web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:28PM

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat pameran produk kraf Jordan River Design di Amman, semalam - Gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat melawat pameran produk kraf Jordan River Design di Amman, semalam (30 Mei).

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, pameran tersebut mempamerkan produk rekaan hasil seni tradisional Jordan yang diselitkan elemen kontemporari.

Produk berkenaan dibuat oleh golongan wanita kurang bernasib baik dengan dibantu Jordan River Foundation.

“Permaisuri Jordan, Permaisuri Rania, merupakan pengerusi yayasan tersebut, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memfokuskan kepada keselamatan kanak-kanak dan pengukuhan komuniti.

“Produk yang dipamerkan turut dipasarkan ke seluruh dunia,” menurut catatan itu. 

Tunku Azizah kini berada di Amman, Jordan, mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi lawatan khas selama empat hari bermula semalam atas persilaan Raja Jordan Raja Abdullah II.

Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Putera Mahkota Jordan di Zahran Palace pada esok (1 Jun) disusuli dengan keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di Al Husseinieh Palace di Amman pada sebelah malam.

Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Jun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Istana Negara Adakan Majlis Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 8 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad