web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia Melampau, Kerajaan Sila Ambil Tindakan Tegas Tanpa Kompromi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 5:33PM

Jocelyn Chia telah dikecam ramai kerana menggunakan tragedi  MH370 sebagai modal jenaka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan digesa mengambil tindakan perundangan lebih tegas tanpa kompromi terhadap pelawak Singapura, Jocelyn Chia selepas memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi MH370.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, Pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura harus membuat laporan jenayah agar tindakan susulan dapat diambil. 

Menurut beliau, ini kerana wanita terbabit telah menghina Malaysia, mewujudkan pemusuhan dan ketidakharmonian kepada negara jiran Singapura dan perasan tidak senang kepada keluarga mangsa MH370. 

Hishamuddin Hashim
Hishamuddin Hashim

"Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia juga boleh memulakan tuntutan sivil kepada pelawak berkenaan di negara yang menjadi lokasi persembahan wanita itu supaya dapat memberi teladan kepada wanita berkenaan. 

"Wanita tersebut wajar membayar pampasan ganti rugi kepada kerajaan Malaysia atas tindakannya menjatuhkan reputasi negara kita," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, kerajaan Persekutuan juga perlu mengunakan saluran diplomatik dengan menghantar nota bantahan kepada Singapura agar tindakan segera boleh diambil oleh negara terbabit. 

Jelasnya, pihaknya bersetuju sekiranya Malaysia, di bawah tindakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia menyekat wanita tersebut daripada memasuki negara ini, walaupun ia dilihat sebagai tidak berbaloi untuk dilakukan.

"Saya rasa individu itu mungkin tidak berminat untuk masuk ke Malaysia. Kerajaan perlu menyiasat di mana individu ini berada dan mengambil tindakan undang undang kepada wanita tersebut berdasarkan peraturan di Singapura. 

"Diharapkan kerajaan memandang serius pekara itu dan bukan hanya menyekat kemasukan wanita ke Malaysia, malah turut mengambil tindakan undang-undang. 

"Ia supaya tindakan berkenaan dapat memberikan teladan kepada sebarang individu atau kumpulan yang cuba atau ingin memburuk burukan nama baik Malaysia," katanya. 

Jocelyn Chia
Jocelyn Chia

Terdahulu tular di media sosial satu klip video memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore vs Malaysia' yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pelawak itu antara lain membuat jenaka keterlaluan dan turut menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan 'tidak mendarat'.

Dalam pada itu, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, jenaka pelawak terbabit amat keterlaluan.

Katanya kepada Getaran, tindakan tersebut secara langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa pesawat MH370.

"Pelawak terbabit turut secara sengaja mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia. 

"ABIM mengecam tindakan melampaui batas pelawak berkenaan yang turut memperlekeh maruah Malaysia secara terang-terangan. 

''Hal ini kerana semasa komedi berdiri tersebut, beliau turut menggunakan tragedi  MH370 sebagai modal jenaka. Akibatnya ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai," katanya. 

Zairudin menegaskan, sebarang peristiwa hitam serta kemalangan jiwa tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan perlu dielakkan oleh pelbagai pihak, khususnya pelawak. 

"Setiap insan tanpa mengira agama, warna kulit mahupun kewarganegaraan, sewajarnya mempunyai sifat empati serta rasa sensitiviti sebagai tanda menghormati di antara satu sama lain," katanya. - Getaran, 8 Jun 2023.
























 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

TPM Ahmad Zahid Serah Kepada MCMC Dan PDRM Siasat Pelawak Persenda Tragedi MH370

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad