web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kakak Pesan Jaga Diri, Dengar Cakap Suami – Adik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 8:47PM

Nur Irdina Wafa, 16, mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu serta adik perempuannya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANTING - Wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Banting-Dengkil di sini hari ini, sempat berpesan pada adik bongsunya supaya menjaga diri dan patuh kepada suami.

Adik Nurhikmah Abd Rahman, 43, wanita berusia 30-an yang enggan dikenali berkata arwah menitipkan pesanan itu ketika menghadiri majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur, semalam.

"Semalam, kakak bersama dua lagi anaknya sempat ke majlis perkahwinan saya di Kuala Lumpur. Tiada perubahan ketara kecuali arwah yang banyak menangis dan mahu bergambar bersama adik-beradik yang lain.

"Kakak kata alangkah baiknya kalau ada arwah ibu bapa kami pada majlis ini. Dia sempat juga menitipkan nasihat agar menjaga diri baik-baik dan mendengar cakap suami," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Forensik, Hospital Banting di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, Nurhikmah dan anaknya, Nur Irsalina Zuhrah Safrol Nizam, 10, maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap sebuah lori sehingga memasuki parit.

Kemalangan itu turut menyebabkan seorang lagi anak Nurhikmah iaitu Nur Irdina Wafa, 16, cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

"Sangat sedih apabila kakak saya maut dalam kemalangan. Tambahan pula, arwah meninggal dunia pada tanggal tarikh sama dengan arwah ibu kami iaitu 22 Januari dan bapa pada 22 Mei tahun lepas," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian kakaknya di percayal dalam perjalanan menghantar dua anaknya masing-masing ke sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah ini.

Kenderaan mangsa yang dihempap lori yang terbabas dan hilang kawalan berkenaan. - gambar JBPM Selangor
Kenderaan mangsa yang dihempap lori yang terbabas dan hilang kawalan berkenaan. - gambar JBPM Selangor

Dia berkata kejadian menimpa kakaknya itu diketahui sekitar 10 pagi tadi, selepas dimaklumkan anak lelaki Allahyarham yang menuntut di sekolah berasrama penuh di Perak.

Terdahulu media melaporkan, dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta lain. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 15 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja