Berita Terkini

9 minit yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik Ketua Polis Kedah yang baharu 43 minit yang lalu: Pengurangan subsidi T20 supaya tidak bebankan orang miskin - PM 45 minit yang lalu: Pengurangan minyak Arab Saudi menyokong pasaran - RHB 45 minit yang lalu: Projek perumahan di KL wajib bina rumah mampu milik, PPR - Anwar 1 jam yang lalu: PM serah kepada Peguam Negara untuk ambil tindakan terhadap Sanusi

IKUTI KAMI


Polis Buru Lelaki Cabul Wanita Di Tempat Letak Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2021 10:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul dan memukul seorang wanita di tempat letak kereta dalam sebuah bangunan komersial di Kota Damansara, Petaling Jaya, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dalam kejadian itu ditolak sehingga jatuh terlentang dari belakang oleh suspek, yang kemudian menindih dan meraba tubuhnya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek juga cuba membuka pakaian wanita berkenaan.

“Mangsa cuba melepaskan diri dengan meronta-ronta dan menjerit menyebabkan suspek bertindak menumbuk muka mangsa berkali-kali.

“Suspek hanya melarikan diri apabila mangsa berjaya membunyikan hon kereta beberapa kali,” katanya hari ini.

Wanita tersebut yang berusia 21 tahun mengalami beberapa kecederaan, termasuk bengkak serta lebam pada bahagian muka akibat ditumbuk berkali-kali oleh suspek.

Dia membuat laporan polis pada hari yang sama, sekitar jam 1 tengah hari.

Siasatan mendapati, mangsa sebelum kejadian berselisih dengan suspek ketika sedang berjalan ke arah keretanya.

Tambah Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, suspek digambarkan sebagai berbadan kurus dengan tatu penuh di lengan kanan, berambut pendek, berkening sederhana serta berbibir tebal.

“Fotofit suspek berjaya dihasilkan dengan bantuan mangsa dan suspek dipercayai ialah seorang lelaki tempatan berasal daripada Sabah, berusia lingkungan 25 tahun dengan ketinggian kira-kira 165 sentimeter.

“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau maklumat berkenaan suspek untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Chew Yong Hoa di talian 014-3929448,” jelas belaiu lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Getaran, 27 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Suri Rumah Rugi RM110,556 Terpedaya Kerja Mudah 'Like And Share'

2

Semasa 2 hari yang lalu

Hina Institusi Raja: Kertas Siasatan Dr Mahathir Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara, Selasa Ini

3

Semasa 3 hari yang lalu

Video Bayi Perempuan Dikasari Berlaku Di Pusat Jagaan Di Batu Caves

4

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Melaka Tahan 12 Individu Terlibat Penipuan Dalam Talian, Rasuah Polis

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Cuaca Panas: Suku Semaq Beri Ikut Adat Kembali Ke Hutan

Semasa 1 hari yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

Politik 1 hari yang lalu

Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurukamera Agensi Berita Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Karak