web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes 1MDB: ‘Berhibur’ Bersama Low, Leonardo DiCaprio, Kim Kardashian Disoal Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:07AM

Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Dua selebriti popular dunia, Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian dilaporkan disoal siasat Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) serta Jabatan Kehakiman (DoJ) berhubung kes penyelewengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), membabitkan ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali Jho Low.

Menurut laporan syarikat penerbitan, Bloomberg Businessweek, DiCaprio pada April 2018, menceritakan kepada ejen mengenai hubungannya dengan Low yang bermula di kelab malam.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa wang Low diperoleh daripada ‘individu paling kaya’ yang tidak diketahui identitinya di Abu Dhabi, selain ahli perniagaan Malaysia itu ialah ‘pakar perniagaan’.

Nama DiCaprio dan selebriti lain yang memiliki hubungan baik dengan Low dipetik serta mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia menjalankan perbicaraan membabitkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel ‘Pras’ Michél.

Dalam dakwaan dihadapinya, Michél dikatakan membawa masuk wang asing ke kempen mantan Presiden AS, Barack Obama dan melobi bagi pihak Low serta kerajaan China.

Antara senarai saksi berpotensi dalam kes Michél itu ialah DiCaprio, Obama, mantan Presiden AS, Donald Trump dan pengusaha hotel, Steve Wynn.

Dokumen tidak didedahkan FBI sebelum ini yang disemak Bloomberg Businessweek, menawarkan perakaunan lebih terperinci mengenai tawaran itu.

Malah, ia menunjukkan cara ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengendali mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Low.

Kardashian misalnya, memberitahu FBI pada Februari 2019 bahawa pertemuannya dengan Low dan berpesta di Las Vegas dengan ahli perniagaan itu, memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi acara perkahwinan mereka pada 2011.

Beberapa tahun kemudian, Low menawarkan karya Basquiat kepada Kim, mendorong suaminya ketika itu, Kanye West untuk meminta Monet, menulis kepada ejen berkenaan.

Dalam laporannya, Bloomberg Businessweek berkata, wakil DiCaprio dan Kim bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kim turut menceritakan perihal pemindahan wang yang luar biasa.

Berdasarkan ringkasan temu bual FBI, Kim dan yang lain termasuk penerbit bersama Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland, berada di kasino di Las Vegas bersama Low.

Terdahulu, Getaran melaporkan Low didakwa masih bersembunyi di China dan lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu, dikehendaki sejak tahun 2018 kerana didakwa terlibat dalam rasuah antarabangsa serta konspirasi pengubahan wang haram.

Ia didedahkan penulis bersama dalam buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’, Bradley Hope menerusi episod pertama program ‘Di Mana Jho Low’ yang disiarkan di platform aplikasi video YouTube pada 31 Ogos tahun lalu.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai.

Gambar tersebut yang didakwa bertarikh 24 Disember 2019, diterima daripada sumber boleh dipercayai.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberikan komitmen bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berusaha menjejaki Jho Low, namun tiada negara ahli Polis Antarabangsa (INTERPOL) dapat mengesahkan keberadaannya. – AGENSI

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 1 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad