web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar Kontrak, Awal Ashaari Disaman Kali Kedua

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 2:23PM

Awal Ashaari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pengacara rancangan televisyen popular, Awal Ashaari sekali lagi berdepan tindakan undang-undang dari sebuah syarikat hiasan dalaman, Naz Carpentry selepas didakwa melanggar kontrak yang dimeterai.

Peguam utama syarikat terbabit, Nurul Hafidzah Hassan berkata, ini adalah saman sivil kedua difailkan ke atas selebriti berkenaan, selepas kali pertama berbuat demikian pada 13 November tahun lalu.

Menerusi tuntutan saman berjumlah lebih RM300,000 itu, Awal yang baru menimang cahaya mata kedua didakwa memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baharu milik defendan, sekali gus memungkiri perjanjian dimeterai antara kedua pihak.

Menurut Nurul Hafidzah, saman terbabit difailkan minggu lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates & Solicitor.

Dalam tuntutan berkenaan, Naz Carpentry menuntut deklarasi bahawa suami kepada pelakon Scha Al Yahya itu tidak layak menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar sebelum ini untuk syarikat berkenaan memulakan kerja pengubahsuaian.

Syarikat terbabit turut menuntut Awal membayar lebih RM300,000, termasuk baki bayaran bagi kerja pengubahsuaian yang disiapkan dan pembayaran semula jumlah tajaan menerusi pengiklanan serta promosi perniagaan di laman media sosial.

Tuntutan berkenaan turut menyenaraikan bayaran semula baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan serta beberapa perincian lain.

Naz Carpentry juga menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain perintah yang dianggap bermanfaat oleh mahkamah.

“Anak guam kami berpendapat, Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak dan percaya, mereka berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat perlanggaran berkenaan,” jelas Nurul Hafidzah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan berkata, krisis dialami pengasas dan syarikat hiasan dalaman terbabit memberi ancaman serius ke atas kredibiliti dan perniagaan mereka.

“Ancaman reputasi dialami Naz Carpentry ini menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi dan jenama peribadi, khususnya apabila fakta tidak tepat tersebar dengan pantas, susulan kecanggihan teknologi masa kini,” katanya.

Naz Carpentry adalah syarikat hiasan dalaman yang sering menjadi pilihan utama golongan berprofil tinggi seperti kerabat diraja dan individu kenamaan.

Hasil kerja dipamerkan syarikat berkenaan juga membuatkan ia sering menjadi kegemaran selebriti, terutama mereka yang gemarkan rekaan eksklusif dengan sentuhan mewah. – Getaran, 15 Februari 2021

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad