Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


SPM 2022: 10,109 Calon Peroleh Semua A, GPN 4.74

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 10:47AM

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) bergambar bersama calon yang mengambil keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah, Cheras, hari ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 10, 109 atau 2.7 peratus daripada 373,974 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian.

Menurut beliau, jumlah calon yang memperoleh keputusan lulus turut menunjukkan peningkatan iaitu 128,193 atau 34.3 peratus, berbanding 129,796 atau 34.0 pada tahun 2021.

“Sukacita dimaklumkan pencapaian jurang pencapaian SPM antara bandar dan luar bandar telah mengecil, iaitu sebanyak 0.03 mata, berbanding 2021. Sebanyak 69 daripada 95 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan manakala 24 mata pelajaran merekodkan penurunan dan dua lagi masih kekal prestasinya. 

“Bagaimanapun, prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik menunjukkan peningkatan, dengan Sejarah merekodkan peningkatan tertinggi iaitu 0.23 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan SPM 2022, di Kementerian Pendidikan (KPM), Putrajaya hari ini.

Wajah riang calon-calon SPM yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.
Wajah riang calon-calon SPM yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

SPM 2022 diadakan pada 20 Februari hingga 12 Mac lalu, susulan perubahan takwim persekolahan akibat pandemik COVID-19 yang menyerang Malaysia.

Sementara itu, Phkaruddin berkata, Prestasi Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2022 menunjukan penurunan, iaitu 4.74 berbanding 4.86 bagi SPM 2021.

Jelas beliau, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing.

“Peratus calon yang layak menerima sijil SPM, dengan syarat lulus Bahasa Melayu dan Sejarah, adalah sebanyak 91.6 peratus berbanding 88.1 pada tahun lalu.

“Berdasarkan syarat pensijilan SPM yg telah ditetapkan mulai 2013, calon mesti sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil. Peningkatan sehingga 3.5 peratus tahun ini merupakan yang terbaik sejak ia diperkenalkan dan julung kalinya KPM mencapai sehingga melebihi 90 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Pkharuddin berkata, calon SPM 2022 juga adalah kohort kedua yang menggunakan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), iaitu satu format baharu dalam mata pelajaran.

Katanya, pelaksanaan KSSM ini bertujuan menyediakan calon dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan, sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Ia juga memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif.

“Peningkatan pencapaian SPM pada tahun ini kemungkinan disebabkan ini merupakan tahun kedua penggunaan KSSM. Jadi, guru dan pelajar telah mempunyai rujukan tahun sebelum ini sehingga menyebabkan calon lebih bersedia. Kualiti guru yang ada pada hari ini juga menjayakan kejayaan SPM anak-anak.

“Walau belum buat kajian, namun kesan pandemik COVID-19 sehingga kita memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang sebelum ini mungkin tidak biasa untuk menggunakan platform itu bagi mencari bahan, namun apabila diperkenalkan, pencapaiannya juga turut meliputi sekolah luar bandar dan terpencil.

“Ini membuktikan capaian itu ada walaupun agak perlahan yang dilihat memberi ruang dan keadilan sehingga kita boleh melihat jurang antara bandar dan luar bandar telah semakin mengecil. Korelasi (hubung kait) itu ada, walaupun agak terhad namun bahan rujukan mampu diperoleh sehingga membolehkan pelajar membuat persediaan,” katanya.

Pkharuddin memberitahu, semua calon termasuk persendirian boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi ini.

"Calon sekolah boleh dapat keputusan SPM daripada sekolah masing-masing, manakala slip SPM akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian, juga pada hari ini.

“Di samping itu calon sekolah dan persediaan boleh menyemak keputusan secara dalam talian di pautan https://myresult.spm.moe.gov my, mulai 10 pagi (hari ini) sehingga 6 petang 24 jun. 

“KPM juga menyediakan sistem secara pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan SPM 2022, dengan menaip SPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran SPM 2022 dan hantar ke 15888,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Isa Samad 6 Mac

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 18 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan