Berita Terkini

9 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 9 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 9 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 9 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 9 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Diperdaya Macau Scam, Warga Emas Rugi RM1.3 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 7:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Terpedaya dengan ‘lakonan’ pegawai kononnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM), seorang wanita warga emas terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.3 juta.

Dalam kejadian pada 1 April lalu, mangsa menerima panggilan daripada operator bank yang memaklumkan, satu kad kredit didaftarkan atas namanya telah membuat pembelian bitcoin di sebuah  laman sesawang.

Bagaimanapun, mangsa menafikan ada membuat pembelian mata wang kripto apabila disoal operator bank terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, panggilan telefon mangsa kemudiannya disambungkan kepada pihak ketiga, didakwa sebagai BNM.

“Wanita tersebut telah memberikan maklumat peribadinya kepada pihak BNM untuk membolehkan satu laporan polis dibuat, kononnya berhubung transaksi kad kredit yang didakwa didaftarkan atas namanya itu.

“Keesokan harinya, mangsa menerima salinan laporan polis berkenaan melalui aplikasi WhatsApp manakala panggilan telefon itu pula disambungkan kepada pihak polis.

“Mangsa juga diminta untuk memberikan semua maklumat akaun banknya bagi tujuan memperbaharui akaun itu, untuk  mengelakkan ia disalah guna individu lain,” katanya.

Mohamad Fahkrudin berkata, warga emas berkenaan kemudiannya menerima pesanan ringkas daripada pihak bank, mengandungi enam digit kod sebelum memberikan maklumat itu kepada polis terbabit.

“Pada 10 Mei lalu, mangsa membuat semakan dengan pihak BNM dan dimaklumkan panggilan yang diterimanya adalah palsu.

“Mangsa kemudian membuat semakan terhadap tujuh akaun banknya dan mendapati wang berjumlah RM1,303,710 di dalam akaun itu telah tiada,” katanya.

Justeru, Mohamad Fahkrudin berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan terpedaya dengan tipu helah serta ugutan yang dilakukan oleh sindiket Macau Scam.

“Orang ramai perlu segera menghubungi pihak polis sekiranya menerima panggilan telefon yang mencurigakan untuk membuat pengesahan,” katanya. – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang

2

Semasa 1 hari yang lalu

Cinta Tidak Berbalas, Seorang Lelaki Disyaki Bunuh Wanita Warga Emas

3

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

4

Semasa 6 hari yang lalu

Sila Batalkan Pesta Seks ‘Gang Bang JB Party’ Atau… - Polis Johor

Sorotan

1

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Sam Rainsy Datang Ke Malaysia, Tapi Sudah Diusir Keluar - Khmer Times

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Siasat Kumpulan Penuntut Dakwa Waris Kesultanan Sulu 

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route - Zambry

Semasa 1 hari yang lalu

Bila Kerajaan Mahu Tubuh RCI Tommy Thomas, Harap Tidak Wujud Konspirasi

oleh Aiman Sadiq