Berita Terkini

5 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


142 Kes Penderaan Kanak-Kanak Dicatat Di N Sembilan, Tertinggi Setakat Jun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 10:40AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebanyak 142 kes penderaan kanak-kanak direkodkan di Negeri Sembilan dalam tempoh enam bulan sejak Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Rosnah Sardi.

Katanya daripada jumlah itu, kes penderaan fizikal merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 85 kes, diikuti penderaan seksual 36 kes, pengabaian (13), dera emosi (4) dan ditinggalkan ibu bapa atau tiada ibu bapa (4).

“Pada tahun lepas, kes penderaan fizikal turut mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 60 daripada 160 kes bagi tempoh sama dengan keseluruhan kanak-kanak diselamatkan bagi 2020 ialah 341 individu.

“Kes penderaan dan penganiayaan membabitkan kanak-kanak itu memberi isyarat jelas bahawa ia sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani segera,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak yang diselamatkan itu akan diserahkan kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS), terdiri daripada saudara mara ibu bapa atau penjaga yang disyaki mendera mereka, atau mana-mana individu yang layak serta sesuai, untuk memberi perlindungan dan kebajikan kepada kanak-kanak terbabit.

Selain itu, mereka juga akan ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak atau tempat selamat yang diwartakan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001 bagi tempoh tiga tahun atau sehingga berumur 18 tahun.

Rosnah berkata antara faktor berlakunya penganiayaan terhadap kanak-kanak ialah masalah kewangan, kecuaian ibu bapa, kepincangan dalam keluarga seperti pengambilan dadah, kelahiran anak tanpa perkahwinan yang menyebabkan bayi ditinggalkan.

Justeru, katanya, pelbagai usaha dilakukan JKM bagi menangani masalah tersebut, termasuk menyediakan khidmat sokongan dan advokasi kepada keluarga dan kanak-kanak yang berisiko tinggi terdedah pada penderaan dan pengabaian, melalui sembilan pusat aktiviti kanak-kanak di negeri ini.

Beliau berkata pihaknya turut bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Negeri menerusi program Kempen Keselamatan Kanak-Kanak ‘Sahabat Bijak’.

“Program ini dijalankan di sekolah menengah dan rendah bagi memberi pendedahan mengenai isu keselamatan serta perlindungan kepada kanak-kanak. Sejak diperkenalkan pada 2017, seramai 4,345 kanak-kanak mendapat manfaatnya,” katanya sambil menyeru semua pihak memainkan peranan mereka dan lebih peka terhadap isu sekeliling.

“Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih 15999 dan WhatsApp di talian 019-2615999 yang beroperasi setiap hari sekiranya ada kanak-kanak didera oleh mana-mana pihak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 1 bulan yang lalu

27 Tapak Projek JENDELA Di Negeri Sembilan Siap Dibina

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

Sorotan

1

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

3

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

4

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

5

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

6

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Semasa 8 jam yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi