Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sistem MyUBAT Diperluas Kesemua Fasiliti Kesihatan Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 12:30PM

Dr Noor Hisham - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi atau MyUBAT telah diperluaskan penggunaannya di seluruh fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 15 April lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata melalui sistem MyUBAT ia membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka melalui telefon pintar.

“Selain itu, penggunaan sistem itu juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sistem yang dilancarkan pada 12 Ogos 2020 itu diperkenalkan di tujuh fasiliti rintis KKM iaitu Hospital Ampang, Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Klinik Kesihatan Kelana Jaya dan Klinik Kesihatan Peringgit.

Katanya melalui projek rintis itu, sejumlah 14,099 pesakit telah berdaftar dengan sistem berkenaan dengan 24,413 preskripsi telah ‘didispens’ melalui sistem MyUBAT, dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat selepas perluasan sistem MyUBAT ke fasiliti-fasiliti kesihatan awam di seluruh negara.

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini sistem MyUBAT menawarkan dua pilihan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) Farmasi iaitu pengambilan ubat susulan melalui janji temu serta Ubat Melalui Pos (UMP), dan KKM akan menambah dua lagi VAS iaitu perkhidmatan Pandu Lalu serta ‘Locker4U’ menjelang hujung tahun ini.

Katanya penambahan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pelaksanaan UMP melalui sistem MyUBAT telah diintegrasikan dengan sistem Ezisend yang dikendalikan Pos Malaysia Berhad.

“Ini membolehkan pesakit mengetahui status penghantaran bekalan ubat mereka melalui VAS-UMP selain memudahkan anggota farmasi dalam pengurusan ubat-ubatan yang perlu dipos kepada pesakit atau pelanggan.

“Selain itu, sistem ini juga dalam proses integrasi dengan Pharmacy Information System (PhIS & CPS) di dua fasiliti KKM iaitu di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Klinik Kesihatan Kelana Jaya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata perluasan fungsi itu membolehkan pengguna mengakses maklumat yang betul mengikut kesesuaian waktu, selain mempercepatkan proses pendispensan.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata pelaksanaan VAS telah ditingkatkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan objektif utama untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak itu terutama dalam kalangan golongan rentan, di samping menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan, mengatasi kesesakan serta waktu menunggu lama di farmasi, beban kos pengangkutan serta kesuntukan masa bagi pesakit terlibat.

Katanya sepanjang tahun lepas, pelaksanaan VAS  telah memudahkan pengambilan ubat susulan pesakit untuk 34.4 peratus preskripsi susulan berbanding 22.3 peratus pada 2019.

“Melalui perkhidmatan UMP yang disediakan, KKM telah meningkatkan keupayaan perkhidmatan ini lebih sekali ganda,” katanya.

Menurutnya langkah-langkah yang dijalankan KKM itu telah berjaya mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter farmasi seterusnya mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pesakit-pesakit di KKM.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh memuat turun aplikasi MyUBATmelalui aplikasi Google Play, App Store atau AppGallery. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Beni Koji Choleste Help’ Tidak Berdaftar Di Malaysia - NPRA

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 15 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad