. - Bernama

Semua gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri India V. Muraleedharan Adakan Lawatan Ke Malaysia Minggu Ini

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Korea Selatan, Malaysia Adakan Penerbangan Persahabatan Di LIMA'23

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pelakon Legenda, Wahid Satay Meninggal Dunia

4

TARA 1 minggu yang lalu

10 Tempat Penginapan Hebat Dan Berbaloi Untuk Wang Anda

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bila Kerajaan Mahu Tubuh RCI Tommy Thomas, Harap Tidak Wujud Konspirasi

oleh Aiman Sadiq

Politik 14 jam yang lalu

Tanding PRN Pulau Pinang? Ini Respons Nurul Izzah

oleh Susan Albert

Semasa 25 minit yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

Semasa 25 minit yang lalu

Agong Berkenan Berangkat Bertemu Raja Jordan Raja Abdullah II