Berita Terkini

19 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


 461 Kes Tipu Jualan Kereta Dalam Talian, Rekod Kerugian RM5.4 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 461 kes penipuan penjualan kereta dalam talian dilaporkan bagi lima bulan pertama tahun ini dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM5,424,828.67, meningkat 94.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata bagi tempoh yang sama pada tahun lepas sebanyak 237 kes dilaporkan dengan kerugian bernilai RM1,399,926.89.

“Pada 2020 sebanyak 678 kes penipuan jualan kenderaan melibatkan kerugian berjumlah RM5,926,165.05 dilaporkan, meningkat sebanyak 22.8 peratus berbanding 2019 yang merekodkan sebanyak 552 kes dengan kerugian berjumlah RM3,204,360.71,” katanya dalam kenyataan di sini.

Melihat kepada pertambahan kes penipuan berkenaan, Mohd Kamarudin menasihati orang ramai agar sentiasa mengambil langkah pencegahan sebelum membuat sebarang pembelian kenderaan dalam talian.

“Antara langkah yang boleh digunakan ialah membuat tinjauan dan semakan harga semasa kenderaan di pasaran, tidak mudah percaya dengan iklan yang menawarkan kereta terpakai dengan harga yang murah atas alasan pengecualian kastam atau rampasan pihak berkuasa.

“Selain itu pelanggan juga perlu sentiasa menyimpan rekod perbualan dan transaksi pembayaran sebagai bukti dan memastikan urusan perjanjian jual beli dilakukan melalui kaedah yang diperakui selain membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon melalui http://ccid.rmo.gov.my/semakmule,” katanya. 

Mohd Kamarudin berkata modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket penipuan penjualan kenderaan terpakai berkenaan ialah menawarkan kenderaan import pada harga murah dengan mendakwa kereta berkenaan dari Thailand, Singapura dan Langkawi.

“Sindiket ini akan menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan dan mangsa kemudian diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun bagi tujuan antaranya pembayaran wang proses, cukai jalan dan geran. Setelah wang dimasukkan ke akaun berkenaan kereta yang dijanjikan tidak diterima,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Politik 14 jam yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu