Berita Terkini

3 jam yang lalu: Dana jaminan pembiayaan SJKP ditingkatkan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion - PM 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju lanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam SSPN sehingga 2024 - PM 3 jam yang lalu: Kebakaran: Kematian wanita OKU kerana lemas terhidu asap - polis 3 jam yang lalu: Kerajaan setuju beri sagu hati RM300 kepada 200,000 anggota Rela, sukarelawan APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba - PM 3 jam yang lalu: 995,396 kuota pekerja asing diluluskan sehingga 14 Mac

IKUTI KAMI


Projek Jana Wibawa: Wan Saiful Didakwa Terima Rasuah RM6.9 Juta

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 10:13AM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar Free Malaysia Today

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000. 

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Wan Saiful diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Jana Wibawa: Datuk Roy Direman Semula 4 Hari

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlu Pastikan Tiada Lagi Isu Salah Guna Kuasa, Rasuah Melibatkan Jana Wibawa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

'Datuk Roy' Direman 3 Hari Bermula Hari Ini

Sorotan

1

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerosakan Sistem PIES LRT Diatasi, Rapid Rail Giat Tangani Isu Operasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Sahkan Siasatan Rasuah Turut Dilakukan Terhadap Pemimpin Kerajaan

oleh Adam Ayzzat

Sukan 17 jam yang lalu

Zii Jia Kembali Ke BAM?

Semasa 1 hari yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

oleh Farhana Farush