Berita Terkini

31 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 32 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 32 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang 34 minit yang lalu: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman ibu bapa Teoh Beng Hock 36 minit yang lalu: UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan, KPM fokus bangunkan murid secara holistik

IKUTI KAMI


Kerajaan Persiap Semula RMK-12 Demi Nilai Keperluan Semasa, Isu Air

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 11:43AM

Anwar Ibrahim berkata, persiapan semula itu bukan bermakna kerajaan pimpinannya mahu meninggalkan atau meremehkan usaha pentadbiran lama - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan sedang melakukan persiapan semula separuh penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi terus berusaha memperkasakan kecemerlangannya dan menilai semula kelemahan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persiapan semula itu bukan bermakna kerajaan pimpinannya mahu meninggalkan atau meremehkan usaha pentadbiran lama.

“Kita (saya, pemimpin dan penjawat awam) lakukan tatakelola hidup serta kerja, ia tak lari daripada paksinya, iaitu akidah keyakinan, kita lakukan dengan keyakinan maka komitmen dan kesungguhan itu berbeza daripada sama ada nak mendapatkan habuan lain

“Sebab itu saya minta dengan semangat yang ada ini, kita bersedia melakukan beberapa anjakan, umpamanya kita sekarang persiapkan kerajaan semula separuh penggal, RMK-12,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Mei 2023 di Putrajaya, hari ini.

Anwar menegaskan, anjakan demi terus memperkasakan keadaan yang lebih stabih dan kukuh itu, turut membabitkan keperluan menyediakan bekalan air di Sabah dan Kelantan.

Katanya, sekiranya mengikut perancangan kerajaan, usaha penyediaan bekalan air di negeri berkenaan akan mengambil masa terlalu panjang, iaitu termasuk dalam RMK-12 atau Belanjawan MADANI sedia ada.

“Tapi kalau saya duduk di Sandakan dan mendapat air campur air laut masin dan air untuk minum, jadi kan itu masalah dan banyak daerah di Sabah begitu juga. Di Kelantan begitu juga,” katanya.

Perdana Menteri berkata, usaha mahu dilaksanakan Kerajaan Perpaduan itu bukan bermotifkan kepada soal politik, tetapi ia adalah dasar yang harus diambil berat.

“Jadi saya dah berunding dengan Ketua Menteri Sabah, persembah kepada Tuanku Sultan, kata kita kena ambil alih tanggungjawab ini walaupun belanjanya besar.

“Justeru, ini kita kena ubah suai, sebab itu semalam saya sebut, Sukuk ke, bon ke apa pun, tapi masalah air ini masalah asas,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, semua agensi harus memainkan peranan dan beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan berhubung anjakan besar terbabit.

“Ia anjakan besar, tak ada dalam rancangan, ada pun dah berperingkat tapi saya tak boleh terima kenyataan ini, ada hal-hal yang patut disegerakan. Macam juga jalan berlubang, berlopak di sesetengah bandar kita dah peruntukkan RM1 bilion lebih hanya untuk tahun ini, tetapi untuk memenuhi keperluan asas ini tak cukup.

“Ini hal-hal yang memerlukan kesediaan penjawat awam berganjak sedikit daripada penggubalan dasar seperti biasa, jadi saya sebut ini sebagai contoh bagaimana kita harus lihat, ini kalau kita betul-betul menyantuni rakyat, saya lebih yakin,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 minit yang lalu

PM Serah Kepada Peguam Negara Untuk Ambil Tindakan Terhadap Sanusi

2

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Laksana Dasar Baharu Depani Cabaran Global, Enggan Sistem Raja Diperolok - Anwar

3

Politik 1 hari yang lalu

Ahli Politik Seperti Pahlawan Di Medan Perang, Kritikan Diberi Umpama Menghunus Pedang

4

Semasa 3 hari yang lalu

UMS Hargai Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air - Naib Canselor

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Darjah Kebesaran Daripada Agong Penantian Berbaloi - Pemenang Piala Thomas 1967

Semasa 17 jam yang lalu

Hassan Pertahan Anwar: ‘Tak Semestinya Pemimpin Perlu Miskin Nak Faham Isu, Buktinya…’

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

Politik 1 hari yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

oleh Wartawan Getaran