web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Along Upah 3 Lelaki Rampas Kereta Axia Sebab Ibu Gagal Bayar Pinjaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 10:02AM

Tangkapan itu dibuat susulan video tular memaparkan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang individu didakwa disamun - Tangkapan layar video TikTok OrientalDailyMalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu kes rampasan sebuah kereta Perodua Axia milik seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang, kelmarin.

Ketiga-tiga lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan semalam di sekitar Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, tangkapan itu susulan video tular memaparkan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang individu didakwa disamun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku selepas ibu mangsa berusia 57 tahun membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 pada tiga tahun lalu dengan seorang pemberi pinjaman wang (along).

“Ibu mangsa bersetuju untuk menyerahkan kereta anaknya melalui satu perjanjian bertulis sekiranya gagal membayar pinjaman berkenaan.

“Selepas ibu mangsa gagal membayar pinjaman itu, maka kereta anak lelakinya dirampas tiga individu yang diupah along seperti dalam video tular berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Asri berkata, polis berjaya merampas sebuah kereta dan pakaian yang dipakai oleh ketiga-tiga suspek semasa kejadian.

“Semasa tangkapan, ketiga-tiga suspek berada di bawah pengaruh dadah. Mereka kini direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang giat memburu suspek yang masih bebas dan dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menularkan video kejadian berkenaan. Mereka boleh merujuk kepada pihak berkenaan untuk pengesahan maklumat yang sahih,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki menarik keluar pemandu Perodua Axia dari keretanya sebelum salah seorang daripada mereka masuk ke bahagian belakang kereta.

Dalam video itu, kedengaran mangsa meminta tolong daripada orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Apabila seorang penunggang motosikal bertanya kepada mangsa tentang kejadian itu, dia memberitahu sekumpulan individu terbabit melarikan kenderaan miliknya.

Sekumpulan penunggang motosikal kemudiannya dilihat mengejar kereta yang dilarikan itu.

Malah, kenderaan terbabit juga hampir melanggar seorang penunggang basikal yang berada di lokasi kejadian. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja