Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 8 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 8 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


Polis Patah Sindiket Rokok, Arak Dan Mercun, Rampas Barangan RM2.3 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 12:05PM

Mercun yang dirampas dalam Ops Kontraban.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mematahkan cubaan sindiket penyeludupan rokok seludup, arak dan mercun yang cuba menjadikan Johor serta Selangor sebagai destinasi pemasaran dalam enam serbuan berasingan dengan nilai rampasan RM2.3 juta.

Seramai lapan lelaki warga tempatan berusia antara 33 hingga 64 tahun turut ditahan dalam serbuan-serbuan Ops Kontraban yang dilaksanakan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am sepanjang 2 hingga 8 Mei, 2021 tersebut.

Menurut Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, SAC Muhammad Abdul Halim, semua serbuan Ops Kontraban itu dilakukan ke atas beberapa premis di Batu Pahat, Pasir Gudang, Muar, Skudai, Semenyih dan Cheras.

“Ops Kontraban yang dilancarkan oleh Briged Tengah Pasukan Gerakan Am ini telah berjaya melumpuhkan beberapa sindiket pengedaran rokok, minuman keras jenis bir dan mercun seludup yang tidak bercukai di sekitar negeri Selangor dan Johor.

“Kes disiasat dibawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” kata Muhammad. - Getaran 9 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang

2

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Rompak Farmasi Guna Sabit Diburu

3

Semasa 6 hari yang lalu

Sila Batalkan Pesta Seks ‘Gang Bang JB Party’ Atau… - Polis Johor

4

Semasa 6 hari yang lalu

NSRC Terima 11,858 Panggilan Mangsa Scammer Babit Kerugian Ratusan Juta Dalam 6 Bulan

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Bila Kerajaan Mahu Tubuh RCI Tommy Thomas, Harap Tidak Wujud Konspirasi

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Singapura Tangguh Kes Bagi Pendakwaraya Sedia Tawaran Untuk Penyerang Kamal Adli

Jika sabit kesalahan, Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman.

Semasa 23 jam yang lalu

Agong, Putera Albert II Berangkat Ke Majlis Makan Malam Gala Sempena Perlumbaan F1